tHeRe'S NO ReASoN tO Be LoVeD II ...


"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

terjumpa wallpaper ni sweet sangat...

and
tetiba terdetik untuk membaca artikel ni: 

mungkin tak ada kaitan pun dengan tajuk saja mencelah... 
entah macam terkesan akan sesuatu... menusuk kalbu...
jadi apa salahnya kalau abadikan dalam diari kenangan ni

bila berbicara soal cinta...


Apa-apa pun cinta itu adalah fitrah...
kekadang sebagai ujian daripada Allah...
Bukan untuk kita tunduk dengan kata hati namun untuk kita hayati apa yang Dia cuba sampaikan...


definisi cinta yang terlalu luas...

Jangan terlalu taksub dengan cinta...jangan sampai menggadai maruah hanya kerana cinta yang murah. Jangan pula mengorbankan agama hanya kerana cinta sementara. Jangan kita pinggirkan keluarga hanya kerana cinta yang dusta. Janganlah sanggup lupakan Pencipta hanya kerana cinta dunia...Letakkan cinta pada tempatnya. Berikan cinta pada yang berhak keatasnya...

Hamparan cinta Tuhan seluas lautan rugi rasanya andai dipersiakan. Walau hanya setitis cuma menjadi azimat sepanjang perjalanan di dunia yang penuh kepalsuan. Cintailah hamba-Nya kerana Dia...cintailah dia kerana agamanya. Sayangilah dia kerana imannya. Kasihilah dia kerana akhlaknya... Namun jangan terlalu mengagungkan cinta manusia sehingga kita menafikan cinta Yang Esa...

orang kata...
pentingkan yang lebih penting dari apa yang penting kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting dari yang penting...

agak berbelit tapi still... ada maksud yang mendalam...:-P

p/s : 'kisah' ni tak de kaitan dengan sesiapa/diri sendiri ek...




LA TaHzAN...

mood cdih :-(
dekat namun jauh... makin jauh...
Dia sedang menduga...
sebagai syifa' buat segumpal darah yang mencorakkan sekujur jasad...


Bila Diri Disayangi by Uk's

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-Mu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu
Ku berserah diri

*Dia menguji sebab Dia sayang....



HUKUM DERMA ORGAN

Setiap perbuatan manusia mestilah terikat dengan hukum syarak. Ini merupakan perkara asas yang perlu diteliti oleh setiap kaum Muslimin. Oleh itu, segala hukum berkaitan derma organ hendaklah dirujuk pada hukum syarak, dan bukannya berdasarkan manfaat. Lebih-lebih lagi, segala polisi yang hendak di gubal oleh penguasa, nyata bukannya timbul dari aqidah Islam. Islam telah menggariskan hukum berkaitan dengan derma organ ini. Secara amnya, ia dikelaskan kepada dua keadaan.


Pertama: Hukum pemindahan organ bagi penderma yang masih hidup. Syarak membolehkan seseorang pada saat hidupnya untuk secara sukarela mendermakan organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut seperti tangan, kaki dan buah pinggang. Ini adalah kerana adanya ketentuan hak bagi seseorang untuk mengambil diyat (tebusan) atas kesalahan seseorang yang segaja mencederakannya dengan melakukan perkara yang sama ke atas pelaku ataupun memaafkannya.


Oleh itu, adanya hak milik individu tersebut terhadap organnya memberikan indikasi bahawa beliau memiliki hak untuk menyumbangkan organnya tadi. Namun begitu, terdapat syarat-syarat lain dalam menderma organ-organ pada dirinya. Syarat pertama, organ tersebut bukanlah organ utama yang mana sekiranya ia didermakan kepada orang lain, ia boleh menyebabkan kematian ke atas dirinya seperti mendermakan jantung, kedua-dua buah pinggang ataupun kedua-dua paru-paru. Ini adalah haram kerana Islam telah mengharamkan hukum bunuh diri sebagaimana firman Allah :


“Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian.” [An-Nisaa’ (4) : 29]


Syarat kedua adalah terdapat organ tertentu yang diharamkan sama sekali untuk disumbangkan iaitu testis, tidak kira sama ada penderma tersebut mendermakan satu ataupun kedua-dua testisnya. Ini adalah kerana, testis yang disumbangkan tetap akan menghasilkan baka si penderma dan bukannya baka penerima. Sekiranya berlaku, ia akan menyebabkan percampuran nasab, walhal Islam telah mengharamkan hal ini:


“Barangsiapa yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang hamba) bertuankan kepada selain daripada tuannya, maka dia akan mendapat laknat daripada Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” [H.R. Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas]


Selain itu, sekiranya penderma mendermakan kedua-dua testisnya, ini akan menyebabkan dirinya mandul, walhal Islam telah mengharamkan proses pengembirian/kasi (al khisha’).


