KASIH RAHSIA


Fatihah masih termenung menikmati segar udara di bawah gazebo yang terletak di hadapan blok R6 sementara menunggu kehadiran insan yang akan mejemputnya hari ini. Jam tangan dikerling sekilas. Sudah hampir dua jam dia menunggu namun usah kata batang hidung, bayangnya pun masih belum kelihatan. Fatihah mengeluh untuk kesekian kalinya. Huh... inilah janji Melayu. Kata pukul empat, sekarang dah dekat pukul enam masih tak jugak sampai. Keluh kesah hatinya berbicara.
            Suasana di sekitar kolej kediaman kian lengang dari sehari ke sehari memandangkan ada antara pelajar yang sudah pun menamatkan kertas ujian terakhirnya sejak seminggu yang lalu. Fatihah sendiri sudah tiga hari kertas ujiannya yang terakhir untuk semester lima selamat dijawab. Entah terasa berat hatinya untuk menjejak banglo mewah itu lagi. Serasa seakan tempat itu bukanlah untuknya. Jauh benar bezanya kehidupan mereka dengan yang dia lalui selama ini.
            “Kak Tihah, balik hari ni jugak ke? Tunggu siapa?” Fatihah tersentak disapa seorang gadis manis berbaju kurung.
            Fatihah lantas berpaling ke arah gerangan yang bertanya sambil tersenyum. “A’a balik petang ni. Erm... tengah tunggu sepupu...” Fatihah menjawab tenang biarpun hatinya kegusaran.
            “Ok lah... Sha balik dulu...” gadis itu meminta diri dan berlalu menuju ke arah sebuah kereta Waja berwarna silver.
Fatihah sekadar mengangguk sambil tersenyum. Gusar hatinya memikirkan kalau-kalau ada sesuatu yang buruk menimpa sepupunya itu. Dia sebenarnya sedang menanti kedatangan abang sepupunya yang tidak pernah dia temui sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah itu kerana ketika itu sepupunya itu berada di Sabah atas urusan kerja sehinggalah Fatihah kembali ke asrama. Bagaimana agaknya rupa dia? Macam mana aku nak cam? Suara hatinya berbisik lagi.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering dan tertera nombor yang cukup asing. Dengan perasaan yang curiga Fatihah menjawab panggilan itu.
“Hello... aku dah sampai ni kau kat mana?” kedengaran suara garau seorang lelaki. Fatihah mengagak itulah abang sepupunya.
“Erm... Tihah ada dekat bawah blok ni,” Fatihah bersuara sambil matanya melilau mencari kelibat Luthfi, sepupunya. Seketika dia terlihat seseorang sedang berdiri di sebelah sebuat kereta sambil berbual di telefon. Erm... itu kot. “Ok. Tihah dah nampak abang...” Fatihah sekadar meneka dan terus meluru ke arah lelaki itu setelah mematikan talian.
Fatihah berdiri betul-betul di depan lelaki itu. Erm... kacak jugak sepupu aku ni. Hati  nakalnya berbisik. “Assalamualaikum, abang...” Fatihah terus menyapa sambil tersenyum manis.
Lelaki itu menjongketkan kening dengan wajah blur. “Kita kenal ke?” lelaki itu terus bertanya sambil telefon di telinga sudah pun melurut jatuh ke tanah. Terkejut yang amat. Alahai... sejak bila pulak aku ada adik perempuan ni...
“Ini Fatihah lah bang sep...” belum sempat Fatihah menghabiskan ayatnya seorang lelaki berkemeja biru sudah pun memegang lengannya dari belakang. Fatihah yang kebingungan terus berpaling.
“Maaf encik dia tersilap abang...” lelaki itu terus mengheret Fatihah mengikutinya menuju ke arah sebuah kereta yang terletak berdekatan dengan gazebo yang Fatihah duduk tadi. Fatihah pun hairan macam mana dia boleh tak perasan dan suspect orang yang salah. Buat malu saja.
“Tak pe. Sweet adik...” aku sempat menangkap kata-kata terakhir lelaki yang aku sangkakan abang Luthfi tadi. Huh... gatai no...
“Tahulah lelaki tu handsome tak kan sepupu depan mata pun tak nampak. Menonong je jalan...” sempat lagi Luthfi memerli. Fatihah hanya tersenyum kelat.
........................................
Fatihah leka menonton drama Merlin di kaca televisyen. Rumah ini sentiasa sunyi di malam hari. Mana tidaknya, bapa saudaranya yang dia panggil papa masih belum pulang dari kerja dan selalunya hanya akan pulang bila jam sudah menunjuk pukul satu pagi. Luthfi pula, sama saja tapi bezanya dia akan pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum keluar kembali setelah membersihkan diri. Liyana, adik bongsunya pula lebih kurang juga tapi yang peliknya dia masih belajar di kolej jadi tak siapa tahu ke mana dia menghilang. Keluar pagi, balik pun pagi, awal pagi.
Entahlah, kalau difikir-fikirkan makanan yang ada dekat dapur itu kalau Fatihah tiada di rumah hanyalah untuk mak, pembatu rumah. Sudah lebih dua puluh lima tahun mak berbakti di rumah ini. Mak tak punya anak. Suaminya pula sudah lama meninggal dunia jadi katanya mungkin sampai akhir hayatnya dia akan terus di sini.
Fatihah meneguk air nescafe perlahan. “Hai...” sapaan mesra seseorang mengejutkan Fatihah yang sedang leka melihat Athur yang kacak bergaya. Huh mamat jual karpet ke malam-malam ni. Fatihah membetulkan tudungnya yang agak herot kerana berbaring tadi.
Dia tersenyum manis. “Ini mesti Fatihah kan?” Dia sudah pun melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan.
Fatihah membalas senyumannya. “A’a dan awak ni... Luqman, betul?” Fatihah sekadar menduga. Tak kan orang jual kain pulak. Nak kata perompak, memang tak lah. Muka suci je...
“Dah lama jejak tanah air?” Fatihah sekadar berbahasa apabila mendapati yang Luqman kelihatannya lebih ramah untuk dibuat teman bicara. Menurut kata mak, Luqman mengambil jurusan undang-undang. Bakal lawyer la kiranya. Jangan loyar buruk sudah...
Dia mengangguk mengiakan. “Adalah dekat seminggu. Awak baru sampai semalam kan. Macam mana exam?”
“Alhamdulillah... ok la tapi... tengok lah macam mana,” Fatihah menjongketkan bahu. Tak tahu nak komen. Mulut memang lah boleh kata macam-macam tapi hasilnya nanti tak tahu. Usaha sudah, doa pun sudah yang tinggal tawakal sajalah.
“Mesti best kan duduk oversea. Erm tak pergi bercuti ke? Kawan-kawan  saya yang belajar dekat oversea semua sibuk melancong. Katanya nak keliling dunia.” Fatihah makin rancak berceloteh. Sudah lama dia tidak bersembang mesra dengan seseorang. Kalau dulu arwah nenek yang setia melayan ceritanya namun kini dia sendirian dan itulah yang membawa dia ke sini. Ke rumah agam yang indah namun terselit cerita yang tersendiri.
Luqman tersenyum nipis. “Dah lebih dua tahun saya tak balik. Cuti sem yang sebelum ni saya memang pergi melancong pun...” dia berhenti sebelum menyambung. “Awak teringin nak pergi melancong ke?” dia bertanya sambil menjongketkan kening.
“Kalau nak pun bukannya ada orang yang nak bawa...” Fatihah bersuara seakan mengeluh atau lebih tepat mengadu.
“Awak kahwin lah dengan pilot, confirm dapat melancong tiap-tiap tahun...” Luqman sempat bergurau.
Erk! “Masalahnya tak ada pilot yang nak mengurat saya...” Fatihah bersuara geram. Huh kalau dah lawyer tu loyar jugak.
“Erm... awak bagi tahu saya satu tempat yang awak teringin sangat nak pergi, nanti kalau ada rezeki saya bawa awak ke sana...” Luqman mengangkat-angkat keningnya.
Comel la pulak sepupu aku ni. Tapi boleh percaya ke? Dia nak bawak aku? Haha apasal rasa kelakar pulak ni. Hati Fatihah masih rancak berbicara.
“Betul ni?” Fatihah sekadar menduga.
Luqman masih tersenyum. “Insya-Allah... tapi satu je lah...”
“Erm... tapi kalau nak ke sana saya kena pergi dengan husband saya...” Fatihah memberi jawapan yang berkias.
Huh... nak pergi honeymoon ke apa budak ni. Siap nak bawak husband bagai. Kalau dia sorang tu boleh lah aku nak sponsor tapi kalau nak bawak hubby... erk tak hendak la aku buat sakit jantung saja. Luqman mengerling ke arah Fatihah yang tersenyum simpul. Hai tengah ingat pak we ke apa pulak dia ni. Tengah berangan la tu...
“Macam mana boleh tak?” Fatihah bertanya inginkan kepastian. Erm... macam dah confirm jawapan dia tapi saja inginkan kepastian.
Luqman menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Erm... maaflah bajet ciput boleh bawa awak sorang je tapi boleh kot kalau...” Luqman tersenyum penuh muslihat.
Fatihah mengerutkan kening. “Kalau...?” dia bertanya curiga.
“Kalau saya yang jadi husband awak...” Luqman bersuara selamba.
Fatihah sempat terbatuk kecil. Kecil tapak tangan... court tenis saya tadahkan... suara hati Fatihah sempat berseloroh. “Awak? Erk... tak nak lah kahwin sepupu, tak berkembang zuriat...”
Huah... Fatihah pura-pura menguap. “Tak pe lah saya masuk tidur dulu. Selamat malam...” Fatihah berlalu ke biliknya yang berada di tingkat bawah. Budak lawyer ni kalau makin dilayan makin banyak pulak loyarnya. Baik dia blah cepat.
.........................................
“Hai Yana... tak keluar ke hari ni?” Fatihah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu menegur mesra Liyana yang baru datang dari dapur. Dia sempat mengerling jam di dinding. Sudah pukul 12.00 tengah hari. Selalunya sebelum jam menganjak ke pukul sepuluh dia sudah tak nampak batang hidung.
“Eh, Kak Tihah... keluar... lambat sikit,” Liyana menjawab sambil tersenyum dan melabuhkan punggung di sofa bersebelahan.
Fatihah merenung Liyana sejenak. “Akak percaya yang Yana boleh jadi diri kan...” Dia tersenyum.
“Ya... akak janganlah risau. Biasanya kalau Yana balik lambat tu Yana buat group discussion atau study group. Don’t worry ok.” Liyana menjawab tenang walau pun dalam hati seakan menyumpah. Huh kalau dah menumpang tu buat lah cara menumpang. Jangan nak sibuk hal orang. Duduk sini tak sampai sebulan dah naik tocang. Papa pun tak pernah ambil kisah yang kau nak peduli apa hal. Apa pun dia tetap memaniskan wajah dalam keterpaksaan.
Nak tak nak Fatihah terpaksa iyakan walaupun alasan yang diberikan langsung tak berasas. Group discussion apakah sampai pukul 3,4 pagi? Entahlah, hendak dinasihat lebih-lebih dia hanya menumpang lagipun Liyana ni jenis yang dominan dan manja. Susah nak ditegur. Apatah lagi papanya terlalu sibuk dengan perniagaan sampai anak-anak terabai.
“Ok lah kak, Yana nak bersiap.”
“Ok... take care...” Fatihah tersenyum sambil matanya menghantar Liyana sampai kelibatnya menghilang di sebalik pintu. Huh... untuk kesekian kalinya dia mengeluh.
Kalau tak disebabkan papa yang berkeras meminta dia untuk tinggal di sini sudah pasti dia akan terus tinggal di kampung walaupun sendirian tanpa nenek. Nenek baru sebulan lebih meninggalkan dunia. Mak... sudah lama kembali pada Pencipta. Ayah? Entah. Dia sendiri tak tahu siapa ayahnya. Anak tak sah taraf... mana ada ayah. Kata orang... dah kalau tak ada ayah macam mana dia boleh lahir? Huh...
“Hai Sis... papa tak balik lagi?” Fatihah tersentak dengan teguran yang tiba-tiba. Dia mengerling ke sofa sebelah.
Fatihah tersenyum. “Hai... tak. Katanya tiga minggu dekat Indon lepas tu nak ke Dubai pulak. Ni apasal muram je ni?” Fatihah menjongketkan kening melihat kekeruhan di wajah Luqman.
 “Saya risau tengok Afi... susahlah. Orang tegur dia marah balik...” jelas kedengaran kerisauan yang bersarang di jiwanya.
“Dia mabuk lagi ke semalam?”
“A’a... ada masalah la tu.”
Fatihah memandang tepat wajah Luqman. “Saya rasa... awak patut lebih risaukan Yana...”
Luqman berpaling ke arah Fatihah. “Kenapa dengan dia?” dia bernada risau.
“Awak tak perasan ke yang dia selalu balik awal pagi...”
Huh... Luqman mengeluh perlahan. “Dia tu susahlah degil... manja... tak boleh nak tegur. Kalau tegur lebih-lebih kan terus tak balik pulak. Lagi haru...” dia mengomel. Memang betul pun. Dia bukannya tak pernah nasihat baik-baik tapi tak diendahnya. Kalau berkasarkan ada lah yang nak merajuk bagai. Huh...
“Awak kan abang... kenalah tengok-tengokkan dia tu...”
Luqman merenung anak mata Fatihah. “Sis... boleh tak janji dengan saya yang awak akan tolong saya...” dia bersuara mengharap.
Fatihah hanyut dengan renungan itu untuk seketika sebelum kembali ke alam nyata. Ya Allah... “Insya-Allah kita sama-sama...” dia membuang pandang ke arah lain.
“Kalau saya dah tak ada, Sis tolong jaga keluarga kita ya...” Luqman bersuara sambil menunduk.
...............................................
Fatihah asyik menyiram pokok bunga yang mekar di taman di hadapan rumah. Cantik. Bungaan yang pelbagai warna menyerikan taman mini di laman ini. Memang tangannya menyiram bunga namun akalnya sedang melayang entah ke mana.
“Awak ni tua dari saya kan. Erm... kiranya saya kena panggil akak lah ni.” Luqman memecah kesepian semasa mereka sama-sama keluar berjoging petang semalam.
Fatihah pantas memalingkan wajah memandangnya. “Eh, bukan kita ni sebaya ke. Awak lahir tahun 1989 kan?” Fatihah bertanya inginkan kepastian. Setahunya papa cakap Luqman ni sebaya dengan dia.
