Hanya Dia



kita  merancang dengan kemahuan
Allah merancang dengan kasih sayang
sesungguhnya tiada satu pun yang ditakdirkan itu sia-sia
semoga diri ini tidak lemas dalam putus asa
kerana esok masih ada
dengan Qada’ dan Qadar yang berbeza



ayat nak sedapkan hati 
nak pujuk diri sendiri
padahal hakikatnya
diri dah semakin lemah untuk tidak mengalah
sudah semakin tidak betah untuk terus melangkah
sampai satu tahap rasa malas nak fikir
rasa nak biarkan saja macam ni
tapi kena juga fikir kena juga usaha
penat... tapi entahlah
jasad dan jiwa ini juga manusia biasa
ada ketika lelah untuk terus berharap
harapan yang belum punya jawapan
mujur masih tersisa iman yang setia memujuk
semoga terus sabar dan redha
sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
kena percaya dan yakin
bahawa sesungguhnya hanya Dia tempat bergantung.
Hanya Dia tempat memohon pertolongan.



Sticky note:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat  serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." 
[Surah Yusuf: 87]


Semoga Mentari Kembali Bersinar

tak tergambar rasanya perasaan saat ini.
Resah, gelisah, tertanya-tanya
terlalu sedih melihat keadaan di bumi serambi Mekah yang tercinta
bumi penuh kenangan sedang dilanda ujian
Allahu...
empangan mata selalu sahaja hampir pecah setiap kali melihat berita di kaca tv
juga bila melihat status update di fb, wassap
malamnya tidur ditemani air mata yang tidak mampu ditahan
tidak henti-henti mengalir hingga hampir munculnya Mentari baru
walau jasad tidak di sana bersama mereka namun hati dan jiwa seakan bersatu
merasai perit getir yang dilalui
sedih yang terlalu sedih
sedih saya, sedih kita, mungkin jauh hendak dibanding dengan mereka yang mengalami sendiri
khuatir kita mungkin tidak sama dengan mereka yang lalui sendiri
seakan nyawa dihujung tanduk
saling mengharap
harap bantuan daripada Tuhan
moga diberikan kesempatan untuk terus berjuang dan bertahan
demi sebuah kehidupan
berharap agar dikurniakan kesempatan untuk melalui lagi detik waktu
kerana kudratnya manusia tidak terjangkaukan kekuasaan-Nya
tapi tetap juga risau akan keluarga di sana
pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil berlaku
namun jauh di sudut hati sentiasa berdoa agar dipelihara seluruh anggota keluarga dan saudara seagama juga manusia sejagat yang ada di sana
Allahu...
titisan hujan air mata mengalir tanpa silu.
Allah...
pelihara mereka semua, pelihara kami semua
Mungkin ini semua salah satu ujian-Mu untuk menguji keimanan seorang hamba
Mungkin juga sebagai peringatan akan silap semalam
Andai ujian ini kerana kerana murkanya Engkau kepada kami...
Allah.. pasti kami tahu Kau Maha Pengampun. Ampunilah kami. 
Allah... andai ujian ini untuk menguji iman kami... kuatkanlah hati-hati kami untuk menghadapinya.
Allah... andai ujian ini sebagai penghapus dosa--dosa silam kami... demi sesungguhnya Allah... Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih...
Moga iringan doa yang tidak putus dari kami menjadi penawar segala derita
Allah…
Andai Kau izin untuk kami terus meminta,
Kami hanya minta diberikan kesempatan untuk terus bernafas sehingga kami sempat bertaubat atas segala khilaf.

menghambat rajuk



dah lama sangat dah merajuk
memencilkan diri.
merajuk sebab apa?
saya juga seakan kabur dengan jawapannya.
apa pun terlalu banyak yang berlaku selama menyepi
kalau hendak diceritai mungkin sampai hari berganti, 
minggu bertukar pun belum tentu habis cerekanya
biarlah begini.
asal tahu wujudnya.
meski hilang dan munculnya misteri.
segalanya indah mengikut aturan-Nya.
biarlah bicara ini terus bisu.
terus diam menyepi
kerana perlukan waktu
berbicara dengan Ilahi.

sticky note:

"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui." 
[An-Nahl, 16: 95]