Kedua : Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:


“Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

p/s: boleh lihat video kuliyah di sini



~ a special thanks to syahirul.com ~

HiKMAH

Malam ni gerhana bulan tapi sayang tak dapat tengok satu tanda kebesaran Allah sebab langit mendung n hujan + guruh...
tapi still there are a lot of hikmah...
Insya-Allah doa di makbulkan...
hawa adam....let's pray solat sunat gerhana bulan...
banyakkan berzikir...
::berbeza dari yg biasa:: 
~ as my reference inside this sweet diary ~


tHeRe'S NO ReASoN tO Be LoVeD ...



"The person who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, and how hard you are to handle. But still wants you in their life!!!"
 ~ Islam The One~

Entah tak tahu kenapa teringin pulak nak letak quote ni dekat sini -_-
Siapa lagi yang boleh terima diri kita seadanya selain Dia... mak ayah....

takut untuk berpaut pada dahan yang rapuh....
takut untuk berharap pada yang tak pasti...

Hati...
Milik Tuhan...
Ujian datang tanpa diundang...
Segumpal darah yang mudah terusik...
diduga sehingga terlalu perit untuk ditanggung
Namun...
Lagi perit memikirkan dosa-dosa yang seumpama pepasir di pantai...
Titipan rasa... buat diri tak keruan...
Meminta untuk melupai... Malahan semakin mengingati...
Berdoa agar tiada lagi pertemuan...malahan semakin kerap bertatapan...
Mata yang berdosa mengingkari...Menatap pada yang tak halal baginya!
Kenapa jiwa yang harus menanggung?
Seksanya...sakitnya...
Menyapa bayu kekesalan... Mengulit keinsafan...
Yang kian bersarang pada jiwa hamba yang alpa...
Meratapi dosa silam...
Merenggup tangkai jantung yang masih berdetap
Tatkala musim berubah... hati ini tetap jua menanti...
Mengharap pada yang tak pasti...
Melestarikan sebuah mimpi umpama igauan ngeri...
Lantas hati mengakui...
“ Ya Allah! Kau yang menemukan kami... Kau jualah yang berhak memisahkan kami...
Dan... hanya dengan izin-Mu lah kami akan bersua kembali...
sesungguhnya, di sepanjang jalanku telah kau tuliskan sebuah takdir yang cukup indah...
untukku nikmati...untukku hargai... sebagai hamba yang bersyukur...”
kini...
ku teruskan hidup bersama kasih... rindu... pada cinta-Nya...
meniti hari penuh pengharapan pada satu impian tanpa kepastian...
masih jua mengharap... menanti tibanya hari...
mungkin jua cuma mimpi tanpa penghujung satu realiti...
aku pasti akan terus menanti sampai satu saat nafasku terhenti...
Dia menjemputku kembali... bertemu-Nya yang Abadi...
Andai satu saat
impian hanya tinggal kenangan... harapan biasan angan-angan...
aku pasrah dengan ketentuan...
kerana aku yakin dengan janji-Nya...
setiap yang mencintai pasti akan memiliki
cinta-Nya...
pintaku hanya satu...
diberikan ketabahan dalam menyulam kekuatan menempuh
badai ujian yang mendatang... di sepanjang perantauan
mencari bekalan bertemu-Nya...


One says there is no reason to be loved... 

sekadar contengan ilham yang menyapa tiba-tiba...
tak ada kaitan dengan yang hidup  mahupun yang sudah kembali kepada-Nya...
      p/s: sajak yg berjela...ergh... kenapa tajuk macam menjengkelkan jek...jiwang karate...-_>

SyiFa' BuAt SeKEpiNG HAti...



"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)




belajar mengenal erti redha di sini 

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Ya Allah... sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk seketika namun ujian dari-Mu hampir saja melemaskan aku ke dalam arus kesakitan yang akhirnya menjadikan aku insan yang alpa... lupa... 
apa itu redha... 
Ya Allah... aku mencari penawar pada setiap kelukaan namun aku hampa dalam pencarian...
aku mencari benih ketenangan namun aku kecewa dalam kesedihan...

satu saat aku seakan terpesona tatkala mata ini menatap Qalam-Mu...
 setiap kali bait-bait itu ku tutur
setiap kali itu jualah aku menemui jawapan pada pencarianku...
setiap kali itulah aku mengenal erti ketenangan....


