tHeRe'S NO ReASoN tO Be LoVeD II ...


"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

terjumpa wallpaper ni sweet sangat...

and
tetiba terdetik untuk membaca artikel ni: 

mungkin tak ada kaitan pun dengan tajuk saja mencelah... 
entah macam terkesan akan sesuatu... menusuk kalbu...
jadi apa salahnya kalau abadikan dalam diari kenangan ni

bila berbicara soal cinta...


Apa-apa pun cinta itu adalah fitrah...
kekadang sebagai ujian daripada Allah...
Bukan untuk kita tunduk dengan kata hati namun untuk kita hayati apa yang Dia cuba sampaikan...


definisi cinta yang terlalu luas...

Jangan terlalu taksub dengan cinta...jangan sampai menggadai maruah hanya kerana cinta yang murah. Jangan pula mengorbankan agama hanya kerana cinta sementara. Jangan kita pinggirkan keluarga hanya kerana cinta yang dusta. Janganlah sanggup lupakan Pencipta hanya kerana cinta dunia...Letakkan cinta pada tempatnya. Berikan cinta pada yang berhak keatasnya...

Hamparan cinta Tuhan seluas lautan rugi rasanya andai dipersiakan. Walau hanya setitis cuma menjadi azimat sepanjang perjalanan di dunia yang penuh kepalsuan. Cintailah hamba-Nya kerana Dia...cintailah dia kerana agamanya. Sayangilah dia kerana imannya. Kasihilah dia kerana akhlaknya... Namun jangan terlalu mengagungkan cinta manusia sehingga kita menafikan cinta Yang Esa...

orang kata...
pentingkan yang lebih penting dari apa yang penting kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting dari yang penting...

agak berbelit tapi still... ada maksud yang mendalam...:-P

p/s : 'kisah' ni tak de kaitan dengan sesiapa/diri sendiri ek...




0 comments: