~yang tersirat~




Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu
ketahuilah dia seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.



sticky note;
jgn menilai semudah melihat...

pandangan mata hanyalah gambaran ilusi
kata hati kekadang perangkap duniawi...
hidup ini sebuah kembara 
mencari arah jalan ke syurga
lantaran hati masih keliru
buntu mencari sinar dalam gelita kejahilan
terlalu mudah terpedaya dengan keindahan palsu dunia
terlalu mudah tunduk pada nafsu yang sentiasa memburu
mulut mudah pula bermadah ingin ke syurga 
sedang jiwa leka dengan dunia sementara...
Astaghfirullahh....

~dedikasi~

Alhamdulillah... syukur...
masih tersisa usia di dunia...
masih punya peluang menghirup segar udara pinjaman-Nya
masih berbaki waktu untuk mengenal-Nya
umur bertambah
bermakna...
usia kehidupan semakin singkat
Allahurabbi...

Dedikasi teristimewa buat mak dan ayah tercinta
Mak... ayah...

mak... terima kasih sebab lahirkan saya
ayah... terima kasih sebab jaga saya hingga dewasa
mak ayah terima kasih sebab sayang saya
mak ayah terima kasih untuk segalanya 
mak ayah terima kasih untuk setiap yang tak terungkap...

Dedikasi buat adik-beradik tersayang

buat kakak-kakak... 
thanks untuk ucapan tapi saya belum tua ok... 
semakin matang... ngee... ye ye la tu..:P

buat adik...
thanks sebab jadi kawan saya, sahabat saya, adik saya...
be strong dear... 
Allah tak uji kalau kita tak mampu
Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya
jangan cepat menyerah dan berputus asa...
Dia tahu kita mampu...
Allah uji sebab dia sayang kamu...
Dia nak hadiahkan pahala pada jiwa yang redha...
pada hati yang sentiasa bergantung pada-Nya...

buat abang-abang...
terima kasih kerana menjadi abang kepada seorang adik...

Dedikasi buat teman-teman
Cik yam...
terima kasih untuk hadiah yang comel ni
really appreciate it... terharu... ^_^
hopefully we're still friend dunia akhirat
Insya-Allah...

K. yun...

terima kasih untuk kata-kata ini dan doanya... 
hadiah yang bermakna
juga harap kita tetap kawan sampai alam sana...

Umi...
terima kasih untuk hadiah yang sangat bermakna
7:151
terima kasih kerana tak pernah lupa untuk mengingatkan saya kepada-Nya

jiha...
thanks juga untuk setiap yang kita lalui bersama...
moga majlisnya berjalan lancar...

sha, jie, fika...
thanks sebab tak pernah lupa saya... ^_^

kawan-kawan sahabat sekalian...
terima kasih tak terhingga untuk doanya...
ucapannya...
May Allah bless
amin....
nak di sebut semua memang tak termampu...
tulis sebuah novel pun rasanya takkan habis
sebab kawan kan datang dan pergi silih berganti...
yang pergi tak pernah dilupai...
yang datang akan sentiasa dihargai...
semoga terjalinnya ikatan ini umpama untaian tasbih
ada awal tiada akhirnya...
hanya kerana Dia...






pada Dia ada tenang
pada Dia ada bahagia
Dia yang tak pernah mengabaikan
Dia yang tak akan pernah meninggalkan...

sticky note;
“ Di saat kita rasa keseorangan, ingatlah masih ada Dia yang akan sentiasa menemani kita. Di kala kita rasa sendirian, ketahuilah Dia tak akan pernah meninggalkan kita...”

versus


~Change for good is not a crime though it’ll cause blood and tears for a start~
[versus]

Betullah... bila versus dengan diri sendiri itu yang seksa sebenarnya...
Nak berubah senang
Tapi nak kekalkan perubahan itulah yang susah sangat sebenarnya
Istiqamah....

Allah...
Sampai satu saat rasa macam nak nangis pun ada bila terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk sesuatu yang tak hati ‘restui’...

Allah...
Sakit, perit rasa tu...

awak tak kenal saya...
dia tak kenal saya...
mereka tak kenal saya...
hanya Dia yang betul-betul kenal saya...

kenapa saya buat macam ni?
kenapa saya jadi macam ni?
hanya Dia yang tahu nilai hati ini...

multiple personality?
tak wujud ke?
mana tahu?
awak tak macam tu...
orang sekeliling pun tak ada yang macam tu
tak semestinya memang tak pernah ada orang yang macam tu...
mungkin awak memang tak tahu...

saya depan mata awak
tak semestinya saya depan mata kawan awak
apatahlagi kat belakang awak...
sesungguhnya hidup ini penuh dengan rahsia...

sticky note;
jangan menilai semudah melihat...

berdoalah...


terjumpa link ini 
thanks pada yang sudi share dekat fb
serius sentap lepas baca ni
terdetik nak share dekat sini
 mungkin lah kot ada yang tersesat sampai ke mari dan terbaca
moga dapat diambil manfaat daripadanya

~doa si abang sentiasa dimakbulkan sebab si adik yang mendoakan agar setiap doanya diperkenankan oleh Allah~
maksudnya doa yang dimakbulkan sebenarnya adalah doa si adik
subhanallah...

sticky note;
jangan pernah berasa letih untuk terus berdoa
jangan pernah berasa penat untuk terus meminta
kerana sampai satu ketika pasti akan Dia makbulkan jua
dengan cara yang berbeza
dalam keadaan yang tak sama
kerana Dia Maha Mendengar 
dan Dia lah jua yang akan pastikan itu adalah yang terbaik untuk kita

hari ini 15 Mei

15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948
credit to beliau

juga... 

mohon doanya sama-sama ya...
mereka saudara...
kita mungkin tak mampu mengangkat senjata
namun kita pasti mampu menadah tangan memohon doa
moga dalam rahmat dan redha-Nya
Insya-Allah...

sticky note:
dalam kita sibuk memikirkan masalah peribadi
dalam kita sibuk mengurus diri
dalam kita sibuk mengejar dunia
ada insan yang sedang terseksa berjuang demi agama
ada insan yang buntu sepotong doa




p/s: latest update 
Alhamdulillah Palestinians celebrate end of hunger strike 


Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepada semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP dalam beberapa jam semalam.
more info here




instinct


hari tu tetiba teringat dekat sorang kawan yang duduk jauh beribu batu 
4 petang (waktu malaysia) dan 10 pagi (waktu di sana) saya pm dia
saya tanya khabar n cakap tetiba teringat dekat dia
dan tahu tak
dia cakap saya psikik!
sebabnya baru je malam tu dia teringat dekat saya!
Ya Allah! Subhanallah...
see...
erm... dulu dia suka lagu ni

malam semalam pulak entah kenapa tiba-tiba teringat dekat mak dengan adik
sampai nangis2 (x malu betul ngaku)
tak salah kan...:P
tapi kombinasi macam tak berapa sesuai
mak dengan adik...
ok teringat dekat adik tu sebab petang tu mimpi di siang hari pasal dia
dan tahu tak
baru je tengah hari tadi tepat jam 12:21pm adik share link dekat timeline saya lagu
Subhanallah...
ada instinct yang menghubungkan dua hati yang saling merindui
wǒ ài wǒ de māma, bàba, gēge, jiějie, dìdi hé péngyou

sticky note;
betullah...
hati kita ni Allah yang pegang
Dia yang berhak tentukan pada siapa akan Dia dekatkan
dan dengan siapa akan Dia satukan

jangan lupa pada Pemberi

di sebalik senyuman ada tangisan
di sebalik tawa tersembunyi air mata
mengundang sepi dalam keramaian
menggamit sunyi dalam keriuhan


