Nilaian Syukur

"Bicara tanpa kata adalah lebih baik daripada kata, kosong makna."


saya cepat marah sejak akhir-akhir ini
bukan marah yang memaki hamun tak tentu pasal
disebabkan saya ni jenis yang pendiam dan suka memendam jadi amarah itu berbuku
entah kenapa entah pada siapa
hal-hal kecil saja boleh mencambah rasa marah yang membuak-buak
Allah...
semoga tidak sampai menjadikan saya bukan saya
mungkin silap saya juga
silap yang mungkin tanpa sedar
meletak jarak antara saya dan Dia
mungkin sebab sudah semakin banyak lupakan Dia

saya manusia biasa
ada ketika rasa hendak saja berputus asa
biarkan saja takdir membawa saya ke mana saja
atau paling tidak
merelakan saja takdir terus membiarkan saya di sini
tanpa sebarang usaha untuk memajukan diri

saya bukan tidak pernah berusaha
tapi mungkin sebab Dia sengaja ingin menduga
sebab manusia merancang dengan kemahuan
tapi Allah merancang dengan kasih sayang
itu sebab kita tak selalu dapat apa yang kita impikan 
dan tak selalu dapat dengan selalu tak dapat itu dua benda yang berbeza,
you know

ya, saya memang mahukan akan apa yang saya usaha dan minta
ya, Allah aturkan yang terbaik buat setiap hamba-Nya
ya, saya memang tak selalu dapat apa yang saya pinta 
sebab Dia dah rancangkan dengan teliti setiap perjalanan hamba-Nya
kita yang selalu lupa berterima kasih
selalu hendakkan lebih dan lebih, lagi dan lagi


semalam, dalam pada rasa putus harap itu mula memburu,
saya capai naskhah tafsir Al-Quran
hah biasalah manusia bila susah, resah, gelisah baru hendak cari Dia
harap sungguh-sungguh
saya buka random saja,

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.



sebenarnya kan, semakin banyak nikmat yang Allah bagi dekat kita,
semakin susah kita nak bersyukur

bayangkan masa tak ada kerja saban hari berdoa minta semoga Allah mudahkan urusan, murahkan rezeki supaya dapat kerja
tapi bila dah ada kerja pula saban hari mengeluh itu dan ini
kerja penat, gaji sikit, bos suka marah-marah etc. etc.
at least awak ada juga kerja kan?
at least awak ada juga gaji kan?
at least awak ada juga bos kan?
at least... tanpa sedar awak ada juga peluang beribadat, beramal dengan ilmu melalu kerja awak
sedangkan orang yang tiada kerja itu mungkin sedang hanyut dengan benda-benda lagha,
jalan-jalan tanpa tujuan, tengok movie, dengar lagu, etc. etc.
mungkin. hanya mungkin.
bukan semua. sesetengah mungkin ya.
mungkin juga ada yang walau tidak bekerja bijak meluangkan masa dengan Dia.
mungkin ada dan saya rasa juga memang ada. 
kalau begitu, Alhamdulillah
apa pun yang sedang kita lalui,
benda paling penting yang nak kena ada dalam diri, 
syukur.
fahami, dalami, hayati, erti syukur.
makna syukur yang sebenarnya,
bukan syukur yang hanya pada lafaz yang sesiapa saja boleh ungkap.
syukur yang lahir dari hati, terzahir melalui peribadi.

semoga Allah redha.
:)







kunci kebaikan

“Isn’t it strange? There are so many people out there who secretly love someone. And there are so many people out there who have no idea that someone secretly loves them.”
[ayat pinjam]

hah sebab manusia ni suka berahsia.
yes?

yang atas itu hanya selingan saja
hendak difikirkan kewajarannya 
ya silakan
hendak diabaikan 
juga tidak dihalang



"Tinggikan maruahmu hingga tidak mampu dicapai oleh mana-mana tangan. Mahalkan harga dirimu hingga tidak mampu dibeli oleh mana-mana mata wang. Semoga Islam yang Kau pegang akan meletakkan martabatmu di tempat yang mulia di sisi-Nya."

-quote yang saya cuba pegang. yang saya cuba tampal dekat minda dengan gam uhu supaya tak mudah tertanggal.


salah satu prinsip hidup yang saya cuba perjuangkan.

secara peribadi.
maruah, harga diri dan martabat yang mencakupi definisi yang infiniti.


contoh mudah;

1. menggadai maruah hanya kerana kononnya cinta?
saya pinjam kata-kata Hilal Asyraf-kalau cinta mesti hendak membawa ke syurga, apa-apa yang membawa ke neraka-itu bukan cinta.
fikirkan kembali
ke manakah dibawanya secebis rasa itu?
berbaloikah?

2. menerima rasuah.

adakah kita meletakkan harga diri kita senilai dengan harga wang suapan itu?
satu juta? dua juta? atau berjuta-juta? lebih?
se'mahal' itukah harga diri kita?
menjual kejujuran dengan nilaian wang sebanyak itu.
sahaja?
berbaloikah?
hanya kerana sejuta memilih neraka?
nauzubillah.


itu dan itu adalah antara contoh mudah.
ada lagi dan lagi yang mungkin tidak perlu disebut
kerana masing-masing sudah punya akal untuk menilai
betul dan salah
baik dan buruk
halal dan haram


yang lalu itu lepaskanlah
yang baru ini mulai dengan bismillah
Dengan Nama Allah.
mungkin berkatnya Asma' Allah itu dapat menghindar dari jalan yang salah.
sebab tak mungkinkan orang mencuri memulainya dengan bismillah.
dan tak mungkin juga orang yang hendak berzina memulainya dengan bismillah.
menerima duit kopi dengan lafaz bismillah juga adalah mustahil.
bismillah itu kunci kebaikan.
mulakan segala amalan itu dengan lafaz yang mulia.
moga terhindar dari perbuatan yang Dia murka




semoga kita sentiasa dalam redha-Nya,
dalam jagaan-Nya,
dalam lindungan-Nya,
dalam keberkatan-Nya.
aminn...
=)





SIMFONI CERPEN CERITERA KEHIDUPAN

SIMFONI PUISI

Hanya Dia



kita  merancang dengan kemahuan
Allah merancang dengan kasih sayang
sesungguhnya tiada satu pun yang ditakdirkan itu sia-sia
semoga diri ini tidak lemas dalam putus asa
kerana esok masih ada
dengan Qada’ dan Qadar yang berbeza



ayat nak sedapkan hati 
nak pujuk diri sendiri
padahal hakikatnya
diri dah semakin lemah untuk tidak mengalah
sudah semakin tidak betah untuk terus melangkah
sampai satu tahap rasa malas nak fikir
rasa nak biarkan saja macam ni
tapi kena juga fikir kena juga usaha
penat... tapi entahlah
jasad dan jiwa ini juga manusia biasa
ada ketika lelah untuk terus berharap
harapan yang belum punya jawapan
mujur masih tersisa iman yang setia memujuk
semoga terus sabar dan redha
sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
kena percaya dan yakin
bahawa sesungguhnya hanya Dia tempat bergantung.
Hanya Dia tempat memohon pertolongan.



Sticky note:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat  serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." 
[Surah Yusuf: 87]


Semoga Mentari Kembali Bersinar

tak tergambar rasanya perasaan saat ini.
Resah, gelisah, tertanya-tanya
terlalu sedih melihat keadaan di bumi serambi Mekah yang tercinta
bumi penuh kenangan sedang dilanda ujian
Allahu...
empangan mata selalu sahaja hampir pecah setiap kali melihat berita di kaca tv
juga bila melihat status update di fb, wassap
malamnya tidur ditemani air mata yang tidak mampu ditahan
tidak henti-henti mengalir hingga hampir munculnya Mentari baru
walau jasad tidak di sana bersama mereka namun hati dan jiwa seakan bersatu
merasai perit getir yang dilalui
sedih yang terlalu sedih
sedih saya, sedih kita, mungkin jauh hendak dibanding dengan mereka yang mengalami sendiri
khuatir kita mungkin tidak sama dengan mereka yang lalui sendiri
seakan nyawa dihujung tanduk
saling mengharap
harap bantuan daripada Tuhan
moga diberikan kesempatan untuk terus berjuang dan bertahan
demi sebuah kehidupan
berharap agar dikurniakan kesempatan untuk melalui lagi detik waktu
kerana kudratnya manusia tidak terjangkaukan kekuasaan-Nya
tapi tetap juga risau akan keluarga di sana
pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil berlaku
namun jauh di sudut hati sentiasa berdoa agar dipelihara seluruh anggota keluarga dan saudara seagama juga manusia sejagat yang ada di sana
Allahu...
titisan hujan air mata mengalir tanpa silu.
Allah...
pelihara mereka semua, pelihara kami semua
Mungkin ini semua salah satu ujian-Mu untuk menguji keimanan seorang hamba
Mungkin juga sebagai peringatan akan silap semalam
Andai ujian ini kerana kerana murkanya Engkau kepada kami...
Allah.. pasti kami tahu Kau Maha Pengampun. Ampunilah kami. 
Allah... andai ujian ini untuk menguji iman kami... kuatkanlah hati-hati kami untuk menghadapinya.
Allah... andai ujian ini sebagai penghapus dosa--dosa silam kami... demi sesungguhnya Allah... Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih...
Moga iringan doa yang tidak putus dari kami menjadi penawar segala derita
Allah…
Andai Kau izin untuk kami terus meminta,
Kami hanya minta diberikan kesempatan untuk terus bernafas sehingga kami sempat bertaubat atas segala khilaf.

menghambat rajuk



dah lama sangat dah merajuk
memencilkan diri.
merajuk sebab apa?
saya juga seakan kabur dengan jawapannya.
apa pun terlalu banyak yang berlaku selama menyepi
kalau hendak diceritai mungkin sampai hari berganti, 
minggu bertukar pun belum tentu habis cerekanya
biarlah begini.
asal tahu wujudnya.
meski hilang dan munculnya misteri.
segalanya indah mengikut aturan-Nya.
biarlah bicara ini terus bisu.
terus diam menyepi
kerana perlukan waktu
berbicara dengan Ilahi.

sticky note:

"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui." 
[An-Nahl, 16: 95]