clorox dan softlan



Saat awak lihat saya ketawa tak bermakna saya sedang bergembira dalam bahagia...


Sungguhlah
Susah nak jadi seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang Dia bagi
Ada ketika rasa masih ada yang kurang
Ada yang rasa nak lagi... lagi dan lagi...
Tapi sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui
Tak terlintas untuk mempertikai tapi sampai satu saat terasa seolah-olah baik tiada daripada ada...
Allah...
Khilafnya berperasaan sebegitu
Jujur... kekadang cemburu melihat orang lain
Saya ada apa yang dia ada tapi saya tak mampu nak gembira sebagaimana dia
Kerana apa?
Biarlah Dia saja yang tahu


Ujian yang bertandang membuka mata pada banyaknya pincang dalam ikatan
Banyaknya khilaf dalam perbuatan
Saya sayang mereka. Sangat. Terlalu. Tak tergambar.
Tapi saya tak mampu...
sungguh...


Rasanya hati saya perlukan clorox dan softlan.
downy mungkin...



Tugas vs tanggungjawab
#we’re in between

Tugas: 
pelajar, cikgu, polis, tentera, petani, doktor, jurutera, arkitek, angkasawan, penulis, pensyarah, pegawai, kerani...

Tanggungjawab: 
hamba (pada Pencipta), ibu, ayah, anak, abang, kakak, adik, suami, isteri...

Ada sesuatu yang tak kena dengan hidup kita kalau tugas tanpa tanggungjawab dan vice versa.
Committe. 


They need you! Only you. Not yours.
Awak ada tugas tapi pada masa yang sama awak juga ada tanggungjawab.


sticky note;
bila hadapi ujian ( biasa kita panggil masalah)... face it not leave it!







0 comments: