SEKADAR RENUNGAN...


mode: rindu nak makan nasi lemak mak cik sebelah la...
asyik hidu bau jek...

* mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang tak sempurna...
tak de pekdah nya lah...

cuba hayati ni...


bukan ke lagi baik...
*perjalanan hidup yang sangatlah singkat namun jauh...

"Wahai orang beriman! Janganlah kamu memakan riba berlipat-ganda, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat kemenangan (kejayaan). Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka yang disediakan untuk orang kafir. Dan taatlah kepada Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat. Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan). (Surah Ali Imran, ayat 130-134)

Aisyah pernah menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

p/s:subhanallah...betapa Baginda seorang yang sangat pemaaf....
ustaz saya pernah cakap sabar Rasulullah tiada terbatas...

0 comments: