tak tergambar rasanya
perasaan saat ini.
Resah, gelisah,
tertanya-tanya
terlalu sedih melihat
keadaan di bumi serambi Mekah yang tercinta
bumi penuh kenangan
sedang dilanda ujian
Allahu...
empangan mata selalu
sahaja hampir pecah setiap kali melihat berita di kaca tv
juga bila melihat status
update di fb, wassap
malamnya tidur ditemani
air mata yang tidak mampu ditahan
tidak henti-henti mengalir
hingga hampir munculnya Mentari baru
walau jasad tidak di
sana bersama mereka namun hati dan jiwa seakan bersatu
merasai perit getir yang
dilalui
sedih yang terlalu sedih
sedih saya, sedih kita,
mungkin jauh hendak dibanding dengan mereka yang mengalami sendiri
khuatir kita mungkin
tidak sama dengan mereka yang lalui sendiri
seakan nyawa dihujung
tanduk
saling mengharap
harap bantuan daripada
Tuhan
moga diberikan
kesempatan untuk terus berjuang dan bertahan
demi sebuah kehidupan
berharap agar
dikurniakan kesempatan untuk melalui lagi detik waktu
kerana kudratnya manusia
tidak terjangkaukan kekuasaan-Nya
tapi tetap juga risau
akan keluarga di sana
pelbagai kemungkinan
yang tidak mustahil berlaku
namun jauh di sudut hati
sentiasa berdoa agar dipelihara seluruh anggota keluarga dan saudara seagama
juga manusia sejagat yang ada di sana
Allahu...
titisan hujan air mata
mengalir tanpa silu.
Allah...
pelihara mereka semua,
pelihara kami semua
Mungkin ini semua salah
satu ujian-Mu untuk menguji keimanan seorang hamba
Mungkin juga sebagai
peringatan akan silap semalam
Andai ujian ini kerana
kerana murkanya Engkau kepada kami...
Allah.. pasti kami tahu
Kau Maha Pengampun. Ampunilah kami.
Allah... andai ujian ini
untuk menguji iman kami... kuatkanlah hati-hati kami untuk menghadapinya.
Allah... andai ujian ini
sebagai penghapus dosa--dosa silam kami... demi sesungguhnya Allah... Kaulah
Tuhan Yang Maha Pengasih...
Moga
iringan doa yang tidak putus dari kami menjadi penawar segala derita
Allah…
Andai
Kau izin untuk kami terus meminta,
Kami
hanya minta diberikan kesempatan untuk terus bernafas sehingga kami sempat bertaubat
atas segala khilaf.
0 comments:
Post a Comment