*bila kita mengerti apa itu kehidupan kita tak akan pernah mempersoalkan kenapa adanya ujian...



MeNGeMiS KAsiH


Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…

*Nazrey Johani feat Far East



MuLANyA LemBaRaN bARu....


Salam awal muharram 1433 hijrah

*semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan mendidik jiwa kita menjadi seseorang yang jiwanya jauh lebih sarat dengan nilai kesabaran...*

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl:96)


“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”(Muhammad, 47:31)

sukarnya mencari sebening kesabaran lantaran hati duduga dengan kesakitan yang mencengkam...
sakitnya mencari secalit kesabaran tatkala jiwa diuji dengan kepedihan yang tak terungkapkan...

namun...

sabar itu adalah sebahagian daripada iman...
masih mencari kekuatan dalam menyulam kesabaran yang kian menipis senipis kulit bawang...

" Ya Allah... jangan pernah Kau hilangkan sabarku yang cuma sekelumit. Jangan pernah Kau biarkan jiwaku didiami amarah walau hanya secalit. Kau tenangkanlah hatiku tika badai kemarahan mula menyelit. Kau damaikanlah jiwaku andai bayu ujian datang menggamit..."


“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

AwAk... DAh cUkUP cANtiK kE?


berdiri di depan cermin...
cuba reflex diri..

sudah cukup cantikkah kita?
kalaulah jawapannya ya...
buktikan sejauh mana kecantikan kita tu...

tapi kalaulah masih ada noda...
kalaulah ada jerawat yang baru meninggalkan jejak...
kalaulah ada parut2 lama yang masih berbekas...
kalaulah masih ada bintik2 yang belum berganjak...
gunalah...tampallah... segala macam krim anti jerawat, anti parut, anti penuaan dan segala anti yang ada...
gunalah pelambap safi, syurah, alaisyah dan segala jenis pelembap yang tersedia...
 sebelum hari tua menjelma...


that is how we make our face clean and clear...
during teenager...
commonly...err...perhaps...:-P


sama jugaklah dengan diri kita..
atau lebih tepat hati kita...
segumpal darah yang mencorakkan sekujur jasad...

rasa-rasanya... sudah cukup cantik ke?

kalaulah jawapannya tidak...
bersihkan balik hati yang tercemar dek firasat yang tersasar...
sucikan kembali hati yang terpalit oleh dosa yang lampau...
rawatlah calar yang berparut kerana bicara tak terkawal...

gunakanlah facial subhanallah...
scrub alhamdulillah
toner lailahaillahllah...
krim Allahuakbar...
dan pelembap Qalamullah...

nescaya hatimu kan bercahaya dengan berseri laksana suria yang memancar girang...


==Hati ini bukanlah konkrit yang kukuh tertegak meski dihempap, bukan juga akar jati yang kukuh mencengkam di dasar bumi. 
Hati ini umpama kaca yang tersangatlah rapuh, bisa berderai andai terjatuh.== 





Dia Sentiasa Ada...




“ Di saat kita rasa keseorangan,
ingatlah masih ada Dia yang akan sentiasa menemani kita.
Di kala kita rasa sendirian,
ketahuilah Dia tak akan pernah meninggalkan kita...”




“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]





Allah tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi 161 Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Baqarah:255)

*161-Menurut sebahagian mufasir mengartikan dengan ilmu Allah, ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya, dan ada juga yang menafsirkan lain.

He KNows BeTteR

Don't ask whether we are good enough or not pada pandangan Dia. Just do EVERY SINGLE THINGS He ask. then just we'll become good... not just pada mata manusia tapi pada pandangan Allah.


Allah ada berfirman dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

" Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, maka dia akan melihat (balasan)nya."

apa yg tersangatlah penting adalah...

Dia bukan melihat 'kebaikan' yang manusia pertikaikan tetapi Dia memandang pada keimanan dan ketakwaan hamba-Nya...
sesungguhnya erti kata kebaikan itu terlalu abstrak untuk dinilai oleh
manusia yang naif...

Sabda Rasulullah SAW:

" Tiga perkara, sesiapa yang melakukan akan memperolehi kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci pada kekufuran setelah Allah menyelamatkannnya daripada kekufuran sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka."

selagi kita bergelar manusia... kita adalah insan biasa...
fitrah kejadian manusia seringkali melakukan kesilapan...