“Tak. Arwah mama cakap awak tujuh hari lagi tua dari saya...” Luqman bersuara selamba.
Huh... Fatihah mengeluh mendengar ucapannya. Kalau dah laywer to loyar jugak. Suka hati kau lah Luqman. Tapi memang betul pun Fatihah dilahirkan tujuh hari lebih awal daripada Luqman dan tempat lahirnya... di dalam tandas sekolah. Mengenangkan itu Fatihah kembali mengeluh.
“Mengeluh sakan nampak. Tak mengaku tua la tu...” Luqman bersuara mengejek.
“Eh. Hello... awak tu yang perasan muda.” Fatihah bersuara geram. Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih... ha kan dah terkeluar peribahasa.
Haha... Luqman ketawa riang. Sangat manis pada pandangan mata Fatihah. Dia ralit melihat Luqman tertawa. Entah kenapa hati seakan tertawan. Tak! Tak boleh. Kami sepupu. Kami dah macam adik-beradik. Luqman sendiri yang cakap. Kami seperti adik-beradik. Fatihah cepat-cepat menyangkal apa yang ada di fikirannya.
“Ok... apa kata kalau saya panggil Sis Fatihah... Tak lah saya rasa muda sangat nanti...” Luqman bersuara selamba lalu terus berlari meninggalkan Fatihah yang masih bengang. Huh ada hati nak mengaku muda. Aku ni kalau cakap tingkatan dua pun orang percaya tau. Hati kecilnya mengeluh.
Tanpa Fatihah sedari senyuman terukir mekar di bibir.
“Amboi... sampai ke ISS dah ke?” Fatihah tersentak. Aik... rasanya masa scene tu tak ada la pulak dialog yang macam ni dalam skrip. Hai bila masa pulak ubah skrip ni.
“Woit...”
Huh... Tiba-tiba Luthfi muncul di depan mata. Fatihah terkejut dan tanpa dia sedari air terpancut ke arah Luthfi.
“Woit... basah baju aku!” Luthfi bercekak pinggang.
Fatihah sekadar tersengeh. “Sorry, kau tu hah datang macam pelesit.” Fatihah seakan mengomel.
Ha budak ni lagi sorang. Aku panggil abang dia marah sebab katanya dia sebaya dengan aku. Haish memang padanlah dua-dua perasan muda atau... tak mengaku tua. Mereka dilahirkan pada tahun yang sama tetapi bulan yang berbeza. Luthfi dilahirkan pada 1 Januari 1989 manakala Fatihah dilahirkan pada 21 Disember 1989 dan Luqman pada 28 Disember 1989.  
Di sekolah, Luthfi didaftarkan setahun lagi awal jadi kalau Fatihah dan Luqman darjah satu dia darjah dua. Itu sebabnya semua orang ingatkan dia tua setahun dari Luqman tapi rasanya kalau dihitung memang dekat 365 hari jugak la cuma dia saja yang tak boleh terima kenyataan yang diri tu tua.
“Amboi mengata orang... yang kau ni tengah berangankan siapa sampai aku yang macho ni berdiri kat sebelah boleh kau wat dek je...”
“Ingatkan adik kau lah...Ops...” Gulp... Fatihah menelan liur. Alamak macam mana boleh terkantoi ni. Harap-harap dia tak dengar.
“Adik aku... Luqman? La... kau suka Luqman ke? Apasal tak cakap awal-awal boleh aku masuk line. Aku pun memang suka kau jadi adik ipar aku...” harapan tinggal harapan. Luthfi mendengar dengan sangat jelas.
“Eh, mana ada. Aku tengah fikir mana Liyana pergi tak balik-balik lagi. Isy kau ni, kita ni dah macam adik-beradik lah...” Fatihah cuba menghilangkan debar di dada.
“Macam...” Luthfi bersuara sinis. Tapi bukan... masih sempat menyambug di dalam hati. “Yana tak balik sejak bila?” dia bertanya. Risau juga kalau jadi apa-apa dekat adik perempuan dia yang sorang tu. Tak lekat di rumah. Dah dilarang tapi tetap degil. Ikut perangai siapa entah.
“Err... pagi tadi...” Fatihah tergagap-gagap. Alahai...
Luthfi merenung Fatihah tajam. “La... bukan memang selalunya dia pergi pagi balik malam ke...” Dia mengerutkan kening. Alah kau jangan nak bohong aku lah Fatihah. Aku boleh nampak lah macam mana kau gelabah bila Luqman tu pandang kau.
Timbul niat nakal di hati Luthfi. Dia merebut getah paip dari tangan Fatihah dan memancut air ke arah Fatihah. Apa lagi berkejaranlah mereka mengelilingi laman sementara ada mata yang memerhati di balik langsir tingkap biliknya sambil tersenyum hambar.
...............................................
Luthfi sedang leka memberikan makanan kepada ikan-ikan di dalam kolam. Luqman pula sekadar memerhati sambil menghirup teh yang dihidangkan oleh mak sekejap tadi. Kuih karipap pula disuapkan ke mulut. Wah bestnya...
“Dah lama kan kita tak borak-borak macam ni,” Luthfi memecahkan kesepian yang bertamu.
“Kau tu yang sombong sangat...” Luqman bersuara selamba sambil mengunyah sisa karipap di dalam mulut.
“Alah aku saja nak tengok sejauh mana kesabaran kau dalam memujuk aku.” Luthfi tersenyum kecil.
“Ek eleh tak ada maknanya aku nak pujuk kau lah. Buang karan je... tapi aku curious macam mana kau boleh lembut hati tiba-tiba ni...” Luqman bertanya kehairanan kerana setahunya Luthfi ni seorang yang berhati batu.
“Fatihah...” Luthfi menjawab sepatah.
“Fatihah?”
“Kau tau bila aku cerita dekat dia macam mana kita boleh gaduh dengan selamba badaknya dia cakap... Kenapa lah bodoh sangat korang ni...” Luthfi memulakan cerita.
Luqman melopong mendengar kenyataan dari Luthfi. “Hah? Dia cakap macam tu? Dahsyat jugak mulut adik kau tu...” Dia menggeleng-gelengkan kepala seakan tidak percaya.
“Kenapa lah bodoh sangat korang ni...” Fatihah bersuara sambil mengeluh.
“Woit... cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar la...” Luthfi kurang senang dengan kenyataan Fatihah yang terlalu berterus terang. Aku dikatanya bodoh... hampeh punya sepupu. Kalau bodoh boleh ke jadi graduan universiti. Huh...
“Cakap petang?” Fatihah masih dengan usikan nakal. “Tengok, orang cakap bodoh marah tapi nak cakap cerdik tak. Yang pergi gaduh bagai nak rak sebab perempuan tak guna tu apasal. Tau tak kalau gaduh sampai tak cakap tiga hari pun dah berdosa tau yang kau dengan dia ni dah berapa tahun tak cakap?” dia bersuara tegas.
“Amboi... ni sesedap rasa je cakap perempuan tu tak guna ni apa kes?” memang dahsyat la bahasa minah ni.
Perempuan tak guna kata Luthfi... couple dengan Luqman dan pada masa yang sama bercinta dengan Luthfi. Satu hari terkantoi dan meletuslah perang dingin antara adik-beradik seibu sebapa...
“La kau jugak cakap tadi... Perempuan tak guna tu dah bodohkan aku... ingat tak? Ha... jadi kesimpulannya, kau yang bagi jolokan tak guna tu pada perempuan tu dan bodoh tu pada diri kau...” Fatihah sempat menjelirkan lidah selepas menuturkan kata-kata itu. Luthfi hanya memandang sambil menggaru-garukan kepala.
“Woit... sempat lagi kau berangan ya. Ingatkan budak tu la ni...” Luqman bersuara sambil mengibas-ngibaskan tangannya di depan wajah Luthfi. “Kau ni... ada hati dengan dia ke?” dia bertanya serius.
“Wo... aku dah ada awek la wei. Dia tu macam adik aku je...” Luthfi berbicara jujur.
Macam... tapi bukan... hati Luqman masih sempat berbisik. “Awek kau tu perempuan spisis macam dulu jugak ke?” Luqman masih menunggu reaksi Luthfi namun hampa. “Kau ni bila nak berubah? Buang masa, buang duit...”
“Luq... tolong jangan mulakan...” Luthfi terganggu dengan apa yang bakal dikatakan oleh adiknya. Dia jadi rimas. Entahlah. Sudah terlalu lama dia hidup dengan dunianya yang ‘indah’. Dia hanyut oleh keindahan dunia dan itu membuatkan dia bahagia. Bahagia... pada tafsiran sekeping hati yang kekosongan.
...........................................
“Tihah...” Luthfi bersuara lembut semasa mereka sama-sama menonton televisyen. Fatihah yang duduk di sofa yang agak jauh darinya berpaling sambil menjongketkan kening. “Thanks...” ucap Luthfi sepatah.
Fatihah menghadiahkan senyuman. “Tapi kau janji nak berubahkan...” dia mengingatkan akan janji Luthfi semasa dia merayu meminta Fatihah membantunya mengayat seorang awek cun.
Gadis tu satu tempat kerja dengan Luthfi dan baru saja mula kerja sebulan. Satu yang merungsingkan Luthfi bagaimana dia ingin memiliki seorang gadis cantik, bijak dan bertudung labuh! Sedangkan dia seorang yang... hampeh... solat pun tidak...
“I’ll try...” dia bersuara lemah.
Fatihah sekadar mengeluh. Cuba... ok lah daripada tak buat langsung. “Arak tu best sangat ke?” dia bertanya tiba-tiba. Sengaja ingin memancing reaksi.
Luthfi mengerutkan kening. Hai... mengidam ke apa. “Apasal? Teringin? Tak payahlah. Kau budak baik...” Luthfi bersuara mendatar.
Huh cakap kat orang tak payah minum... yang kau pergi teguk macam tak pekena air setahun tu apasal. Hati kecil Fatihah merungut. Nak ubah orang perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Tak sanggup lagi dia melihat saudaranya, darah dagingnya terus hanyut. Entah. Tak tahu siapa yang patut dipersalahkan. Luthfi sudah cukup dewasa untuk menilai antara putih dan hitam, yang baik dan buruk.
“Daripada aku minum air yang dah sah-sah haram tu baik aku minum jus anggur. Dah kau ni pun. Boleh mati ke kalau tak minum air setan tu? Asal ada masalah je minum. Bajet masalah boleh settle. Itu bukan selesaikan masalah tapi lari dari masalah...” Fatihah bersuara tegas. Geram pun ada. Sudah berbuih agaknya mulut si Luqman tu bagi nasihat yang habis lembut tapi sudahnya dia jugak yang kena tengking. Jangan sibuk boleh tak! Huh...
“Dah kau emo sangat ni kenapa?” Luthfi bertanya selamba.
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Alia tu budak baik.” Fatihah sekadar mengingatkan akan janji Allah. Dia yakin dengan janji itu. Tapi satu hakikat yang tak boleh disangkal, baik pada mata manusia bukan bererti baik pada pandangan Allah...
Satu yang kau tak pernah tahu, orang yang telah membuka mata aku untuk menilai diri dan melihat dengan mata hati untuk berubah namanya bukan Alia tetapi Fatihah Binti Abdullah... Luthfi sekadar berbisik di dasar hati.
Namun Fatihah kurang bersetuju kerana Luthfi ingin berubah disebabkan ingin memiliki seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Tapi siapa kita ingin menilai hati orang. Mungkin ini cara Allah memberikan dia hidayah. Alhamdulillah... “Satu je aku nak pesan... berubahlah kerana Allah k...” Fatihah mengingatkan.
“Kenapa kau ambil berat sangat pasal aku?” Luthfi bertanya sambil merenung wajah Fatihah dalam.
“Aku sayangkan saudara seagama aku...” Fatihah menarik nafas dalam. “Ha mulai hari ni kau belajar minum jus kalau ada masalah. Lagi best. Sekarang kau cakap je nak jus apa aku buatkan. Jus oren, apple, anggur, mempelam, nenas, tembikai... semua ada...” Fatihah tersenyum sambil menjongketkan kening.
“Aku nak... jus...” Luthfi seakan sedang berfikir.
“Jua apa?” Fatihah bertanya. Hait jangan mintak jus durian sudah...
“Jus... jus mate 5?”
“Ok...” Fatihah bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke dapur. Belum pun kakinya menjejak dapur... “Eh...” dia seakan terfikirkan sesuatu. Kakinya berhenti melangkah. “Woit...” dia berpaling namun Luthfi sudah tidak kelihatan. Yang kedengaran hanyalah ketawa sumbangnya dari dalam bilik.
................................................
            Fatihah berjalan menuju ke dapur apabila terasa dahaga. Runag tamu kelihatan kosong. Hai rumah macam tak berpenghuni. “Assalamualaikum mak.... Luq...” Fatihah menegur setelah melihat mereka berdua sedang rancak berborak di meja makan.
            “Ok lah mak... Luq nak keluar ambil angin kejap...” Luqman lantas mengangkat punggung dan berlalu ke laman.
            Fatihah sekadar memerhati. Hatinya pilu. Entah kenapa Luqman seakan ingin lari darinya. Dia sendiri tak pasti apakah kesilapannya. Bertambah pilu bila hatinya mula terselit rasa yang tak pernah dia alami terhadap lelaki itu. Ahh... tak boleh!
            Luqman duduk bertinggung di atas buaian yang tersedia. Dia merenung langit yang cerah dihiasi bintang yang berkerlipan menemani bulan penuh.
“Kenapa sejak akhir-akhir ni saya tengok awak macam nak lari dari saya?” suara Fatihah mematikan anganan di fikiran Luqman. Haish minah ni ikut aku ke hapa.
“Mana ada...”
“Sejak dua tiga hari ni awak mengelak dari saya. Semalam orang ajak makan kata dah kenyang tapi yang bangun pukul tiga pagi makan nasi tu apa?”
Luqman berpaling melihat wajah serius Fatihah. Huh macam mana dia tahu ni?
Fatihah mengeluh perlahan. “Awak cakap kita macam adik-beradik tapi kenapa nak jauhkan diri?” Fatihah masih cuba memancing reaksi Luqman. Sudah dua tiga hari mereka tak bertegur sapa. Entah naik pening Fatihah memikirkannya. Nak kata gaduh rasanya tak ada pulak.
“Tapi hakikatnya kita bukan adik-beradik...” kata-kata Luqman seakan menyentak emosi Fatihah. Hari tu dia jugak yang beria-ia mengaku yang kami ni macam adik beradik tapi sekarang macam nak larikan diri pulak.


