ReLated to eAch oTher...

ergh...secukup rasa...bak kata cik yam.baru berapa minggu kerja bnyk dah mcm dekat 1 sem...selasa+rabu+khamis+jumaat=tests....gulp...esok!hbu...isy...apa ni? e2 x lagi msuk bab labreport2+assign...weh... erm...situasi beberapa hari yg lalu d sepanjang minggu ini. ujian d alam pertunangn.....

Betul lah kata orang ujian d alam pertunangan ni memang mencabar. Tempoh prtunangan yg sangat panjang. Tanpa rasa cinta...entahlah aku sndiri tak pasti smpai bila aku mampu bertahan...walau tanpa secalit cinta namun aku cuba belajar menyayangi ‘dia’. empat tahun tempoh yang ‘dia’ persetujui...bukan aku yg minta...

walau aku rela dalam terpaksa aku mencuba menerima ‘dia’ seadanya....namun ujian yang DIA berikan hampir-hampir meragut kesetiaanku kepada ‘dia’. Allah yang lebih tahu bahawa aku cintakan yang lain tapi...inilah takdir namanya...walau ku cuba lari dari ‘dia’ tapi Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

walau tanpa rasa cinta aku harap sangat pertunangan ini akan berkekalan hingga ke fasa seterusnya atau setidak-tidaknya kami mampu bertahan selama empat tahun...seperti yang ‘dia’ mahukan.mungkin selama empat tahun bersama’nya’ aku mampu melupakan cinta hatiku dan memberikannya kepada ‘dia’ tapi ini mungkin agak mustahil. mungkin benar kita hanya akan menghargai sesuatu setelah merasa kehilangannya...

aku percaya kalau betul cinta hatiku itu yang terbaik untukku sudah pasti Allah akan menyatukan kami tapi sebaliknya DIA mentakdirkan aku bersama ‘dia’...bukankan itu sudah cukup untuk menjadi jawapan pada setiap persoalanku selama ini. Aku yang sering meminta agar DIA yang menetukan segalanya...kerana aku yakin dengan kasih dan cinta-Nya...

janjiku kepada diriku akan ku cuba mengasihi ‘dia’ kerana Pencipta... akan ku cuba harungi suka dan duka bersama’nya’ kerana Yang Esa... walau sakit yang teramat perit yang akan ku rasai...sesungguhnya setiap kesakitan itu pasti akan ada panawarnya... setiap kelukaan itu pasti akan ada ubatnya... setiap ujian itu pasti akan ada hikmahnya...

“Ya Allah...walau apapun yang terjadi dan akan terjadi ku pinta semoga kau tidak akan pernah memesongkan hatiku daripada-Mu...tidak akan pernah membiarkan aku terus hanyut dalam kelalaian mengejar dunia pinjaman... tidak akan pernah mempertikaikan takdir yang telah Engkau tetapkan... tidak akan pernah mengeluh akan ujian yang Kau hamparkan... Ya Allah Kau penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu agar tiada lagi ruang untukku selitkan dengan cinta yang selain dari-Mu juga kekasih-Mu..."


Perjalananku

Ku menapak atas bumi ini
kerna takdir Tuhan telah menentukan
ku berdiri tegak di sini
demi satu cita
tunaikan harapan
tuntaskan impian
dalam kehidupan...


ku lalui lorong yang berliku
ku layari lautan berombak
pahit jerih perjalanan hidupku
sakit pedih dilambung gelombang
penuh duri...
ku tabahkan jiwa dan raga
ku pasrahkan segala-galanya


Oh Tuhanku...
Teguhkan imanku kuatkan hatiku
Menghadapi hidup
Dalam pencarian pantai idaman...


Perjalananku...
Masih pertengahan
Akan ku teruskan selagi terdaya
Hingga ku berjaya
Akhirnya...

2 comments:

Smm's said...

"Life ain't easy cik yaH.a lot of humongous predicaments here and there.. hopefully our engagement with si'dia' may stand for three years more. and let's raise our hands and make dua-- O Allah may u ease way to get marry with si "dia".

hawa adam said...

Insya-Allah...Amin...