dia ganggu hati ini
argh... nak kena eliminate cepat-cepat ni.
tapi antibody dah macam tak berapa nak kuat
perlukan skuad tambahan
semoga antibiotic dapat membantu.
nak ambil vaccine sudah agak terlambat.
huh.


moga-moga awak cepat sembuh incik hati.


-------------------------------------------------------------------

~tak ada kaitan dengan yang atas...~

adam.
rasanya lah kan kamu kena lebih sensitif dalam beberapa hal
please jangan guna perkataan yang lunak merdu lagi mendayu.
hawa ni cepat tersentuh dengan perkataan-perkataan tu
walaupun pada kamu perkataan sayang tu biasa tapi tak pada hawa.

hari tu masa tengah cari something dekat atas rak masa dalam lab;
saya melilau-lilau sambil terjengah-jengah (sebab tak cukup inci -_^).
ada sorang budak lelaki datang dari belakang dan tegur. "Cari apa?"
"Cover slip..." menjawab ringkas sambil mata dan tangan masih bekerja.
Dia juga sama. cuba mencari. 
tiba-tiba. "tu lah sayang..." sambil tangannya menunjukkan ke arah satu kotak cover slip.
erk! sentap.
terus ambil dan berlalu.

ok fine. faham. kami kawan jadi mungkin pada dia benda macam ni memang biasa tapi tak pada saya dan saya yakin tak juga pada kebanyakan orang. perkataan tu terlalu sensitif.
nasib baik saya memang tak ada dan tak pernah ada rasa apa dekat dia. kot kalau dia cakap macam tu pada budak perempuan yang memang admire sangat dekat dia macam mana? tak ke, ke awan budak tu nanti. 


so, adam...
please ea...
jangan mudah guna perkataan-perkataan sensitif tu.
dan. juga.
jangan terlalu concern.
severe. 
betul. 

hijr


i’m not a perfect person
there’s many things i wish i didn’t do
but i continue learning...

...i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is You
and the reason is You
and the reason is You...






-makin kita cuba dekat makin kita diduga dengan hebat-


dalam pada kita semakin mampir ada 'mereka' yang iri hati
ada 'mereka' yang dengki.
ada 'mereka' yang tak putus harap terus menghasut ke jalan maksiat
jangan biar 'mereka' menang.
jangan biar 'mereka' ketawa senang.
'mereka' sakit melihat kita menang.
kita 'sakit' kalau biarkan 'mereka' menang.
kita kuat. lagi kuat dari 'mereka'
sebab kita ada Dia yang jaga.





...to start over new...
May Allah ease my way.
May Allah bless my journey.

Healer

bila jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah...
[someone's]
quote ni best. sebab tu share.


bila jatuh dengan manusia, kembalilah kepada Allah... 
[saya sambung]



--------------------------------------------------------------------
sangat rindu nak solat berjemaah.
heh... dah boleh kahwin agaknya. :P
erk!
bukan tu lah.
rindu suasana dekat surau/ masjid.
dah lama rasanya.



-itu sebab saya kena cari seorang imam-
^____^

just joke ea...



~yang betulnya~
itu sebab saya kena lebih dekat dengan Dia...
supaya saya tak rasa jauh dari-Nya...
meski saya tak berkesempatan ke sana...
kerana sesungguhnya Dia ada di mana-mana...
yang akan terus kekal bersama
menjadi Healer teristimewa...
Kekasih yang sentiasa rindu akan hamba...

zaman itu

betullah kan... tumpah... :P




rindunya zaman sekolah dulu2...
suasana dia.
petang2 lepas makan petang ramai2 pergi surau solat berjemaah.
lepas maghrib, ada tadarus. 
lepas tu ada tazkirah.
then, solat isya' berjemaah sebelum pergi prep dekat kelas..
masa prep pun boleh jadi kenangan manis.
sempat pulak main teka-teka masa budak kelas lain sibuk duduk study.
masa tu hidup rasa terisi. tidak seratus peratus based on akademik semata-mata.
masa tu lah mula-mula didedahkan dengan rutin yang akhirnya sebati dengan diri.