“Betul kan apa yang saya pernah cakap. Saya ni tak layak nak berkawan dengan sesiapa. Tengoklah awak pun dah benci sangat dengan saya agaknya.” Fatihah bersuara sayu, sesayu perasaannya kala ini. Silapnya dia kerana mula merasai sesuatu...
“Bukan macam tu... awak tak faham...” Luqman mengeluh. Tak ada sebab untuk saya benci awak Fatihah. Awak baik. Baik sangat.
“Saya sedar siapa saya... Terlahirnya saya ke dunia ini kerana satu kesilapan...”
“Tapi kesilapan itu bukan datangnya daripada awak...” Luqman membetulkan tanggapan Fatihah. Selalu saja gadis ini mengatakan sedemikian. Lahir disebabkan satu kesilapan.
“Tapi saya yang menanggung dan akan terus menanggung akibat dari kesilapan tu...” Fatihah menekan nada suaranya. Memang mak dan ayah yang entah siapa yang bersalah sehingga terlahirnya dia ke dunia tapi dia yang menerima hinaan dan kejian. Adilkah? Hatinya merintih.
Awak terlupa sesutau Fatihah... Terlahirnya awak ke dunia ini atas kehendak Pencipta kita dan kesilapan itu adalah penyebabnya. Awak tak salah. Awak mangsa keadaan. Mangsa pada kerakusan manusia dengan keindahan dan keseronokan duniawi... Luqman mengalihkan pandangannya ke dada langit.
“Saya buat semua ni bukan sebab tu. Saya cuba jauhkan diri dari awak sebab... Saya cuma...”
 “Mungkin awak lebih senang kalau saya tak ada kat sini...” Fatihah berlalu meninggalkan Luqman.
Luqman meraup wajah. Fatihah...
...........................................
“Saya minta maaf...”
“Saya faham... terima kasih...”
“Maaf ya. Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Fatihah mematikan talian lantas mengeluh berat. Macam mana aku nak bagi tahu dia? Ya Allah...
Tergambar di benaknya saat pertemuan pertama kalinya dengan gadis itu, gadis yang bernama Alia.
“Assalamualaikum... awak ni Alia kan?” Fatihah tersenyum manis memandang gadis berbaju kurung ungu di depannya. Manis! Bisik hatinya.
Gadis itu mengerutkan kening. “Waalaikumussalam... Ya... maaf mungkin saya terlepas pandang, kita kenal ke?” Dia turut mengukir senyum segaris.
“Sebenarnya awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. Erm... saya Fatihah, adik sepupu Luthfi.” Fatihah menghulurkan tangan. Huluran tangannya bersambut disusuli senyuman yang sedikit hambar di bibir gadis yang bernama Alia.
“Saya tahu, awak susah nak terima dia kan, tapi saya minta tolong sangat dengan awak. Tolonglah bagi dia peluang.” Fatihah bersuara merayu. Dia tahu ini salah sebab hati memang tak boleh dipaksa tapi sekurang-kurangnya dia nak lihat perubahan pada diri Luthfi dan perubahan itu semakin kelihatan walaupun sekelumit cuma.
“Saya impikan seorang suami yang boleh membimbing saya dan anak-anak saya. Khalifah pada keluarga saya...”
“Maksud awak dia tak layak untuk jadi khalifah pada keluarga awak?” Fatihah pantas memotong.
“Bukan itu maksud saya. Tapi kalau awak sendiri, mesti awak nak lelaki yang boleh memimpin awak ke syurga kan?” gadis yang bernama Alia itu menutur lembut. Tenang sekali.
“Saya faham tapi pernah tak awak terfikir, siapa pula yang akan memimpin lelaki seperti dia untuk kembali ke pangkal jalan kalau bukan perempuan seperti awak, sebaik awak? Awak rasa dia layak untuk siapa? Awak rasa perempuan kelab malam yang selalu dia jumpa tu boleh ke tolong niat baik dia untuk berubah? Alia... dia perlukan seseorang untuk menunjukkan dia jalan ke syurga...”
“Tapi kenapa saya?” keluhan kecil dilepaskan.
“Setiap soalan pasti ada jawapan dan jawapannya ada pada Dia. Saya tak paksa. Awak tanyalah Dia, Dia lebih tahu...” Fatihah terdiam seketika. “Setidak-tidaknya, awak tolong bantu dia, boleh?” Fatihah meraih tangan Alia dan menggenggam lembut mengharap pengertian.
........................................
Usai bersolat Subuh Fatihah melipat telekung dan menyidainya. Dia menyisir rambut ikalnya sambil menatap seraut wajah yang kelihatan pucat. Ya Allah... kenapa aku ada di sini? Bunyi pintu dibuka mengejutkan dia. Siapa baru balik Subuh ni? Luqman baru balik dari surau kut... Persoalan yang terbit di dasar hati tak berjawab.
“Fatihah!” kedengaran nyaring suara yang memanggil namanya. Tersentak dia. Fatihah mencapai tudung sebelum keluar dari bilik.
“Ya Allah... kenapa ni Afi?” Fatihah mendekati Luthfi yang tersadai di sofa dengan keadaan yang tak terurus. Fatihah menekup hidung apabila terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Bau ini... Ya Allah... Luthfi apa kau dah buat ni? Kau kata nak berubah...
Luthfi berdiri berhadapan dengan Fatihah dan merenungnya tajam. Dia kelihatan terhuyung –hayang. “Kenapa kau tipu aku? Kau cakap dia terima aku tapi kau tahu tak dia dah bertunang tadi! Kau sengaja kan nak mainkan perasaan aku. Manusia jenis apa kau ni hah? Kau sanggup kan tengok aku kecewa, sakit hati. Sekarang puas hati kau? Puas?” Luthfi bersuara keras sehingga bergema suaranya di segenap ruang banglo itu. Dia kembali terduduk di sofa kerana keadaannya yang tak stabil.
Fatihah terkaku. Matanya merenung Luthfi tak berkelip. Dia menarik nafas dalam. “Aku buat semua ni sebab aku sayang kau. Aku sayang kau macam abang kandung aku. Aku nak kau berubah. Tapi... kalau kau tak boleh nak sayang diri kau sendiri pun tak guna jugak!” Fatihah terus berlalu memasuki biliknya.
Luthfi meraup wajahnya beberapa kali. “Aku dah dapat jawapannya Fatihah...” dia bersuara perlahan. Matanya tertacap pada seseorang yang berdiri berhampiran tangga yang sejak tadi memerhatikan apa yang telah terjadi.
Luthfi berjalan mendaki tangga menuju ke biliknya. Dia membersihkan diri dan membentangkan sejadah sebelum bersujud menyembah Yang Esa. Aku dah berubah Fatihah...
...............................................
Fatihah bersiap untuk keluar. Setelah bersarapan ala kadar dia terus meluru ke pintu depan. Belum pun sempat dia memulas tombol pintu seseorang telah terlebih dahulu menghadang laluannya. Fatihah menjongketkan kening. Tindakan reflex.
“Sis... nak pergi mana?”
“Keluar...”
“Alah... janganlah keluar dari rumah ni sis. Ok, saya minta maaf. Saya janji tak jauhkan diri lagi. Saya janji yang saya akan makan sama-sama, jogging sama-sama macam dulu. Saya janji saya...” belum pun sempat Luqman menyuarakan janji seterusnya Fatihah dengan pantas memotong. “Yang awak ni pagi-pagi  buat angkat sumpah ni apasal?”
“Sis... kita kan adik-beradik... sampai hati sis nak tinggalkan adik sis yang kacak ni. Sis janji nak jaga family ni sama-sama tapi kenapa nak tinggalkan rumah ni pulak?” Luqman buat muka sememeh. Huh bajet comel apa.
Fatihah mengerutkan kening. “Awak ni dah buang tabiat agaknya. Saya kata nak keluar. Bukannya nak lari dari rumah. Huh...” dia mengeluh kuat. Hampeh betul la mamat ni.
“Owh... ek?” Luqman tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.
“Kalau saya nak pindah mestilah saya bagitahu papa dulu.” Kalau datangnya berjemput, takkan lah pulangnya tanpa pamitan pulak.
Luqman kembali tersenyum. “Erm... so sis nak pergi mana ni?” dia menjongketkan kening sebelah.
“Nak beli buku...”
“Jom lah kita pergi sama-sama...” Dia mencapai kunci kereta.
“Awak kan tak sihat.”
“Mana tau?”
“Mak...”
“Sayang jugak sis dekat saya ya...”
“Adik kan...”