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Tidak sempurna iman seseorang sehingga BAIK HATINYA dan tidak baik hati seseorang sehingga TERPELIHARA LIDAHNYA"

Senyum bukan bermakna gembira...
ketawa tak semestinya suka...
menangis bukan bererti sedih...
apa yang tersurat tak sama dengan yang tersirat...
pandangan mata hanyalah gambaran ilusi...
kata hati kekadang perangkap duniawi...
orang yang buat kita ketawa tak selamanya bersama kita...
hidup ini sebuah perantauan...
mencari arah jalan ke syurga...
lantaran hati masih keliru...
buntu mencari sinar dalam gelita kejahilan...
terlalu mudah terpedaya dengan keindahan dunia...
terlalu mudah tuduk pada nafsu yang sentiasa memburu...
mulut mudah pula bermadah ingin ke syurga
sedangkan jiwa?
leka dengan dunia sementara...
siapa milik ita?
apa milik kita?
tak ada milik kita...
segalanya hanyalah pinjaman dari-Nya....

" Ya Allah... Kau sandaran harapan untukku terus bertahan di dunia yang hanya pinjaman menghadapi ujian yang menuntut kesabaran... Kau tempatku berpaut tatkala aku lemas dalam dakapan hiba yang memencilkan aku dari manusia yang Kau utuskan sebagai ujian dunia...Ya Allah tuntunlah aku dalam pengembaraan yang masih di pertengahan agar aku tidak terpesong dari landasan keimanan dan ketakwaan... agar aku tidak lagi terpesona dengan dunia sementara... agar aku tidak lagi mengulang pada setiap kekhilafan...Amin..."

HOLd ONtO YouR DrEAmS

Hold onto your dreams
and never let them go
Show the rest of the world
what I already know:
how wonderful you are!
Give circumstances a chance,
and give others the benefit of the doubt
Wish on a star that shines in your sky
Take on your problems one by one
and work things out..
Rely on all the strength you have inside.
Let loose the sparkle and spirit that
you sometimes try to hide.
Stay in touch with those
who touch your life with love...
Look on the bright side
and don't let adversity keep you from winning...
Be yourself, because
you are filled with special qualities
that have brought you this far,
and that will always see you through
Keep your spirit up
Make your heart happy,
and let it reflect on everything you do!

By: Douglas Pagels

BAcK to ReALiTy

Kembali ke puncak=kembali ke alam realiti

emosi tak brapa nak stabil..;

buat masa ni rasanya nak stop dulu post QR dekat P2U...
entah...
dalam proses menilai diri ...

kadang2 aku wonder... perlu ke aku teruskan...

pada aku QR tak lebih hanyalah syifa' utk diri sendiri walau pun sebenarnya ia menambah kesakitan...
cuba memujuk diri...

all about novel...
novel...
hanyalah sebuah gambaran fantasi yang direalitikan...
atau...
lukisan realiti yang difantasikan...

berusaha mencipta satu scene yg bleh buat org ketawa n tersenyum walhal at that time hati kita yg menangis...

entah...
mungkin juga novel ni salah satu cara nak realisasikan impian yang tak mungkin tercapai...

it pains a lot....

novel...
satu drp bnyak cara utk release stress...
penulis try utk buat pembaca happy... dbuai kehidupan yg 'indah'
tp realitinya tak macam tu!

realitinya=Syifa Raihan bukan Nur Syifa' Alia...


perhaps...
aku memang tak dilahirkan utk jdi penulis...
bukan bahasa org yg putus harapan tapi...
entahlah...

emosi tak berapa nak stabil...

kisah Nur Syifa' Alia sudah pun ada ending dia...
ending yg aku cipta...
its all about novel...
penulis yg berkuasa menentukan ending dia...

tapi...
realiti tak macam tu!

ok i think i better stop drp terus merapu tak tentu pasal...
thanx to hlovate; (tunas)live with ur life...

Miss U...

erg...sangat rindukan umah. mak+ayah+adik beradik...especially mestilah mak. lagi seminggu bertahan! sebuah nukilan dedikasi buat mak yang tercinta...


a trillion thanx to my mum...

CeBiSAn iTu...

Impian itu sudahpun berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil dan terbang bersama angin lalu membawa bersama pena kekuatan...

yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan harapan yang terdampar di tanah gersang tatkala bayu yang menyapa menderu lembut menggugurkan serpihan itu...