alhamdulillah.
saya terpilih menjadi salah seorang dari mereka.
melalui zaman sekolah berasrama yang banyak sangat mitos.
serius. sangat bersyukur.
dulu mula-mula berat jugak lah nak pergi.
kira macam dipaksa untuk rela jugaklah.
dah memang sejak kecil hidup memang ditentukan.
tak reti nak bantah.
tapi lepas dah lalui rasa macam boleh adapt.
dan bila sampai masa nak melalui fasa yang baru lepas zaman persekolahan rasa kekok.
rasa kehilangan.
dan bila dah tinggalkan semua tu baru lah nampak hikmahnya yang tak ternilai.
sungguh. indah zaman itu.
sama2 lalui zaman kanak-kanak remaja.
sama2 membesar dan belajar segala benda yang tercacat dalam buku teks dan juga yang tak tersenarai dalam syllabus. 
masa tu lah belajar nak berkawan bersahabat.
masa tu lah terciptanya memori yang pahit, manis, payau, kelat, tawar.


dulu masa form 5 dan bila dah mula sedar diri dah nak tinggalkan zaman sekolah yang suka suki.
dah nak peram seragam sekolah dalam locker besi.
masa tu lah mula terfikir.
aku mesti akan rindu dengan zaman ni.
rindu kawan2. rindu cikgu2. rindu nak beratur berebut makan dekat dewan makan.
rindu semua yang ada dekat sana.
dan yang paling penting rindu dengan angin lembut dingin dalam surau di awal pagi...


sungguh. 
sekolah berasrama ni ajar kita banyak benda.
berdikari itu sudah tentu.
ukhwah juga pasti.
dan akan ada sesuatu yang kita belajar, satu rutin kita dulu yang akan kita bawa ke mana saja sampai bila-bila.
satu rutin yang kita akan rasa tak lengkap hidup kalau tak buat.
akan rasa resah gelisah kalau dah lama tinggalkan.
teringat dan terbayang setiap pesanan ustaz2, cikgu2...


tapi. itu kalau kita masih kita yang dulu.





sticky note:

carilah hatimu di 3 tempat;
-hatimu ketika mendirikan solat
-hatimu ketika membaca Al-Quran
-hatimu ketika mengingati mati

tetapi jika tidak ditemui hati kamu di 3 tempat ini, maka berdoalah kepada Allah agar diberkanmu sekeping hati yang baru agar dapat kamu menjalankan 3 amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.
[adaptasi dari sebuah buku motivasi; Aura Iman]

reminder to self


Allah uji kita dengan macam-macam dugaan
sebab Dia nak lihat sejauh mana kita tetap yakin dan percaya dengan adanya Dia sentiasa di sisi menemani
sebab Dia nak lihat sejauh mana kita akan terus meletakkan kebergantungan kita kepada-Nya
sebab Dia nak lihat sejauh mana kita akan terus berharap akan Dia
sebab Dia nak lihat sejauh mana kita akan terus yakin akan keberadaan Dia di mana saja
sebab Dia nak lihat sejauh mana kita akan terus berdoa meminta pertolongan-Nya


Dia sentiasa ada
Dia sentiasa dekat dengan kita
Dia sentiasa bersama hamba-Nya


tak akan ada rasa gusar bila kita yakin dengan kasih-Nya.
tak akan ada rasa gundah bila kita yakin dengan kekuasaan-Nya melebihi segala yang ada.