Sesampainya di kedai buku, Fatihah membelek beberapa buah buku yang menarik perhatiannya. ‘La Tahzan’. Buku berwarna kuning itu dicapai. Dia membelek helaian demi helaian. Sebuah buku penyejuk hati. Dia tersenyum sendiri. Setelah mengambil beberapa buah buku yang menarik minatnya dia membayar di kaunter sebelum berlalu. Luqman juga membeli sebuah buku yang entah apa tajuknya.
Mereka berjalan beriringan di kaki lima menuju ke arah sebuah restoran yang terletak di antara deretan kedai.
“Nah... untuk awak.” Fatihah menghulurkan salah sebuah buku yang dia beli tadi. Memang dia berniat untuk memberikannya kepada Luqman dan selebihnya untuk dirinya dan juga Luthfi. Sebuah buku lagi adalah untuk Liyana. Itu pun kalau Liyana sudi terima.
Luqman menyambut buku di tangan Fatihah dan melihat judulnya. “La Tahzan...” dia tersenyum.
“Bacalah bila rasa sedih, rasa lemah disapa ujian...” Fatihah bersuara lembut. Dia juga sering membaca buku itu bila terasa kekuatan jiwa semakin luntur.
Sedang mereka berjalan dan leka berborak seorang lelaki yang datang dari arah belakang telah meragut beg tangan Fatihah. Fatihah menjerit akibat terkejut. Luqman yang menyedari itu telah berlari mengejar peragut tadi. Fatihah turut sama megejar sambil menjerit meminta tolong namun suasana di sekitar agak lengang.
Sesampainya mereka di sebuah lorong kecil di antara bangunan, Luqman berjaya merentap baju peragut itu dari belakang. Peragut itu jatuh terduduk namun dia cepat-cepat berdiri dan bergelut dengan Luqman. Buku yang ada di tangan Luqman tercampak jatuh. Dia semakin berang. Adegan tumbuh menumbuk berterusan sehinggalah Luqman terjatuh dan perutnya dipijak. Fatihah menjerit dan cuba membantu. Namun apalah sangat kudrat seorang wanita. Dia juga jatuh terlentang ditolak kasar.
Peragut itu mengeluarkan sebilah pisau dari koceknya. Dia menghayun pisau itu untuk menikam Luqman namun Fatihah yang terlebih dahulu menyedari dan dapat membaca apa yang bermain di fikiran peragut itu terus menerpa ke arah si peragut dan zapp... darah memancut keluar. Fatihah jatuh ke tanah. Luqman yang terkejut dengan apa yang berlaku sepantas kilat terus memangku Fatihah.
“Ya Allah! Fatihah...”
................................................
Luqman berteleku di pusara. Air matanya menitis perlahan. Saudara mara yang lain sudah lama berlalu. Kini tinggal dia dan Luthfi sahaja yang masih setia merenung pusara yang dipenuhi kelopak bunga dan masih basah dengan siraman air.
“Kenapa mesti menangis hanya kerana seorang hamba kembali kepada Penciptanya? Sebab sayang? Kalau sayang sedekahkan doa... bukan air mata...” seakan terdengar bisikan lembut di telinganya.
“Kenapa di buat macam tu? Kenapa dia tak biar je Luq yang kena tikam?” Luqman mempersoal seolah-oalah berbicara dengan diri sendiri.
Sepatutnya awak biarkan saja dia tikam saya Fatihah sebab hidup saya dah tak lama. Saya sakit.. Saya ada liver cirrhosis sebab tu lah saya nak Luthfi, satu-satunya abang saya tinggalkan air setan tu. Saya tak nak dia terima nasib yang sama macam saya. Kalau awak nak tahu, dulu saya jauh lebih teruk dari Luthfi tapi disebabkan penyakit tu saya mula sedar. Saya silap...
Fatihah... sepatutnya saya yang pergi dulu bukan awak....
“Kalau kau kat tempat dia kau akan buat benda yang sama?” Luthfi menyoal pabila soalan adiknya yang menyapa telinga serasa seakan tidak memerlukan orang lain untuk menjawabnya termasuk Fatihah sendiri.
            Pasti! Hati kecil Luqman bersuara yakin.
           Luthfi merenung Luqman. “Kenapa?” Luthfi kembali bertanya seolah-olah mendengar bicara hati Luqman.
            Sebab... aku sayang dia... hati Luqman kembali menjerit.
            Luthfi tersenyum hambar. “Kau memang dah ada jawapannya bro...” dia menepuk-nepuk bahu Luqman. Dia berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.
            “Sebagaimana kau dapat jawapan pagi tu?” Luqman pula membalas dengan soalan. Langkah kaki Luthfi terhenti serta merta. Dia sekadar tersenyum nipis. Sayangnya dia pada aku hanya sebagai seorang abang....
            .....................................

Tinta hati Luqman...