Alhamdulillah...
masih tersisa usia di dunia
masih punya kesempatan menggapai redha-Nya
masih punya waktu meraih cinta-Nya
masih punya ruang melakar rindu buat-Nya

kita sudah terlalu banyak menerima
hingga kadang-kadang kita terlupa pada Pemberinya
alpa tanpa sepatah ungkapan Alhamdulillah
bagaimana melafaz syukur andai ertinya masih samar pada sanubari
bagaimana menitip syukur andai maknanya tidak didalami

hakikat syukur bukan sekadar ungkapan yang terlafaz di bibir
ia lebih dari itu
syukur itu datangnya dari hati
hati yang meredhai
hati yang merelai
hati yang tak pernah mempertikai
hati yang tak pernah mempersoal

kita manusia biasa
tak pernah puas dengan apa yang ada
tak pernah merasa cukup dengan apa yang dah tersedia

Analogi;
saya beli seketul ayam goreng
awak juga beli seketul ayam goreng
saya tengok ayam awak dan hati berbisik
"wah... apasal dia punya lagi besar, tapi harganya sama je"

satu contoh yang paling simple. Banyak contoh lain yang dekat dengan kita. Sangat banyak. Dalam tak kita sedari sebenarnya kita seakan terlupa pada Dia yang memberi rezeki. Setiap kurniaan-Nya yang Dia tak minta dibayar. Setiap nikmat-Nya yang Dia tak letakkan harga. Tetap jua kita bertanya kenapa. Tetap jua kita mempersoal mengapa. Kita lupa Dia lebih tahu. Tahu apa yang terbaik untuk kita.  Kita lupa... selalu... khilaf manusia...

Paling tidak belajar apa itu syukur
kita mengharap bahagia pada mata kita
kita minta Dia bagi kita bahagia tu 
kita nak sangat rasa bahagia tu
kita harap sangat untuk rasa bahagia tu
tapi Dia tak bagi
kenapa?
sebab Dia lebih tahu hakikat bahagia
sebab bahagia itu milik Dia...



Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi dakwat), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman, 31:27)

Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi dakwat untuk (menulis) kalimat-kalimat Pengaturku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Pengaturku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (Surah AlKahfi, 18:109)

sticky note;
dear cik hawa adam
la tahzan...
mulai detik dan ketika ini
berhenti menangis pada apa yang tak awak miliki
berhenti mengenang pada apa yang dah pergi
sisipkan tangan kedada
pejam rapatkan mata
sejenak tarik nafas tenang
bisikkan perlahan di dasar hati...
"cukuplah Allah bagiku..."



belajar melalui cerita

Baru lepas tengok dalam mihrab cinta. 
erm... ok mengaku agak ketinggalan zaman tapi bukan itu nak dibahaskan. 
serius cerita tu best. sangat best.
tajuk dia je dalam mihrab cinta dan kita punya expectation pun meleset. specifically saya punya expectation la.
suka sebab kisah ni terselit pengajaran yang bukan sedikit.
dan yang paling penting cinta yang dimaksudnya adalah cinta yang sebenar-benar cinta.

betullah...
setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. setiap.
Allah dah atur yang terbaik untuk kita
walaupun syamsul hadi difitnah dan dia sampai tewas dengan ujian dan tersasar langkah 
tapi hikmahnya, hikmah yang kita tak nampak sebelum waktunya, sangat besar
dia mendapat satu nikmat dan rahmat yang jauh lebih baik dan tak terlintas oleh akal manusia yang sememangnya terbatas.
rahmat yang tak siapa sangka.
sesungguhnya ada hikmah disebalik musibah...