“ Ya Allah... Kau jagalah cebisan harapan itu agar terus kekal di kalbu lantaran aku tak sekuat dulu... sesungguhnya cebisan itu adalah milik dia yang telah menyabung nyawa untuk kehidupan seorang hamba-Mu...”

SaAt iNi...

Saat tinta ini menitis tubir mata ini turut menitik. Digenangi air. Entah kenapa damai syahdu kian terasa. Aku sendiri tak pasti mengapa... dan untuk apa...
Setiap langkah aku menapak bagaikan terkesan oleh sayu yang kian mencengkam. Jauhnya aku dari Dia...


“ Ya Allah... andai diri ini alpa Kau sedarkanlah aku akan tarafku sebagai hamba. Andai diri ini leka Kau sedarkanlah aku akan diriku yang tak punya apa. Andai diri ini lupa kau ingatkanlah aku akan hidup yang hanya sementara. Andai diri ini luka Kau ingatkanlah aku akan hikmah-Mu yang tak terhingga...”

ReAcHing fOr tHe sTaR...

Dalam pada aku berusaha menggapai bintang itu aku seakan terlupa akan PEMILIKNYA... dalam aku mencari destinasi untukku tuju aku seakan terlupa akan PENUNJUKNYA...

YA ALLAH... hati ini...
Hati milik-Mu...

Dalam aku terbuai oleh indahnya dunia aku seakan terpisah dari negeri abadi. Dalam aku mengejar impian hidup aku seakan terpinggir dari fitrah kehidupan...

YA ALLAH... jiwa ini...
Jiwa milik-Mu...



Qalam Rinduku seakan mengerti akan kerinduan yang sekian lama terpendam pada dia yang bernama ketenangan...

Qalam rinduku seakan mengerti akan kerinduanku yang sekian lama terpendam pada dia yang bernama keimanan...

YA ALLAH... rindu ini...
Rindu milik-Mu...

Pengembaraan menjejak bintang yang paling terang bersinar bersama gemerlapan yang memancarkan kegirangan...

itulah impian setiap insan...

Perantauan dalam mencari erti kehidupan bersama mengumpul bekalan di sepanjang pelayaran merentas lautan di dunia yang hanya pinjaman...

itulah tujuan sebuah kehidupan...

now i'm tried to reach for the blinking star....

' Ya Allah...terlalu kerap diri ini meminta... terlalu banyak diri ini mengharap. mana mungkin aku mampu melalui hari-hari di sepanjang perjalanan kehidupan yang masih tersisa entah berapa ketika ini tanpa rahmat dan belas kasih Mu. Alhamdulillah...nafas ini masih terhembus. mungkin peluang yang Kau titipkan buat hamba sehina aku untuk terus merintih mengharapkan belas-Mu. buat mata kuyu ini untuk terus menangis memohon ampunan-Mu...'

*rindu sangat dekat sm_s yg dulu...mana dia ni???sm_s if u read this pliz call me...or just text me...plizzz....

ReLated to eAch oTher...

ergh...secukup rasa...bak kata cik yam.baru berapa minggu kerja bnyk dah mcm dekat 1 sem...selasa+rabu+khamis+jumaat=tests....gulp...esok!hbu...isy...apa ni? e2 x lagi msuk bab labreport2+assign...weh... erm...situasi beberapa hari yg lalu d sepanjang minggu ini. ujian d alam pertunangn.....

Betul lah kata orang ujian d alam pertunangan ni memang mencabar. Tempoh prtunangan yg sangat panjang. Tanpa rasa cinta...entahlah aku sndiri tak pasti smpai bila aku mampu bertahan...walau tanpa secalit cinta namun aku cuba belajar menyayangi ‘dia’. empat tahun tempoh yang ‘dia’ persetujui...bukan aku yg minta...

walau aku rela dalam terpaksa aku mencuba menerima ‘dia’ seadanya....namun ujian yang DIA berikan hampir-hampir meragut kesetiaanku kepada ‘dia’. Allah yang lebih tahu bahawa aku cintakan yang lain tapi...inilah takdir namanya...walau ku cuba lari dari ‘dia’ tapi Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

walau tanpa rasa cinta aku harap sangat pertunangan ini akan berkekalan hingga ke fasa seterusnya atau setidak-tidaknya kami mampu bertahan selama empat tahun...seperti yang ‘dia’ mahukan.mungkin selama empat tahun bersama’nya’ aku mampu melupakan cinta hatiku dan memberikannya kepada ‘dia’ tapi ini mungkin agak mustahil. mungkin benar kita hanya akan menghargai sesuatu setelah merasa kehilangannya...