Fatihah... saya pernah cakap kita macam adik-beradik tapi kenapa ya saya jauhkan diri dari awak? Sebab hakikatnya kita bukan adik-beradik. Satu kenyataan yang saya suarakan hanya sekadar bicara penafian pada rasa yang kian menjengah jiwa. Saya cuba cipta jurang anatra kita sebab saya sedang berjuang mempertahankan iman yang senipis kulit bawang. Saya sedang berusaha memelihara hati saya juga awak dari dikotori anganan impinan yang hanya mimpi. Saya tak mampu untuk merealisasikan impian itu sebagai kenyataan kerana saya sendiri tidak pasti berapa detik lagi yang masih tersisa usia saya di dunia. Saya takut untuk suarakan naluri rasa yang kian lama membuai hati yang ketandusan. Bagaimana mungkin saya terus mendekati awak sedangkan semakin lama hati ini semakin terseksa dan sakitnya yang tak terperi saya rasai.

Fatihah... pertama kali saya tatap wajah awak saya nampak satu sinar kekuatan untuk saya teruskan perjuangan melawan penyakit yang saya deritai tapi pada masa yang sama akal waras seakan berbisik mendesak saya supaya memejamkan mata dari sinaran itu kerana takut ada hati yang akan terluka, ada jiwa yang akan terseksa tatkala tiba masa yang telah Dia janjikan buat hamba-Nya ini. Takut meluahkan rasa yang mungkin bercambah menjadi benih harapan sedang saya sendiri tahu yang saya tak mampu... tak mampu menukarkannya menjadi kenyataan. Seandainya saya mampu menjadikan awak halal buat saya pasti saya akan lakukan tapi saya tak mampu... Biarlah rasa ini terus utuh terpendam, terus damai menjadi sebuah kasih rahsia...
Luqman berdiri tegak dan mengangkat takbiratulihram untuk menunaikan solat sunat taubat dalam munajat pada-Nya di pagi yang dingin mencengkam sukma. Alhamdulillah... rezeki dan jemputan dari-Nya... tahun ini dia dapat menunaikan haji. Agak terkilan kerana tak dapat tunaikan janji pada Fatihah untuk membawanya ke tempat impiannya, di sini. Ya... Di tanah suci ini adalah tempat yang ingin Fatihah jejaki tapi... Allah lebih menyayangi dirinya...
Dalam sujudnya yang terakhir air matanya mengalir perlahan di tubir mata... sakit yang dia rasai bagai tak tertanggung oleh jasad yang kian lemah. Seluruh jiwa dan raga seakan pasrah lantas hatinya bermadah syahdu....
“Ya Allah... andai sudah tiba waktu dan ketika yang telah Kau janjikan... Andai telah tiba detik dan saat yang telah kau tentukan untukku kembali kepada-Mu... aku redha Ya Allah... Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah...”
Kelopak matanya kian terpejam rapat sedang air hangat masih mengalir di tubir mata membasahi alis...


*p/s: Actions speak louder than words

happy reading...thanx ya:-)

HATI... HATI-HATI!


iman itu letaknya di hati... bukan pada negeri...
iman itu lahirnya dari dalam jiwa... bukan dari luahan kata semata...

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampiri Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh".
[credit to beliau]

"... Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, dan (Al-Quran) itu merupakan kegelapan bagi mereka. Mereka itu (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh." [Surah Al-Fussilat: 44]

*Dear hati... hati-hati... don't judge people physically...

hati kita ni hanya kita dan Dia saja yang tahu...
orang lain tak tahu...

begitu juga dengan hati orang...

hanya dia dan Dia saja yang tahu...
kita tak tahu...








BERCAKAP vs DIAM


*sangat menusuk ke dasar hati yang paling dalam... -_-

KEHIDUPAN


Meniti hari dalam keterbatasan waktu yang masih tersisa entah untuk berapa ketika. Mungkin esok mungkin juga lusa akan tiba jua waktu yang telah Dia janjikan pada setiap hamba-Nya... masa untuk kita kembali kepada-Nya...
Masih mencari... melihat... dan mentafsir akan hakikat kehidupan yang sebenar pada lintasan waktu yang mengiringi nyawa yang masih setia bersemadi pada sekejur jasad untuk meneruskan perantauan di persada dunia. Begitu mudah mulut bermadah akan erti sebuah kehidupan namun apakah benar seperti apa yang kita fahami hanya pada definisi.
Hidup... untuk perjuangan dan mati adalah pasti untuk kehidupan yang abadi... lantas apakah hakikat sebuah kehidupan?
Terlahirnya kita kedunia atas kehendak-Nya... terlahirnya kita ke dunia hanya bertaraf hamba.
Kehidupan...
Sebuah perjalanan mencari Dia...
Sebuah pengembaraan mengenal Dia...
Sebuah pelayaran menuju kepada-Nya...

“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” 
(Al-Mulk: 2)

Dulu ustaz pernah cakap, hidup ini sebuah perantauan di dunia yang hanya pinjaman yang pasti akan dititipkan selembar ujian kepada hamba yang dikasihi-Nya dalam usaha mencari bekalan untuk di persembahkan kepada-Nya di pertemuan yang abadi kelak...

SEPOHON POKOK


Aku telah pun tiba di sebuah kediaman yang sederhana besar namun tersergam indah di tengah kota metropolitan ini. Aku melangkah perlahan memasuki perkarangan rumah yang kelihatannya sedang menyambut tetamu yang ramai bilangannya. Aku cuba mengawal kegusaran dan hiba yang bersarang.
            Selepas menerima panggilan dari Adi Mahfuz yang membawa perkhabaran yang menyentap kalbu tadi aku terus memandu menuju ke sini dan terpaksa meninggalkan kelas dalam keadaan yang tergesa-gesa.
            “Assalamu’alaikum...” salam ku hulur kepada gerangan yang berdiri di muka pintu dengan wajah yang jelas tergambar kesedihan yang tak tersingkapkan.
            “Wa’alaikumussalam... jemput masuk...” dia menjawab tenang dengan wajah yang sengaja dimaniskan dalam penuh kepayahan.
            Aku melangkah masuk perlahan sambil menghadiahkan satu senyuman yang aku sendiri dapat rasakan yang ianya tawar. Sekadar pengganti bicara yang tak mampu aku ungkapkan. Tak terluah kata-kata azimat pencetus semangat di bibirku. Aku sendiri terkejut dan cuba sedaya upaya menyedarkan diri akan kenyataan yang tak mungkin bisa disangkal.
            Sebaik menjejak ruang tamu aku terpandangkan seorang insan yang baru semalam petah berbicara soal impian dan harapan namun kini sedang tenggelam dalam bayangan kisah yang teramat memilukan. Aku menapak menghampirinya yang kelihatan seakan menggamitku melalui tatapan matanya yang berkaca-kaca.
            Aku duduk menghadapnya yang agak jauh dari kelompok saudara mara dan tetangga yang kian memenuhi ruang tamu. Lama aku memerhatikannya. Aku sedang berkira-kira mencipta ayat yang paling sesuai kala ini namun lidahku seakan tak mampu menterjemah apa yang diisyaratkan oleh akal.
            “Adi...” akhirnya terluah jua sepatah kata itu. Hanya itu yang mampu aku suarakan tika ini.
            Tak semena-mena dia memelukku erat. Aku tergamam. Terkejut sehingga aku sendiri tak pasti apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang. Untukku menolaknya tak mungkin namun untuk membalas pelukannya juga agak mustahil lantas aku membiarkan saja. Apa pilihan yang aku ada? Dia dalam kesedihan yang teramat dan wajarlah andai dia sangat memerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan.
Dari kejauhan aku terpandangkan renungan seseorang, lelaki yang menyambut kedatangan aku tadi. Aku sendiri terkeliru dalam mentafsir apakah yang sedang bermain di mindanya sekarang. Adakah dia marah? Itu aku tak pasti namun seandainya dia bisa mengerti yang aku kini dalam keadaan yang serba salah.
Seketika kemudian, aku meleraikan pelukan perlahan untuk tidak menyinggung perasaan anak muda berusia 15 tahun ini.
“Maafkan saya cikgu... saya tak sengaja...” Adi Mahfuz bersura perlahan.
Aku sekadar tersenyum hambar. “Kalau tangisan boleh kurangkan beban yang Adi tanggung sekarang, tak salah kalau Adi menangis...” aku bersuara lembut sekadar memujuk kerana aku lihat dia tidak menitiskan walau setitis air mata sedangkan dari seraut wajah anak muda ini aku dapat melihat betapa dalamnya dia menaggung luka.
Dia merenungku sejenak. “Saya dah menangis sebelum waktunya cikgu...” dia bersuara masih dalam nada yang perlahan.
Benar, dua minggu lalu, sehari selepas keberangkatan umi dan abahnya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah aku terlihat dia yang baru keluar dari tandas sekolah seperti baru lepas menangis. Dia seakan berat untuk berpisah dengan umi dan abinya. Adi Mahfuz memang sangat rapat dengan umi dan abinya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Mungkin dia dapat merasakannya... satu perasaan halus yang sukar untuk diterangkan.
“Adi kena banyakkan bersabar ya. Cikgu tahu Adi seorang yang kuat. Adi, sebagai abang kepada Aisyah dan Amir kena kuat sebab Adi kena jaga adik-adik. Adi tak boleh macam ni...” aku mencuba menyusun kata walau aku tahu yang menanggungnya bukan semudah mengungkapkannya...
“Abang Adi... umi dengan abi mana? Hari tu abang cakap umi abi balik hari ni kan... Erm... ni mesti umi singgah kedai beli teddy bear untuk adik sebab hari tu kan umi janji nak belikan adik teddy bear besar...” seorang budak lelaki tiba-tiba hadir di sisi Adi Mahfuz. Dia mendepangkan tangannya sebagai tanda betapa besarnya teddy bear yang akan dia terima.
Aku terkaku memerhatikan tingkah lakunya. Mungkin inilah adik bongsu Adi Mahfuz yang umi dia sering ceritakan. Aku bersahabat baik dengan umi Adi, Cikgu Sumayyah yang juga guru di sekolah tempat aku mengajar. Walau perkenalan kami sangat singkat tak sampai dua bulan namun aku senang bersahabat dengannya yang sangat peramah dan baik hati.
Amir, baru berusia tujuh tahun masih terlalu naif. Hatiku cukup tersentuh mendengar bicara jujur dari anak ini. Dia belum mampu mengerti hakikat hidup dan kehidupan...
“Eh, kakak ni siapa? Kawan abang ek?” dia bersuara sambil mengerdipkan matanya dan menjenguk wajahku yang ketika itu sedang tunduk menahan sebak. Dia tersenyum bila aku mengangkat wajah. Aku sekadar mengangguk perlahan sambil tersenyum dalam hiba yang kian menggila.
Belum sempat aku menyentuh bahu anak kecil itu seorang budak perempuan datang dan mematikan niatku. Dia memegang bahu Amir lalu merenung tepat ke mata Amir. Ini mungkin Aisyah, fikirku. Aku sekadar memerhati apa yang ingin dia lakukan.
“Adik, umi dengan abi dah mati. Umi takkan beli teddy bear, dia takkan balik lagi... dia...”
“Asya...” lelaki yang menyambut aku tadi yang entah bila menyertai kami tiba-tiba bersuara keras dan nyaring. Aku sendiri tersentak apatah lagi Aisyah dan Amir. Terhenjut sedikit bahu Aisyah dan mati terus kata-katanya yang kedengaran keras dan tegas. Amir sudah pun menangis teresak-esak dan pada masa yang sama aku melihat mata Aisyah sudah berair. Terkejut dijerkah begitu dan mungkin bercampur dengan sedih hiba yang tak tertanggung.
Memang benar kadangkala kejujuran akan menampakkan kita terlalu kejam dalam meluahkan kebenaran namun tak akan ada kenyataan yang mampu menyangkal sebuah hakikat yang sudah terungkap dengan jelas. Namun, seharusnya kita yang mengaku sudah dewasa mampu dengan bijak mengawal emosi yang dijentik kenyataan yang terlalu perit.
Lelaki itu yang aku agak adalah anak sulung Cikgu Sumayyah, Adwan Muqri sudah menunduk sambil meraih Amir ke dalam pelukannya. Aku sekadar menjadi pemerhati dan hatiku tersentuh melihat dan memikirkan bagaimana harus dia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada adik-adiknya nanti. Pemergian umi dan abinya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi anak-anak ini.
Aisyah berbalas pandang dengan Adwan Muqri. “Memang betul kan umi abah...” perlahan dia menuturkan.
“Cukup Asya...” sekali lagi kata-kata jujur Asya dipotong dengan keras.
Aisyah berlari masuk ke biliknya bersama tangisan mungkin berkecil hati kerana dimarahi. Baru berusia sepuluh tahun namun kelihatannya dia jauh lebih tabah dari abang-abangnya dalam mendepani ujian. Dia jauh lebih terbuka dalam menghadapi kenyataan. Dia jauh lebih tegar dalam menempuh dugaan.
Semasa dia memegang bahu Amir dan memandang jauh ke dalam mata adiknya itu tadi aku lihat ketenangan dalam sinaran matanya yang terpancar suram.
“Saya pergi jenguk Asya...” aku meminta izin Adwan Muqri dan dia mengangguk perlahan sebagai isyarat. Dia masih cuba meredakan tangisan Amir yang berlagu syahdu.
Bertuah Cikgu Sumayyah dan suaminya kerana menjadi antara insan pilihan Allah untuk bertemu-Nya di tanah suci dan kembali kepada-Nya juga di sana. Bersemadi di sana. Selepas majlis tahlil berakhir aku meminta izin untuk pulang selepas membantu serba sedikit.
“Adwan Muqri, saya minta maaf kalau awak rasa saya terlalu lancang berkata-kata tapi saya nampak kekalahan seorang lelaki berusia 26 tahun  kepada seorang budak perempuan berumur sepuluh tahun dalam mengawal emosi. Mungkin Asya kelihatan kejam kerana menuturkan kebenaran yang tersangat pahit tapi kita sebagai orang dewasa patut memberikan dia peluang untuk mengajar hakikat kebenaran melalui bahasa kanak-kanak yang mungkin lebih mudah untuk difahami oleh kanak-kanak juga seperi Amir. Kalau salah kita boleh betulkan tapi bukan dengan cara keras yang hanya akan menjadikan dia takut untuk menghadapi kenyataan... Jujur saya nampak Asya jauh lebih tabah...” aku meninggalkan kediaman itu dengan kata-kata terakhir untuk dia fikirkan.
........................................................
 Aku masih memikirkan tentang perbualan antara Mak Long dengan Adwan Muqri petang semalam semasa aku singgah selepas menghantar Adi Mahfuz pulang. Waktu itu mereka sedang berbual di dapur dan secara tak sengaja aku terdengar perbualan mereka ketika ingin meminta diri untuk pulang.
Sebenarnya aku agak keberatan untuk singgah namun selepas dipujuk oleh Mak Long tak sampai hati pulak ingin menolak sampaikan aku tidak sedar yang betapa lamanya aku di rumah mereka sehinggalah kemunculan Adwan Muqri yang baru pulang dari kerja. Lama sungguh aku berborak dengan Mak Long sambil melayan kerenah Amir dan menemani Aisyah menyiapkan kerja sekolah.
            Memandangkan aku melalui rumah mereka untuk berulang alik ke sekolah jadi atas dasar simpati dan tanggungjawab sesama manusia aku dengan senang hati menawarkan diri untuk menjemput dan menghantar Adi, Aisyah dan Amir ke sekolah pada setiap hari. Ini hanyalah sekelumit bantuan yang mampu aku hulurkan buat anak-anak yatim ini.
            “Wan... Mak Long bukannya tak nak tengok-tengokkan adik-adik kamu tapi kamu pun tahu kan Kak Mun kamu tu tengah sarat lagi pun si Maya dengan Mimi tu tak ada orang nak jaga. Kesian kalau Kak Mun kamu yang tengah sarat tu nak uruskan sorang-sorang. Ini pun Abang Man kamu ambik cuti seminggu jadi habis cuti ni Mak Long kenalah pergi sana. Mak Long harap kamu dapatlah cari seseorang untuk jaga adik-adik kamu tu ya...”
            “Saya faham Mak Long. Tak apalah, nanti saya carikan orang gaji untuk jaga diorang...”
            “Mak Long bukan apa, Aisyah tu satu-satunya adik perempuan kamu dan dia semakin meningkat remaja jadi Mak Long rasa dia memerlukan seorang perempuan juga untuk berkongsi masalah, bercerita. Ada benda yang orang lelaki tak tahu dan tak faham mengenai orang perempuan ni. Mungkin kamu boleh jaga keselamatan dia tapi kamu tak mampu nak didik dia sebagai perempuan. Entahlah, susah Mak Long nak terangkan tapi Mak Long rasa kamu faham kan apa yang Mak Long katakan...”
            Aku tersentak apabila telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Habis melayang segala khayalanku sebentar tadi.
            “Assalamu’alaikum...” suara di hujung sana kedengaran.
            “Wa’alaikumussalam...” aku menjawab tenang walaupun hakikatnya aku kaget dengan panggilan yang tiba-tiba darinya pada hujung minggu macam ni.
            “Cikgu Ilya, boleh tak kita jumpa tengah hari nanti?”
            “Nak saya ke rumah awak ke?” aku bertanya walaupun sedikit keliru. Kenapa tiba-tiba nak jumpa ni. Ada masalah ke?
            “Tak, kita jumpa dekat luar...”
            “Ok...” aku memberi persetujuan dan mematikan talian setelah dia memberitahu lokasinya.