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah: 155]

pada saya, part yang bestnya bila tengok cerita ke, video ke atau baca buku adalah bila kita nampak apa yang dia nak tunjukkan maksudnya apa yang nak disampaikan tu sampai pada kita.

sticky note;
Allah tarik nikmat yang sedikit untuk gantikan dengan nikmat yang jauh lebih banyak
Allah uji sebab Dia sayang hamba-Nya
Dia nak hadiahkan pahala pada setiap jiwa yang redha
Allah uji dengan kesakitan bersama penawar dosa berguguran...




jiwa kacau?


jiwa kacau?
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram." 
[Ar-Ra'd: 28]

sakit hati itu, ubatnya ada pada Ilahi
resah jiwa itu, penawarnya ada pada Pencipta

tika bahagia kongsikan dengan Dia
saat berduka adukan kepada-Nya

sticky note;
Allah anugerahi kita syifa' buat sekeping hati
iaitu Qalam-Nya yang suci
Allah janjikan kita pahala tak bertepi 
dengan zikrullah penyejuk hati


sakura

seindah sakura seharum lavenda...


mencoret kata pada dinihari yang kian merangkak menjemput mentari hadir menerangi 
menghias lembaran kanvas yang tak bercorak

dekat tapi jauh...
semakin menjauh...
entah...
ini soal apa yang namanya hati...
daerah yang terlahirnya naluri rasa yang tak terlafazkan
mendamba namun menafi...
mengimpi namun menyepi...

terdetik di hati 
apa yang sebenarnya terjadi
apa khilaf pada pincangnya ikatan...
apa silap pada ruang tak terisi
sehingga satu saat terasa penat
letih mengharap pada impian yang tak pasti 
harapan yang seakan mimpi
anganan yang hanya fantasi...

ini soal hati dan perasaan...
yang terlahir dari daerah terpencil di dalam diri
dari segumpal darah yang sukar dimengerti...

hati itu..
sukar ditafsir
payah dijaga
mudah terluka
pantas tergores


entah tiba-tiba terdetik untuk menaip tapi tak tahu nak taip pasal apa. selalu post pasal benda2 yang agak serius dan mendalam maksudnya. mungkin ada yang salah faham sebab kurang memahami atau mungkin juga ada yang tersalah tafsir sebab tafsiran yang meleset. Erk! apa2 je lah. selalunya kalau dah datang ilham tu dan start menaip tu dia laju je tak ada stuck2. itulah... betullah... idea tanpa ilham ibarat sirap tanpa gula... bagi saya lah...

selalunya apa yang saya tulis atau post tu just satu peringatan kepada diri sendiri sebenarnya... self reflection... atau tentang diri so tak ada kena mengena dengan sesiapa. tapi kalau ada yang terbaca dan sudi baca tu kira share benda baik... kalau ianya membawa kebaikan... (harapnya begitulah). saya ada aim saya sendiri dalam menulis... aim yang hanya saya dan Dia saja yang tahu.

sebenarnya tengah belajar, berusaha menjadi dewasa dan cuba memahami cara orang dewasa berfikir. masa balik kampung hari tu dengar kakak2 bercakap. rasa dan nampak bahasa orang dewasa memang berbeza dengan kita yang... err... apa ya perkataan yang sesuai... err... baru nak membesar? ok ke? eh, salah ek? apa2 je lah...

main point nya di sini... saya belum matang! erk...



sticky note;
hati kita ni hanya kita dan Dia saja yang tahu
orang lain tak tahu
begitu juga dengan hati orang
hanya dia dan Dia saja yang tahu
kita tak tahu..


belajar

belajar menjadi dewasa
sejajar dengan peningkatan usia...

belajar erti kehidupan
yang sarat dengan liku ujian...
sakit seperit hirisan luka
menagih penawar mendamai di jiwa

berjalan menyusuri lembah gersang
mencari erti hidup di jalanan sesayup mata memandang
merungkai rahsia pada setiap ketentuan
yang tak terzahir pada mata insan

merantau mengenal Pencipta
belayar mencari Dia
kembara meraih cinta-Nya...


sticky note;
cik hawa adam...
selagi nyawa masih pada jasad teruskan berjihad...
jihad fisabilillah...

~orang yang keluar menuntut ilmu umpama berjihad di jalan Allah sehinggalah dia kembali~