Honeybunch Song


Asmara Terindah – Ungu
Almost every day I bond my ears to this song.
I myself am not sure what’s so special with this song but what I do know is that it reminds me of the moments and people attached to my yesteryear.
Yes. The unforgettable moments.
No. I lied. 
I just have no intention to dismiss them from my mind. 
Not because I can't.
I just don't want to.
I won’t.
I just merely hope that they will stay still on my ongoing timeline.
I'm moving on by times but there's something holding me tightly to the sweet bitter past.
Well, just because you leave the past, doesn't mean you can't visit it.
yes?

Speaking of the particular song
Most people, around me, don’t even hear about its title neither the full song.
And I am very sure that there’re some of you, readers are one of them. 
And some lucky one, I guess :P listen to it at the very first time from my ringtone when someone calling.
But hey! I like it for no reason and will never expect you guys would love it too. 


Bait liriknya terlalu puitis hingga diri terpanggil menggali maknanya yang entah apa.
Alunan melodinya begitu serasi menghias puisi yang penuh misteri.
Setiap manusia itu unik dengan tafsiran yang tersendiri.
Terpulang pada diri sendiri mahu mentafsirnya dari sudut pandang mana namun manusia lain bukanlah silap kalau memandang dari sisi yang berbeza daripada kita. Raikan perbezaan untuk mengajak kita berfikir di luar kotak.
Jangan memenjara diri sendiri dengan fakta yang terhidang semata-mata, dari kata yang ramai bersetuju sahaja.
Asal saja ia tidak bercanggah dengan akidah, pendapat itu sentiasa punya tempat untuk diadili.

Dan faktanya, hidup juga punya falsafah. Falsafah hidup.
well, i suka bahasa. really do. 
:)

Steps

perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama
sejauh mana ia ditinggalkan ingatan tiada melupakan
samada disyukuri atau disesali


semoga segalanya dipermudahkan.
semoga a little slow step ini akan menjadi langkah mula ditemani faith yang teguh yang never reduce no matter what.


semoga doa-doa itu menjadi kekuatan.
menjadi senjata yang ampuh untuk mencorak perjalanan.
ya. doa dari hati. dari dia, dia dan mereka, yang mungkin ada.
semoga nyata.
:)

Simfoni Cerita Bersiri

Tergantung Sepi

Kata-kata Buat Telinga

"Jika Tuhan belum menjawab doamu, bersabarlah. Jangan biarkan seorang pun membuatmu mengeluh hingga kamu lupa Tuhan itu ada."


Hah.. terkena atas batang hidung sendiri.
tadi baru terdengar kata-kata berbisa.
bisa yang hanya menyelinap dalam pembuluh seorang manusia.


Nilaian Syukur

"Bicara tanpa kata adalah lebih baik daripada kata, kosong makna."


saya cepat marah sejak akhir-akhir ini
bukan marah yang memaki hamun tak tentu pasal
disebabkan saya ni jenis yang pendiam dan suka memendam jadi amarah itu berbuku
entah kenapa entah pada siapa
hal-hal kecil saja boleh mencambah rasa marah yang membuak-buak
Allah...
semoga tidak sampai menjadikan saya bukan saya
mungkin silap saya juga
silap yang mungkin tanpa sedar
meletak jarak antara saya dan Dia
mungkin sebab sudah semakin banyak lupakan Dia

saya manusia biasa
ada ketika rasa hendak saja berputus asa
biarkan saja takdir membawa saya ke mana saja
atau paling tidak
merelakan saja takdir terus membiarkan saya di sini
tanpa sebarang usaha untuk memajukan diri

saya bukan tidak pernah berusaha
tapi mungkin sebab Dia sengaja ingin menduga
sebab manusia merancang dengan kemahuan
tapi Allah merancang dengan kasih sayang
itu sebab kita tak selalu dapat apa yang kita impikan 
dan tak selalu dapat dengan selalu tak dapat itu dua benda yang berbeza,
you know

ya, saya memang mahukan akan apa yang saya usaha dan minta
ya, Allah aturkan yang terbaik buat setiap hamba-Nya
ya, saya memang tak selalu dapat apa yang saya pinta 
sebab Dia dah rancangkan dengan teliti setiap perjalanan hamba-Nya
kita yang selalu lupa berterima kasih
selalu hendakkan lebih dan lebih, lagi dan lagi


semalam, dalam pada rasa putus harap itu mula memburu,
saya capai naskhah tafsir Al-Quran
hah biasalah manusia bila susah, resah, gelisah baru hendak cari Dia
harap sungguh-sungguh
saya buka random saja,

