sedekah yang berjalan terus:
-sebaik-baik sedekah adalah bila tangan kanan yang bagi, tangan kiri pun tak tahu apatah lagi kaki kiri...
ini satu analogi...
nak bersedekah... biarlah kerana Allah bukan nak tunjuk baik.
semoga pahala amalannya mengalir hingga akhir...
sedekah yang berjalan terus...
-macam bagi duit untuk bantu membina jalan lah.... contoh macam nak bina lebuhraya. selagi mana jalan itu digunakan, pahala akan berterusan mengalir pada pemberi derma. even selepas dia meninggal sekalipun. hebatnya sedekah.
jadi bukan saja-saja minta bantuan. dia nak bantu kita kumpul pahala sebagai bekalan.
-banyak benda sebenarnya boleh sedekah. kalau nak sebut memang tak habis. banyak.
even benda senang macam senyum pun sedekah. susah ke senyum? hurm... heh tapi saya kadang-kadang payah gak nak senyum. nak-nak time emosi tak berapa nak stabil. kira lumrah la kan.
-betullah kata cikgu saya dulu senang je sebenarnya nak buat dan kumpul pahala samada nak dan tidak je. kutip sampah dapat pahala. zikir dapat pahala even dalam hati je. Allah Maha Medengar. berjalan niat nak pergi menuntut ilmu lagilah dapat pahala berlipat ganda. kira jihad fisabilillah tu. kalau baca Al-Quran lagilah... Allah sayang.
tapi kan...
nak dapat dosa pun senang jugak. kalau nafsu diletak kat depan :P
ilmu yang berguna dan diamalkan:
-contohlah kan kita ajar sorang budak kecik 8 tahun soalan math. tambah tolak kali bahagi. selagi dia apply ilmu yang kita ajar tu dalam kehidupan dia... pahala kita dapat. bayangkan kalau dia amalkan berpuluh tahun... Subhanallah... betapa Dia Maha Pemurah dan Pengasih.
-sama jugak macam tulis blog ke, cerpen ke, novel ke, article ke... selagi apa yang kita tulis tu bagi manfaat pada orang lain dan bagi ilmu yang berguna untuk dia amalkan... saham akhirat kita dapat. sebab tu lah tulisan itu permainan saham. setiap yang menulis bertanggungjawap pada apa yang dia tulis. impak apa yang kita tulis pada pembaca akan bagi kesan pada diri kita kelak.
-masa yang kita spent untuk tolong orang akan Allah ganti dengan masa yang jauh lebih berkualiti. sedikit masa yang berkualiti adalah jauh lebih baik daripada masa ynag banyak yang tak berapa nak berkualiti.
anak yang soleh yang mendoakan baik baginya:
(termasuklah anak angkat). jadilah anak yang sentiasa mendoakan kedua orang tua kita dengan harapan anak kita kelak akan melakukan perkara yang sama pada kita. bakti yang mampu kita lakukan bila mereka sudah tiada hanyalah doa.
tak boleh nak ulas cara mendidik anak-anak supaya jadi anak soleh sebab...
tak ada pengalaman.... :P
sticky note;
mati itu pasti. setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
mengingati mati dapat menerangkan hati.
(dapat pahala jugak tau)
supaya kita sedar ke mana destinasi.
dulu cikgu selalu pesan, kita kena tahu target kita so that kita tahu macam mana nak work for it.
:)
p/s: rindu nak baca novel hlovate...
0 comments:
Post a Comment