            Setelah hampir setengah jam baru aku sampai ke restoran yang dijanjikan. Aku pergi ditemani abangku, Ilyas Imani. Sememangnya aku tak akan keluar atau berjumpa dengan mana-mana lelaki berdua-duaan tanpa ditemani sesiapa kerana ayah aku tak izinkan. Walaupun berjauhan dengan keluarga namun setakat ini aku tak pernah mengingkari setiap pantang larangnya. Sejujurnya, aku memang rasa terkongkong kerana setiap tindakanku akan diawasi dan di sini, abang sebagai ‘pengawal peribadi’ dan penyampai berita.
            Namun secara rasionalnya, aku faham ini semua untuk kebaikanku jua. Apa pun setegas-tegas ayah dalam mendidik dan secerewet ibu dalam membimbing mereka tak selantang abang dalam menyuarakan teguran dan nasihat. Mereka lebih suka berkias tetapi abang seorang yang suka berterus terang dalam apa jua keadaaan.
            Aku masih ingat dulu semasa aku di tingkatan tiga dan abang tingkatan lima, aku ni seorang yang sangat terbuka dalam berkawan. Aku tak pernah memilih kawan. Sesiapa saja yang sudi akan menjadi kawan aku tak kira lelaki atau perempuan dan waktu itu aku ni masih terlalu mentah untuk memahami batas-batas pergaulan. Pada suatu hari abang ternampak akan kelakuanku yang kurang disenangi lantas dia terus memberi teguran terus, telus dan tulus.
            “Ilya Iftitah, adik abang, seorang gadis yang baik akan sentiasa menjaga maruah diri kerana itulah harta yang paling berharga buatnya. Maruah diri adalah maruah keluarga dan agamanya. Selagi Lily belum berkahwin, segala dosa atas perbuatan Lily yang bercanggah dengan syariat akan ditanggung oleh abah dan juga abang sebagai lelaki yang bertanggungjawab ke atas Lily dan yang berhak menjadi wali Lily suatu hari nanti. Lily tak kesian ke dengan kami? Sebelum Lily melakukan sesuatu, Lily ingatlah pada kami yang akan menanggung akibat dari perbutan Lily tu...”
            Panjang lebar nasihatnnya yang sehingga kini melekat di kepalaku. Aku sendiri tak pasti kenapa abang memanggilku dengan gelaran Lily sedangkan ibu dengan abah memanggilku Liya. Kawan-kawan pulak panggil aku macam-macam, ada yang panggil Liya, Illi, Ilya, Ifti dan tak ketinggalan gelaran Fifi yang entah dari mana munculnya.
            Sepuluh minit kemudian barulah Adwan Muqri muncul sendirian. Dari jauh dia tersenyum. Aku memperkenalkan abang kepadanya. Dia menolak untuk makan tengah hari bersama walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang sebaliknya dia hanya memesan segelas jus oren. Katanya dia tidak boleh lama kerana adik-adiknya tinggal di rumah.
            Dia mengetap bibir. Terpancar kegusaran di wajahnya. “Ilya Iftitah...” dia berhenti seketika dan kembali menggigit bibir bawahnya. Haish ni apasal semacam ni. Susah benar ke nak bercakap? Aku pun rasa macam cacing kepanasan ni.
            “Erm... abang pergi toilet kejap...” abang bersuara tiba-tiba seperti memberi peluang kepada Adwan Muqri untuk lebih tenang dalam mengungkap kata setelah melihat lelaki yang duduk di hadapannya ini kelihatan begitu payah untuk meluahkan.
            Pandangan mataku menyorot melihat langkah tenang abang ke tandas sebelum kembali menumpukan perhatian kepada perkara penting yang ingin dibincangkan oleh Adwan Muqri. Kami saling bertatatapan untuk seketika.
            “Kita nikah nak?” satu ayat spontan laju yang bagai halilintar merentas pendengaranku. Aku terpana seketika.
Aku tengah mamai ke atau masih sempat berangan teringatkan kisah Along dengan Ana yang aku baru habis khatam pagi tadi? Err... ini dikira lamaran ke? Huh... semudah tu? Tak ada ayat yang lagi best ke power ke yang macam dalam filem dan drama atau... novel? Tapi kenapa tiba-tiba? Kami baru sangat kenal dalam dua minggu lebih. Aku salah dengar tak...
Dia memandang aku yang masih menggelabah. Aku patut jawab apa-apa ke? Tadi tu dikira soalan ke atau ayat penyata? Alamak apasal la soalan mencurah-curah ke ladang gandum ni...
“Hai... korang ni tunggu abang ke. Punyalah lama masa abang bagi chance untuk berbicara seribu bahasa yang masih membisu dan terkaku ni kenapa?” Ha tengok abang aku lagi power ayat dia walaupun perumpamaan tak berapa nak betul. Orang diam seribu bahasa la bang...
“Tak nak ice breaking dulu ke?”
................................................................
Aku berbaring di atas tilam empuk lagi lembut. Sabar menanti panggilan dari ibu yang membawa perkhabaran dari kampung. Entah apalah keputusannya. Lepas ke tidak? Erm... aku ? Adakah aku berharap yang keputusannya memihak kepadaku sedangkan aku sendiri tak pasti keputusan yang macam mana yang aku harapkan. Entahlah... aku tak retilah kalau main dengan benda alah ni...
Selama seminggu Adwan Muqri membawa adik-adiknya mengunjungi ibu dengan abah di kampung. Hari ini dia kembali ke Kuala Lumpur dan sudah pun sampai petang tadi. Aku yang meminta dia pergi berjumpa mereka memohon restu. Kalau ibu dan abah setuju dan berkenan lampu hijau dari aku. Itu yang aku katakan kepadanya.
Namun, aku sendiri tak yakin yang dia akan melepasi sesi ‘uji bakat’ sebab yang menjadi jurinya Pak Imran dengan Mak Imah apatah lagi dia orang bandar. Dilahirkan dan dibesarkan di tengah-tengah kesibukan bandar jadi agak mustahil untuk dia memenuhi ciri-ciri menantu pilihan ibu dengan abah.
Ibu sendiri yang cakap bahawa dia akan menguji setiap yang berniat untuk menjadi menantunya tak kira lelaki atau perempuan. Tak sabar rasanya ingin mendengar keputusan temuduga ibu dengan abah. Mesti teruk budak Adwan Muqri tu kena.
Ibu cakap walaupun lelaki dia akan pastikan budak tu pandai memasak jadi tak adalah susah kalau aku sakit ke tengah sarat ke. Erm... jauh betul ibu aku fikir. Dengar cerita dari abang ternganga jugak la ibu bila tengok macam mana Adwan Muqri tu masak ala-ala chef siap dengan pencuci mulut lagi. Hish kalau macam ni aku yang tak lepas...
Itu tak lagi masuk bab abah aku. Aku ada jugak usha dari abang yang malam pertama diorang sampai dekat kampung pun abah dah uji Adwan Muqri, minta jadi imam solat Maghrib dan Isya’. Nasib baik lepas. Haish apasal la pulak aku ni yang terlebih excited? Ok itu satu hal.
Lagi, abah ajak budak bandar tu ikut dia pergi masuk ladang getah tolong dia kutip getah, ajar budak Adwan Muqri tu cara-cara nak menoreh. Haish abah ni, apa kes ni bah? Dia tu pensyarah fakulti sains kesihatan dan rasanya tak melibatkan procedure menoreh kot dan... memang tak ada kaitan dengan pokok getah langsung. Haish abah... abah... ada saja nak kenakan anak orang.
Satu yang paling aku tak tahan ada ke patut abah buli si Adwan Muqri suruh kasi berbintat kena gigit dengan nyamuk. Abah pasang ubat nyamuk dekat semua bilik adik-adik dia kecuali bilik Adwan Muqri tapi yang peliknya adik dia si Adi tu yang banyak berbintat sedangkan dia tak ada apa-apa pun. Hish nakal betul la ibu abah aku ni.
Tapi abah cakap dia buat semua tu bukannya nak tengok kemahiran atau bakat tersimpan Adwan Muqri semata-mata atau mendera, abah cuma ingin melihat reaksi dan bahasa badan anak bandar bila diajak melakukan benda-benda macam tu dan cara mereka membawa diri untuk melayan kerenahnya dan membiasakan diri dengan suasana kampung.
“Kalau lelaki pun takut pacat tak ada maknanya abah nak bagi kepercayaan dekat dia untuk jaga tuan puteri abah ni...” terngiang-ngiang suara abah yang berseloroh semasa aku memaklumkan akan hasrat kehadiran Adwan Muqri sekeluarga.
Tanpa sedar aku tertawa sendirian. Aku tersentak bila telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Mati seketika senyuman yang terukir dibibir namun kembali melihat mekar nama yang tertera di skrin, Ibuabah...
“Assalamualaikum, anak ibu sihat?” kedengaran ceria suara ibu.
“Waalaikumussalam... sihat bu. Ibu sihat? Abah mana?” aku bersuara manja.
“Ada ni ha...” suara abah pula kedengaran. Erm... ini mesti buat loud speaker.
“Macam mana?” aku bersuara perlahan menyembunyikan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
“Erm... so far so good...” ibu menjawab bersahaja. Amboi mak aku...
“Pass...” abah pula bersuara sepatah.
“Serius ibu... abah?” aku bertanya tidak percaya.
“Ya... setakat ni dia calon yang terbaik dan ibu dengan abah dah bincang dengan dia. Kami dah setuju yang majlis akad nikah akan diadakan sebelum cuti penggal berakhir jadinya sebulan lagi lah lebih kurang. Tak payah nak merisik, bertunang bagai nikah je terus.” Ibu bersuara lancar yang mengundang debaran di dada.
Huh... biar betul. Dahsyat betul ibu dengan abah aku ni. Tak pulak tanya aku setuju ke tak, terus saja buat keputusan. Lagipun diorang bukan tak tahu aku punya impian nak sambung belajar memandangkan tugas aku sebagai guru sandaran di sekolah itu pun sudah berakhir. Usiaku yang kini dua puluh empat tahun bukan dikira masih muda ke...
“Ya lah... bukan ke dia sorang je calonnya...” abah pula bersuara. Sempat lagi tu bergaduh.
“Eh, ada lah dua tiga orang ibu reservedkan. Markah diaorang kurang sikit dekat mata pelajaran sivik.” Ibu bersuara selamba. Hai ini betul ke aku tengah bercakap dengan ibu dan abah ni. Lain macam saja bunyinya ni...
            Haish Adwan Muqri dan bakal adik ipar aku ni ajar apa dekat ibu abah ni. Adeh... kalau ditolak, campur, kali, bahagi tak sampai sebulan lagi. Haish sempat ke nak buat persiapan. Ibu abah ni pun... tak menyempat...
            “Liya pelik apa yang buatkan ibu abah suka dengan dia?”
            “Dia tu budak baik...” abah menjawab ringkas. “Dia tu romantik...” ibu menyambung tenang. Ternganga aku mendengar jawapan ibu. Tang mana yang romantiknya budak Adwan Muqri tu pun aku tak tahu lah.
            “Hai bu... dia ada baca sajak bulan bintang ke yang ibu boleh cakap dia romantik ni...” Aku tertawa. Romantiklah sangat melamar pakai tiga patah perkataan...
            Tak sampai lima minit selepas talian dimatikan abang pula menelefon. “Lily, ibu cakap diorang dah berkenan lagi sebulan majlis betul ke?” Ha ini lagi dahsyat, aku tak sempat nak cakap hello dia dah sembur sedas.
            “Yup...” aku menjawab juga sambil menggeleng-gelengkan kepala.
            “Lily setuju? Eh, jangan main-main la dik. Hari tu Lily tak confident yang dia akan lepas ujian saringan ibu dengan abah yang mencabar tahap keimanan dan ketakwaan sebab tu Lily on je tapi sekarang macam mana. Ibu abah tu dah macam kempunan sangat nak bermenantukan budak tu. Dah lah Lily kenal dia tak sampai sebulan pun lagi.” Ada nada kerisauan kedengaran.
            “Entah... pada Lily usia perkenalan tak penting...” aku menjawab dari hati...
            “Tapi Lily rasa boleh ke terus hidup bersama dengan perasaan simpati dan kasihan semata-mata tanpa rasa cinta...” Erm... abang aku dah mula dah dengan dia punya ayat jiwang. Tak payah nak cintan cintun sangat lah bang...
            “Sebab Lily ada prinsip Lily sendiri berkaitan benda alah tu...”
            “Cinta itu umpama sepohon pokok...” abang bersuara sinis. Wajahku membahang. Alah... dia dah jumpa lah tu. Haish tak faham betul la dengan abang aku ni. Jumpa aja blog aku walaupun aku guna nama yang entah apa-apa.
            “Haish... buat part time nampak... berapa abah bagi komisyen?”
................................................................
Orang cakap tanda-tanda orang yang ‘jatuh’ tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang tapi aku ni nak kata tidur tak lena pukul sebelas lebih dah terbongkang atas katil dan azan Subuh berkumandang baru bangun. Nak kata mandi tak basah, kalau dah lebih setengah jam duduk berendam dalam bilik air tu apa ke hal nya. Nak kata makan tak kenyang, kalau tak bertambah tak sah.
Erm... tapi semenjak dua menjak ni aku rasa macam ada clinical sign yang agak pelik la dengan aku punya perasaan dalaman. Aku jadi berdebar-debar bila bersua empat mata dengan dia walaupun kami sememangnya tak pernah keluar berdua. Lidah jadi kelu tak terkata tatkala dia telefon. Aku sendiri pelik apakah ‘penyakit’nya ni.
Aku berdiri agak lama di depan pagar rumah bercat krim ini. Hati berbelah bahagi. Berperang dengan emosi. Samada menyelami naluri yang kian aneh aku rasakan atau mengabaikannya dengan harapan aku tak akan berkesempatan merasa apa itu terluka. Namun semakin aku menafikan semakin aku rasa tertekan.
“Liya... sorang je? Kenapa tak panggil?” teguran seorang lelaki yang entah bila muncul di depanku mematikan terus lamunanku.
Aku tersenyum dan berlagak seperti biasa. “Saya ada hal nak bincang dengan awak...”
“Owh... sebenarnya saya sorang je ni. Adik-adik pergi rumah Mak Long, tengok baby... Erm... tak pe lah kita berbual dekat luar boleh?”
Aku mengangguk perlahan dan masih tersenyum cuba menyembunyikan perasaan. “Jom...” dia menggamitku ke arah kerusi yang terdapat berdekatan dengan kolam ikan.
“Duduk lah dulu saya ke dapur kejap...” dia bersuara lembut. Aku sekadar tersenyum tidak membantah.
Adwan Muqri datang dengan seteko air dan sepiring puding. Kemudian dia menuangkan air ke dalam cawan dan mempelawaku minum. Aku memerhatikan setiap gerak-gerinya dan tanpa aku sedari dia terperasan akan tingkah laku ku.
“Ada apa?” dia bertanya seraya melabuhkan punggung di hadapanku.
“Saya mintak maaf. Saya rasa... kita tak boleh teruskan pernikahan tu...” aku berterus terang akan tujuan kedatanganku. Walaupun hati aku seperti dihiris rasanya, aku suarakan juga.
Dia kelihatan terkejut dengan kenyataanku. “Kenapa?”
Aku menggigit bibir bawah. “Saya tak boleh nak teruskan hidup dengan orang yang tak cintakan saya. Saya baru sedar yang simpati dan kasihan semata-mata tak akan kekal...” aku berselindung di sebalik kenyataan sebenar.
Dia kelihatan serius. “Jadi... awak terima saya hanya sebab simpati? Tapi kenapa awak bagi saya harapan?” persoalan yang hanya aku tahu jawapannya namun tak mungkin aku akuinya.
“Saya dah lakukan kesilapan besar bila bersetuju...”
“Awak terima saya hanya sebab simpati?” dia seperti inginkan kepastian.
“Anggaplah yang kita memang tak ada jodoh. Saya yakin yang awak akan dapat wanita yang jauh lebih baik dari saya...”
            “Arwah umi selalu ceritakan pasal awak. Dia cakap awak baik, bertuah siapa yang dapat awak. Dia cakap kalaulah saya belum ada calon dia teringin sangat nak bermenantukan awak. Saya kenal awak sebelum berjumpa dan bila saya berhadapan dengan awak sendiri baru saya tahu yang segala yang umi katakan itu benar. Adik-adik saya semua sukakan awak. Tapi... mungkin betul apa yang awak cakap...” dia bersuara perlahan.
            “Saya minta diri dulu. Maaf, saya buat ni semua sebab saya... tak nak lukakan hati sesiapa. Saya pergi dulu. Assalamualaikum....” aku meninggalkannya setelah menutur apa yang sepatutnya.
            Setitis demi setitis air mataku gugur bercucuran di pipi. Apatah lagi sebentar tadi aku baru lepas dimarahi ibu dengan abah atas keputusanku ini. Aku tahu apa yang aku buat ini akan memalukan keluarga tapi apa pilihan yang aku ada?
Aku sedih sangat bila ibu cakap aku sengaja ingin mempermainkan perasaan Adwan Muqri namun tahukah ibu yang hati ini yang terasa pedihnya. Adwan Muqri terdesak untuk mempunyai isteri untuk menjaga adik-adiknya. Dia langsung tak punya apa-apa perasaan terhadapku kerana dia sudah punya orang lain sedangkan aku yang setiap saat perasaan padanya semakin bercambah.
................................................
Sudah lebih dua tahun peristiwa itu berlalu dan selama itu juga aku tak lagi berjumpa dengan Adwan Muqri kerana aku melanjutkan pelajaranku ke luar negara. Aku tak kuat untuk menempuhnya kerana itulah kali pertama aku mengalami apa yang orang kata patah hati.
Cinta itu umpama sepohon pokok...
Benih pokok perlu disemai barulah ia akan tumbuh. Apabila benih disemai, pokok akan tumbuh dan semakin membesar. Jika dibajai dan disirami pasti akan tumbuh rendang namun andai diracuni pasti akan layu dan akhirnya mati.
Begitulah juga cinta... ia perlu disemai. Bila disemai ia akan mekar. Akan bertambah mekar bila dibajai dengan kejujuran dan disirami dengan keikhlasan. Namun, akan layu dan akhirnya mati andai diracuni dengan pengkhianatan dan kepura-puraan.
            Satu falsafah cinta yang merupakan prinsip yang sekian lama aku pertahankan. Ada cerita di sebalik kisah pembatalan majlis pernikahan itu. Aku melakukan itu semua demi  untuk menjaga hati-hati orang yang aku sayangi.
            “Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni. Dia dah janji dengan aku.” Zaleha menangis teresak-esak di sampingku selepas bertemu dengan kekasih hatinya petang itu.
            “Zal... kau sabar ek...” sejujurnya aku tak pandai memujuk.
           “Aku setia dengan dia tapi dia... Dia dah nak kahwin lagi dua minggu Ifti dan dia langsung tak bagi tahu aku. Ini pun aku pergi rumah dia tadi kalu tak sampai ke sudah aku tak tahu dan terus mengharap. Bodoh kan aku ni terhegeh-hegeh dekat dia...”
            “Zal... kau jangan cakap macam tu. Dia tu yang sebenarnya tak tahu menghargai kesetiaan kau atau mungkin juga dia terpaksa. Kita tak tahu mungkin dia ada masalah ke. Lagipun setahu aku dah lebih tujuh tahun kan kau dengan dia...” aku masih cuba memujuk.
            Dia seorang lelaki yang baik... kata Zaleha dulu dan dia juga pernah cakap yang kalau aku kenal dengan lelaki tu tak mustahil aku juga akan jatuh suka dekat dia tapi aku menyangkal keras. Walaupun aku dan Zaleha banyak persamaan namun tak mungkin dalam soal yang satu itu. Tetapi pernah aku suarakan kesanggupan aku untuk berkorban andai itu berlaku.
            “Aku sayang dia Ifti. Aku...” dia terhenti seketika. “Aku saja cakap yang aku balik tahun depan sebab aku ingat nak buat surprise tapi alih-alih aku yang tersurprise.” Zaleha masih dalam tangisan yang mendayu-dayu.
            Haish aku lemah lah bila tengok orang menangis ni. Tapi aku rasa ada yang tak kena lah sebab setahu aku lelaki tu sayang betul dengan Zaleha. Walau pun diorang tak bercinta macam orang lain tapi mereka teruskan atas dasar kesetiaan dan kejujuran pada janji yang pernah dipersetujui.
            Sejak belajar di universiti lagi saban hari Zaleha menjadi penglipur lara, bercerita mengenai lelaki yang telah berjanji untuk menjadikannya isteri selepas Zaleha yang dua tahun lebih muda darinya menamatkan pengajian. Walaupun mereka tak pernah bergayut sakan, bersms, berym, berchatting, berdating tapi yang aku tahu mereka masih mengharap antara satu sama lain. Isy tak faham lah. Rasanya ada yang tak kena ni.
            Aku memegang bahu Zaleha lembut. “Kalau boleh aku tahu, siapa dia?” sekadar bertanya soalan yang sama berulang kali aku suarakan tanpa jawapan dari Zaleha. Mungkin kali ini dia lebih terbuka untuk memberi jawapan.
            “Adwan Muqri...”
            Atas sebab itu lah aku mengambil keputusan drastik untuk menoktahkan terus segaris rasa yang masih di titik mula setelah menimbang tara dari banyak aspek dan pelbagai sudut. Biarlah, alasan masih belum bersedia yang aku katakan kepada ibu dan abah walaupun bagi mereka alasan itu langsung tak berasas.
            Setahun lalu, semasa aku masih di Jerman Zaleha mengkhabarkan kepadaku berita pernikahannya dengan jejaka idaman katanya dan aku sendiri dapat mengagak siapa yang dia maksudnya. Alhamdulillah... lidah ini tetap melafazkan itu sebagai tanda syukur walau hati seakan menangisi. Sekurang-kurangnya segala pengorbananku berbaloi. Walaupun aku tidak berkesempatan menghadirinya namun doaku akan sentiasa mengiringi di sepanjang perjalanan hidupnya sebagai sahabat baikku.
“Liya, kawan Liya datang tu.” Emak yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik mengejutkan aku.
Aku mengerutkan kening. “Siapa?”
“Pergilah tengok...” ibu memberi jawapan ringkas.
Aku menyarung tudung dan keluar ke ruang tamu. Terkejut melihat kehadiran Zaleha dan seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang duduk di sofa. Air sudah pun terhidang di atas meja kopi. Mungkin ibu yang sediakan. Sudah lama lah kiranya dia sampai. Sibuk mengelamun sampai aku tak sedar.
“Zal...” aku bersuara teruja lantas memeluknya erat. Dia membalas pelukanku.
“Liya, kenalkan ini suami aku... Firdaus...” dia memperkenalkan lelaki disebelahnya setelah pelukan terlerai.
Aku mengerutkan kening. “Ilya Iftitah...” aku menjawab juga sambil tersenyum dan menunduk sedikit. Walaupun aku agak terkejut tapi sedaya upaya aku cuba kawal perasaan. Zaleha tak boleh tahu yang aku pernah mengenali Adwan Muqri jadi segala persoalan aku pendamkan saja.
“Dia ada kat luar...” Zaleha bersuara tiba-tiba. Semakin tersentak aku dibuatnya. “A’a... pergilah...” dia bersuara lagi sambil tersenyum penuh makna.
Aku melangkah turun ke halaman rumah dan ternyata benar. Dia sedang merenung sawah yang luas terbentang.
“Adik-adik tak datang sekali?” aku bertanya setelah menghampirinya dan berdiri di sisinya.
“Tu...” dia menunjuk ke arah sawah. Kelihatan Adi, Aisyah dan Amir sedang meniti batas bersama dengan abah. Aku termalu sendiri. Macam mana boleh tak perasan ni... kalau dah mata asyik nampak dia saja yang lain semua kabur.
“Abang Im dah ceritakan segalanya...” dia memulakan bicara.
Aku menelan liur. Segalanya... dalam maksudnya tu...  “Owh...” sepatah kata yang mampu aku ucapkan sebagai respon.
“Tapi saya rasa awak terlupa satu benda...” dia terhenti seketika sebelum menyambung. “Jodoh itu kan rahsia Allah dan mungkin awak perlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan awak,  prinsip awak tentang benda alah tu...” dari ekor mata aku lihat dia tersenyum kecil. Jantungku mula berdegup kencang. Benda alah...
“Tak salah belajar menerima seseorang walau tanpa cinta di hati sebab cinta itu kan umpama sepohon pokok...” Dia terus berlalu meniti batas menyertai adik-adiknya dan meninggalkan aku yang termangu sendirian.
Sepohon pokok=?
Ahh... aku menekup mulut. Terkenangkan blog yang sudah setahun tidak diziarah selepas berita pernikahan Zaleha aku terima. Patah hati. Tak ada sebab untuk aku terus meluahkan kata hati pada setiap luka dan kecewa di dada blog itu lagi kerana kisah itu sudah pun sampai ke penghujugnya.
 Tapi... macam mana Adwan Muqri boleh tahu pasal benda alah itu sedangkan mustahil kalau itu dari mulutku. Adakah ini maknanya... Hish abang ni tak boleh simpan rahsia betul lah. Sebuah diari kenangan... alamak malunya aku... rasa macam nak terjun tali air saja...