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.



sebenarnya kan, semakin banyak nikmat yang Allah bagi dekat kita,
semakin susah kita nak bersyukur

bayangkan masa tak ada kerja saban hari berdoa minta semoga Allah mudahkan urusan, murahkan rezeki supaya dapat kerja
tapi bila dah ada kerja pula saban hari mengeluh itu dan ini
kerja penat, gaji sikit, bos suka marah-marah etc. etc.
at least awak ada juga kerja kan?
at least awak ada juga gaji kan?
at least awak ada juga bos kan?
at least... tanpa sedar awak ada juga peluang beribadat, beramal dengan ilmu melalu kerja awak
sedangkan orang yang tiada kerja itu mungkin sedang hanyut dengan benda-benda lagha,
jalan-jalan tanpa tujuan, tengok movie, dengar lagu, etc. etc.
mungkin. hanya mungkin.
bukan semua. sesetengah mungkin ya.
mungkin juga ada yang walau tidak bekerja bijak meluangkan masa dengan Dia.
mungkin ada dan saya rasa juga memang ada. 
kalau begitu, Alhamdulillah
apa pun yang sedang kita lalui,
benda paling penting yang nak kena ada dalam diri, 
syukur.
fahami, dalami, hayati, erti syukur.
makna syukur yang sebenarnya,
bukan syukur yang hanya pada lafaz yang sesiapa saja boleh ungkap.
syukur yang lahir dari hati, terzahir melalui peribadi.

semoga Allah redha.
:)







kunci kebaikan

“Isn’t it strange? There are so many people out there who secretly love someone. And there are so many people out there who have no idea that someone secretly loves them.”
[ayat pinjam]

hah sebab manusia ni suka berahsia.
yes?

yang atas itu hanya selingan saja
hendak difikirkan kewajarannya 
ya silakan
hendak diabaikan 
juga tidak dihalang



"Tinggikan maruahmu hingga tidak mampu dicapai oleh mana-mana tangan. Mahalkan harga dirimu hingga tidak mampu dibeli oleh mana-mana mata wang. Semoga Islam yang Kau pegang akan meletakkan martabatmu di tempat yang mulia di sisi-Nya."

-quote yang saya cuba pegang. yang saya cuba tampal dekat minda dengan gam uhu supaya tak mudah tertanggal.


salah satu prinsip hidup yang saya cuba perjuangkan.

secara peribadi.
maruah, harga diri dan martabat yang mencakupi definisi yang infiniti.


contoh mudah;

1. menggadai maruah hanya kerana kononnya cinta?
saya pinjam kata-kata Hilal Asyraf-kalau cinta mesti hendak membawa ke syurga, apa-apa yang membawa ke neraka-itu bukan cinta.
fikirkan kembali
ke manakah dibawanya secebis rasa itu?
berbaloikah?

2. menerima rasuah.

adakah kita meletakkan harga diri kita senilai dengan harga wang suapan itu?
satu juta? dua juta? atau berjuta-juta? lebih?
se'mahal' itukah harga diri kita?
menjual kejujuran dengan nilaian wang sebanyak itu.
sahaja?
berbaloikah?
hanya kerana sejuta memilih neraka?
nauzubillah.


itu dan itu adalah antara contoh mudah.
ada lagi dan lagi yang mungkin tidak perlu disebut
kerana masing-masing sudah punya akal untuk menilai
betul dan salah
baik dan buruk
halal dan haram


yang lalu itu lepaskanlah
yang baru ini mulai dengan bismillah
Dengan Nama Allah.
mungkin berkatnya Asma' Allah itu dapat menghindar dari jalan yang salah.
sebab tak mungkinkan orang mencuri memulainya dengan bismillah.
dan tak mungkin juga orang yang hendak berzina memulainya dengan bismillah.
menerima duit kopi dengan lafaz bismillah juga adalah mustahil.
bismillah itu kunci kebaikan.
mulakan segala amalan itu dengan lafaz yang mulia.
moga terhindar dari perbuatan yang Dia murka




semoga kita sentiasa dalam redha-Nya,
dalam jagaan-Nya,
dalam lindungan-Nya,
dalam keberkatan-Nya.
aminn...
=)





SIMFONI CERPEN CERITERA KEHIDUPAN