aku percaya kalau betul cinta hatiku itu yang terbaik untukku sudah pasti Allah akan menyatukan kami tapi sebaliknya DIA mentakdirkan aku bersama ‘dia’...bukankan itu sudah cukup untuk menjadi jawapan pada setiap persoalanku selama ini. Aku yang sering meminta agar DIA yang menetukan segalanya...kerana aku yakin dengan kasih dan cinta-Nya...

janjiku kepada diriku akan ku cuba mengasihi ‘dia’ kerana Pencipta... akan ku cuba harungi suka dan duka bersama’nya’ kerana Yang Esa... walau sakit yang teramat perit yang akan ku rasai...sesungguhnya setiap kesakitan itu pasti akan ada panawarnya... setiap kelukaan itu pasti akan ada ubatnya... setiap ujian itu pasti akan ada hikmahnya...

“Ya Allah...walau apapun yang terjadi dan akan terjadi ku pinta semoga kau tidak akan pernah memesongkan hatiku daripada-Mu...tidak akan pernah membiarkan aku terus hanyut dalam kelalaian mengejar dunia pinjaman... tidak akan pernah mempertikaikan takdir yang telah Engkau tetapkan... tidak akan pernah mengeluh akan ujian yang Kau hamparkan... Ya Allah Kau penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu agar tiada lagi ruang untukku selitkan dengan cinta yang selain dari-Mu juga kekasih-Mu..."


Perjalananku

Ku menapak atas bumi ini
kerna takdir Tuhan telah menentukan
ku berdiri tegak di sini
demi satu cita
tunaikan harapan
tuntaskan impian
dalam kehidupan...


ku lalui lorong yang berliku
ku layari lautan berombak
pahit jerih perjalanan hidupku
sakit pedih dilambung gelombang
penuh duri...
ku tabahkan jiwa dan raga
ku pasrahkan segala-galanya


Oh Tuhanku...
Teguhkan imanku kuatkan hatiku
Menghadapi hidup
Dalam pencarian pantai idaman...


Perjalananku...
Masih pertengahan
Akan ku teruskan selagi terdaya
Hingga ku berjaya
Akhirnya...

ikhlaskah kita?

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)

Allah S.W.T berfirman :

"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)

*Retrieved from http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3777-ikhlas-dalam-kehidupan.html

erm...pernah jgk terdetik mcm mna nk jd seorang yg ikhlas? buat amal sbb nakkan pahala. nak kan pahala sebab nak masuk syurga...ikhlaskah kita?

" Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada kemunafikan, sucikanlah amalku daripada riak, sucikanlah lidahku daripada berdusta dan mataku daripada khianat kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati...."

keNapa?

owh berserabut...assignment x ciap2. camne nak ciap bca pon x pham. waduh...smalam bkan main idea mncurah2 ke ladang gandum, skarang ...lemau... kenapa ek? cis mkin dkat hari makin jd blur... Ya Allah...erm bnyak main ni...

as usual stiap post kna ada bnda untuk d share. erm bak kata org sharing is caring... erm kenapa ssh sngt kita nk trima kekurangan/kelemahan org len? sbb fitrah kjadian m'sia sukakn kesempurnaan...sempurna pada mata m'sia yng naif. perlukah kita meletakkn kesalahan pada bahu org yg kita anggap bersalah? siapa kita?

satu lagi fitrah kejadian m'sia yg kita tak bleh nafikan dan yg kekadang kita terlupa...TAK ADA manusia yg sempurna kecuali kekasih-Nya! kenapa mesti mencari kesempurnaan dalam diri org lain sdangkan kita tahu yang kita sndiri tak sempurna? layakkah kita demand dlm soal ini? kalaulah kita boleh menerima seribu kebaikannya tanpa syarat kenapa tidak kita belajar menerima satu kekurangannya tanpa keluhan...Astaghfirullahalazim...aku adalah insan...



try utk reflex diri aku sndiri. hidup yang penuh dosa. kalaupun dikumpul seluruh gunung yg ada di dunia ini belum tentu cukup untuk menampung ketinggiannya.

perjalanan hidup yang singkat namun jauh...
kehidupan yg hanya sementara...
pinjaman semata. 

donate blood jom...alah blood ni pon bkn hak mutlak kita. buat apa nak kedekut benda yng bleh kita share. egonya kita mempertahankan apa yg bkan milik kita...