HUKUM DERMA ORGAN

Setiap perbuatan manusia mestilah terikat dengan hukum syarak. Ini merupakan perkara asas yang perlu diteliti oleh setiap kaum Muslimin. Oleh itu, segala hukum berkaitan derma organ hendaklah dirujuk pada hukum syarak, dan bukannya berdasarkan manfaat. Lebih-lebih lagi, segala polisi yang hendak di gubal oleh penguasa, nyata bukannya timbul dari aqidah Islam. Islam telah menggariskan hukum berkaitan dengan derma organ ini. Secara amnya, ia dikelaskan kepada dua keadaan.


Pertama: Hukum pemindahan organ bagi penderma yang masih hidup. Syarak membolehkan seseorang pada saat hidupnya untuk secara sukarela mendermakan organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut seperti tangan, kaki dan buah pinggang. Ini adalah kerana adanya ketentuan hak bagi seseorang untuk mengambil diyat (tebusan) atas kesalahan seseorang yang segaja mencederakannya dengan melakukan perkara yang sama ke atas pelaku ataupun memaafkannya.


Oleh itu, adanya hak milik individu tersebut terhadap organnya memberikan indikasi bahawa beliau memiliki hak untuk menyumbangkan organnya tadi. Namun begitu, terdapat syarat-syarat lain dalam menderma organ-organ pada dirinya. Syarat pertama, organ tersebut bukanlah organ utama yang mana sekiranya ia didermakan kepada orang lain, ia boleh menyebabkan kematian ke atas dirinya seperti mendermakan jantung, kedua-dua buah pinggang ataupun kedua-dua paru-paru. Ini adalah haram kerana Islam telah mengharamkan hukum bunuh diri sebagaimana firman Allah :


“Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian.” [An-Nisaa’ (4) : 29]


Syarat kedua adalah terdapat organ tertentu yang diharamkan sama sekali untuk disumbangkan iaitu testis, tidak kira sama ada penderma tersebut mendermakan satu ataupun kedua-dua testisnya. Ini adalah kerana, testis yang disumbangkan tetap akan menghasilkan baka si penderma dan bukannya baka penerima. Sekiranya berlaku, ia akan menyebabkan percampuran nasab, walhal Islam telah mengharamkan hal ini:


“Barangsiapa yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang hamba) bertuankan kepada selain daripada tuannya, maka dia akan mendapat laknat daripada Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” [H.R. Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas]


Selain itu, sekiranya penderma mendermakan kedua-dua testisnya, ini akan menyebabkan dirinya mandul, walhal Islam telah mengharamkan proses pengembirian/kasi (al khisha’).


Kedua : Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:


“Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

p/s: boleh lihat video kuliyah di sini



~ a special thanks to syahirul.com ~

0 comments: