jawapan dalam kiasan

Alhamdulillah...
Everythings are ok. as ok.
Now dekat kampung halaman yang permai. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk semester ini. Dah hampir seminggu terperap dekat rumah. Hujan. Selalu. Setiap hari. Some kata boring duduk rumah tak buat apa but for me it’s a bless. Entah. Rasa best je duduk rumah menambah lemak and do something. For me la.
Oh... my adik dah makin berisi. Susah la lepas ni nak belikan dia baju. Kalau dulu main rembat je yang paling kecik since dia tersangatlah kurus but now nampak dia bahagia je alamatnya kena telek betul-betul la kalo agak-agak nak buat amal nak belikan dia baju. Dah macam my abang dah jadinya. Betul sebijik. Tak gemuk pun sebenarnya, just nice. Ok la tu. the old him yang loyar buruk suka merapu tak tentu pasal dah kembali. Alhamdulillah...
Tengah update anti-virus sebenarnya. Dah alang-alang tu kan jenguk ler blog yang dah bersemak ni. heh line tenet sangat tenat. Berjam-jam nak update anti-virus je pun. Kalo nak update status lagi lah.
.......................................................................................................................................
Dalam proses pembelajaran. Hakikat hidup.
Dulu pernah tertanya dekat diri sendiri, ukhwah fillah tu memang bukan untuk orang biasa ea?
Tapi satu hari... satu peristiwa... telah bagi jawapan dalam kiasan.

            Aku membentang sejadah di bahagian tepi surau bersebelahan dengan seorang gadis yang sedang menadah tangan berdoa kehadrat Ilahi. Mungkin telah selesai menunaikan rukun Islam yang kedua. Tangan menyarung telekung lantas mengangkat takbir munajat pada-Nya.
            Usai menunaikan solat, tangan ditadah memohon ampunan dan kekuatan menghadapi setiap ujian dan dugaan hidup. Air mata menitis perlahan dalam pengaduan. Hati sebak sebu dibalut gusar resah dalam kepedihan. Hanya pada-Nya dicurahkan segala rasa yang seakan tak tertanggung oleh sekujur jasad yang lemah tak berdaya.
            Esakan kecil terzahir hanya di dasar hati. Lama begitu. Bicara dengan Ilahi melalui suara hati. Berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan siapa di sisi.
            ‘Rabbanaatina fiddunya hasanah, wafilakhiratihasanah wakina a’zabannar... amin...’
Untuk kesekian kalinya air hangat yang mengalir di tubir mata diseka perlahan. Bibir digagahkan untuk terus mengukir senyum tatkala terpandangkan gadis tadi yang masih di sebelah yang sedang mengemaskan tudung.
Gadis itu lantas menerpa ke arahku dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Agak tersentak dengan tindakannya yang tak terduga tetapi hulurannya disambut tenang.
“Maaf ya...” bisikan lembut si gadis semasa berlaga pipi menyentak emosi.
Subhanallah... Maha Suci Allah.
Dia hanya seorang gadis biasa. Dia datang kepadaku menghulurkan tangan lantas mengucap kata maaf sedangkan aku tidak pernah mengenali dirinya begitu juga sebaliknya lantas atas dasar apa harusku memaafkan orang yang langsung tidak pernah melakukan sebarang kesilapan kepadaku.
Allah... sudah terjawab rupanya segala persoalan. Dia menghulurkan salam ukhwah fillah dan dia hanya seorang gadis biasa.

Itu kali pertama dan terakhir SETAKAT INI. sekadar yang saya lalui. Bukan tak pernah tengok orang dalam surau bersalaman lepas solat hatta dekat luar sekalipun tapi tak pernah tengok orang yang tiba-tiba datang bersalaman dengan orang yang tak dikenali. Simply bagi salam la. Selalunya kalau pergi mana-mana pun memang macam tu kan. Kita hanya akan tegur kawan kita je. Sama juga dengan situasi yang saya sebutkan tadi.
Bukannya tak pernah ada yang menegur bila duduk sorang-sorang ada je. Misal kata masa tengah tunggu bas, ada je yang boleh dibuat kawan. Misal kata bertegur sapa bertanya tanpa apa-apa kepentingan. A bit tersirat.
I mean let say someone tanya;
“Awak duduk blok mana? Kos apa?” instead of
“Dah lama tunggu bas? Bas ada ke hari minggu macam ni?”
Dua-dua ramah menegur but I hope you can sense the difference.

Setiap muslim itu bersaudara.

Brothers and sisters dekat Palestine of course kita punya saudara yang kita sayang dan tak pernah lupa menitipkan doa untuk mereka dan kepingin sangat jumpa mereka di sana tapi kadang-kadang kita terlupa, brothers and sisters dekat depan mata kita (selain daripada keluarga) and dekat sekeliling kita pun saudara kita jugak kan? Indeed.
Your du’a between you and our Lord. our Kekasih.

I just didn’t sure is it true if I say; that gadis biasa teach me ‘bout ukhwah fillah. Without any doubt.
Dan if I say ukhwah fillah itu tak kenal siapa dan di mana...
Saya tak wonder kenapa tak ramai yang macam that gadis, and someone yang sangat ramah menegur dekat bus stop tapi saya wonder kenapa saya tak boleh nak jadi macam mereka. L

p/s: salam maulidurrasul...
kalaulah kita betul-betul berukhwah fillah... bersaudara dengan saudara... guess siapa yang paling happy?


-tulisan itu permainan saham-

kalau tak mampu nak tulis sesuatu yang bermanfaat 
jangan pula tulis sesuatu yang menjerat


...........................................................................
 soalan exam...
walau tulis berjela sampai dua tiga helai kertas kajang untuk satu soalan cabang, 
kalau tak ada jawapan yang soalan tu nak
tak dapat markah jugak...
^^

jentik diri sendiri

bahagia, gembira, sedih, kecewa...
itu Allah yang titip dalam jiwa
tapi... 
kita yang pilih untuk bahagia atau berduka
tak salah pun nak rasa sedih sebab impian kita tak terlaksana
fitrah manusia
memang Allah yang cipta macam tu
memang ada ketika rasa gembira  dan ada ketika rasa kecewa dan putus asa
kalau tak ada perasaan tu dah kira robot la kan
tapi redha itu perlu
terus tegak pada landasan kisah silam tak bersambung
terus mampat pada impian tak berpenghujung
terus teggelam dalam tasik pengharapan tak bertepian
tak salah untuk terus berharap
malah memang perlu 
untuk kita tahu, untuk kita yakin yang masih ada Dia tempat kita sandarkan harapan
tapi yang silap bila hanyut dalam harapan sehingga redha itu tiada
yang tak betul bila terbang bersama impian sehingga ikhlas itu entah ke mana
tanpa sedar tanpa disangka
kadang-kadang kita rasa kita dah redha tapi hakikatnya kita tak cukup redha
kekadang kita rasa kita dah serah segalanya pada Dia
tapi dalam tak kita sedar sebenarnya belum sepenuhnya.
tak ada apa yang berubah pun kalau kita layankan perasaan sedih tu sangat.
kalau Dia tak izin memang tak jadi.
dan.
Dia tak izin bukan sebab Dia nak dera hati dan perasaan kita.
jauh sekali.
Dia punya sebab tersendiri yang kita tak nampak lagi.
mungkin bukan sekarang, mungkin satu hari nanti.
dan mungkin bukan di sini, mungkin di sana nanti.
kita tahu Dia sayang kita. percaya Dia rancang yang terbaik untuk kita 
tapi ramai yang seolah-olah tak yakin dengan apa yang Dia bagi.
manalah kita tahu yang impian kita tu baik untuk kita?
kita tak capai pun lagi impian tu.
tahu ramal masa depan?
memang lah kena rancang dan usaha tapi bila kita usaha sehabis tenaga dan daya tapi tetap tak berjaya
mesti ada sesuatu yang tak kena.
dunia ini tempat persinggahan sementara.
itu yang kena selalu ingatkan dekat diri.
nak terus stick dekat impian tu dengan harapan bila dapat capai impian tu kita akan rasa bahagai dan happy sampai tak terungkap dengan kata-kata (harapannya) sehingga melunturkan redha yang seberkas cuma
atau nak proceed dengan kehidupan yang dah terhampar di depan mata sambil membuka mata hati dan jiwa untuk belajar bersyukur dengan limpahan nikmat dan rahmat kurniaan-Nya sambil berusaha sepenuh jiwa untuk redha dan untuk meraih redha-Nya?
nak happy dekat dunia je ke?



-mungkin kita mampu bersabar tapi bukan semua orang yang dapat nikmat sabar itu mampu bersyukur-


lintasan waktu tak akan pernah penat mentaati
mentari mega tidak akan kenal jemu untuk terus menyinari
sehingga tiba saat dan ketika sebuah janji
yang akan Dia lunasi.



sticky note:
Surah Al-Insan banyak cerita pasal nikmat dalam syurga.
motivasi untuk kita.
especially untuk orang macam saya ni.
cepat sangat hanyut dengan dunia
memandang dunia macam tempat selamanya.
sedangkan realitinya...
tahu...
tapi cepat lupa... cepat leka... cepat alpa...
sebab tulah adanya peringatan
direct dari Dia.
yang ingatkan destinasi kehidupan yang sebenarnya.




p/s: ayat menyentap qalbu merenggut naluri ini bertujuan untuk menjentik diri sendiri yang cepat sangat nak rasa down dengan macam-macam benda yang sebenarnya bukanlah segalanya.... ^^