-tapi kekadang kerap terlupa kalau tak diingatkan-



sticky note:
Dia sayang kita.
tak akan Dia uji kita kalau kita tak mampu hadapi.
tak akan Dia duga kita hingga kita rasa terseksa.
Dia anugerah ujian sebab Dia nak bagi hadiah pahala pada yang menaruh harapan.




credit to beliau



a picture is worth a thousand words...

semoga mereka dikurniakan kekuatan....
semoga kita diajarkan nilai kesyukuran...

admire



saya admire dia kerana agama yang ada padanya...
cukup dinyatakan agama yang ada padanya...
kerana akhlak yang dia bawa menggambarkan segalanya....
heh... tetiba lak terkenan mood jiwang berkarat...

sebenarnya...
tadi masa dalam kelas, kul 3 lebih, lebih kurang...
bebudak ni buat muka mengantuk yang amat itu yang saya punya 'cikgu' buka segmen bercerita. 
pastu entah macam mana terkeluarlah topik admire ni...
hurm... my 'cikgu' kata...
admire ni benda normal bagi remaja...
heh...
means?
:P


admire...
tak semestinya minat...
kagum mungkin...
cuba tengok dari satu sudut perspektif yang berbeza dari yang biasa...
sesuatu yang lebih positif
cuba bila kita admire seseorang tu kita cuba usaha jadi lebih baik
atau paling tidak kita jadikan dia catalyst untuk kita perbaiki diri
ataupun kita jadikan dia asbab untuk kita lebih dekat kepada-Nya
untuk menjaga iman yang kian tergugat...
perhaps...


betullah kata 'cikgu' saya tu
tak salah pun nak admire orang ni...
tapi yang salahnya bila admire tu dia mix dengan benda2 alah lain sampai jadi severe.
bila sebut severe ni kira tahap kronik yang amat la
kritikal tahap 4 kalau cancer dan sangat memudaratkan diri dan jiwa


nasib baik saya punya admiration (betul ke idak perkataan ni :0) takat acute je...
non severe... :P
just joke... ^_^


tadi last 'cikgu' saya pesan sebelum sambung lecture yg tergantung...


sticky note;
setiap orang dah Allah tuliskan jodoh masing-masing
kita tak berhak untuk memilih
tapi bukan semua orang jodohnya ada di dunia...
jangan risau... 
kalau tak jumpa di dunia... 
dekat sana ada wildan yang setia menanti... 
janji kena 'jaga diri baik-baik...'



p/s: 
tak ada dalam mana2 peraturan pun kan yang kalau nak admire org kena yang berlainan gender? ^___-
tak juga disebut orang tu mesti ada di depan mata...
tak semestinya juga orang tu pernah kita jumpa...
dan saya juga tak nyatakan yang orang yang saya admire tu siapa dan di mana...

[9: 51]


tak boleh nak fokus study. 
nak start sangat susah. 
asyik ingat dia. 
macam-macam ada dalam kepala.
semoga dia sihat-sihat saja.
satu harapan meski saya sendiri tahu bagaimana keadaannya.
moga diberi kekuatan oleh-Nya buat dia.
juga buat saya dan keluarga.




sticky note;

Clash


clash dengan manusia at least kalaupun sakit peritnya membuatkan kita serik tapi tetap sampai satu masa kita akan temui pengganti yang jauh lebih baik.
tanda Allah sayang kita.

tapi kalau kita clash dengan Dia?
akankah kita temui pengganti selain dari-Nya?
sesungguhnya tidak!


keep praying...
zikir...
Al-Quran...
supaya kita tak terus jauh dari Dia...
hidup tak ada makna kalau break up dengan Dia...



sticky note;
takut dengan istidraj


housekeeping hati jom!

Sticky note; to hawa...

Kalau syaitan tak pernah berputus asa  hasut untuk  heret manusia masuk neraka, kenapa kita manusia, berputus asa untuk masuk syurga?

-satu persoalan yang seorang ustazah berikan-






jaga pandangan; 
dari mata turun ke hati...
mata yang melihat... hati yang membuat andaian...
melihat mentafsir dan menilai
harus dihindar dari prasangka
jangan judge orang based on their appearence...
attitude dekat depan kita...
elakkan spekulasi...
mana kita tahu siapa dia sebagai hamba...
siapa dia di depan Pencipta...
mana kita tahu kita lebih baik dari dia walaupun terang tang-tang dia buat salah dan silap...
~jangan lihat orang lain seolah-olah dia pasti ke neraka dan jangan lihat diri kita seolah-olah kita pasti ke syurga~ [quote]
yang memberi... Dia...
pahala, dosa, rezeki, rahmat, nikmat... segalanya... hak Dia...
perlu ada...
niat dan usaha untuk memperbaiki diri jadi lebih baik...
setiap celik mata hingga terpejam kembali...
cuba... usaha jadi lebiih baik
buat kebaikan...
macam yang pernah saya cakap, tak susah pun nak buat kebaikan...
antara nak dan tidak je...
:)
kebaikan jugak kan? 
:P
heh... yg ni tak berapa nak baik...  (Y)


betullah...
hati orang yang hilang upaya melihat itu suci... bersih...
sebab; satu... diorang terhindar dari melihat yang haram
dua... diorang tak judge based on apa orang lain lihat 
tiga... pandangan dari mata hati...
satu kelebihan yang Allah tak bagi pada orang yang mampu melihat dengan sepasang mata...


bukan kata jaga pandangan atau selalu orang guna menundukkan pandangan tu 
tak boleh nak tengok langsung...
mesti jalan menunduk je 24/7 sampai terhatuk dekat tiang dekat parkir motor...
bukan...

-jaga-
ada beza



isi kekosongan hati
akan sampai satu saat bilamana kita mengalami 'midlife crisis'
atau versus
bukan versus; Piala Malaysia kelantan vs ATM ke apa ke
versus dengan diri sendiri...
masa tu hati rasa kosong ya amat
kosong... kosong... bak kata najwa latif.
bukan sebab clash ke, kena tinggal dengan 'qīn ài de' ke apa...
bukan sebab tu 
tapi hati rasa macam perlukan sesuatu...
rasa hidup macam tak nampak nak diarah ke mana...
sebab macam tak ada guide...


masa tu lah nanti kita akan mula mencari...
mencari diri... mencari erti...
erti hidup yang didefinisi oleh banyak arca
masa tu lah kekusutan akan melanda jiwa...
jiwa kacau lah...
dan selalunya...
turning point ni terjadi bila something had happen toward us...
ataupun dekat sekeliling kita...
ataupun bila tiba-tiba kita terlihat diri kita dari sudut berbeza di sebalik cermin kaca lutsinar...
atau mungkin...
kehadiran seseorang yang mula membuka mata hati kita...
dan sesungguhnya...
hadirnya dia atas kehendak dan rancangan Dia


masa ni kita akan cari sesuatu untuk mengisi kekosongan hati...

jawapannya;
zikrullah...
syifa' buat sekeping hati
Qalamullah
penawar dan makanan rohani  


betul...
bila kita berzikir atau at least dengar zikir hati akan rasa tenang sangat...
kalau dengar alunan ayat-ayat cinta Dia... rasa sayu je...
betul. serius. tak tipu.
itu baru dengar.
kalau baca. lagilah rasa feel dia tu.
tak percaya?
cer dengar ni... ni... 

^__^



housekeeping hati jom...! :)



p/s: ikhlas itu Allah yang nilai tapi kita boleh dan perlu usaha untuk mencapai keikhlasan...




footnote; qīn ài de=yang dikasihi 

scrub



"Ya Allah... Kau peganglah hati ini agar terus 'kekal menjadi milik-Mu'... Kau jagalah hati ini agar tak akan pernah ada hati lain yang bisa walau hanya menyentuhya sebelum tiba waktunya... Kau tuntunlah hati ini agar terus tetap dan tidak akan pernah terpesong dari jalan-Mu... Kau coretkanlah hati ini dengan nukilan indah nama-Mu agar tak akan pernah terukir nama selain dari-Mu... Kau saratkanlah hati ini dengan cinta Agung-Mu agar tak akan penuh dengan cinta selain kepada-Mu... Kau ingatkanlah aku di saat aku terlupa... Kau sedarkanlah aku di kala aku tersasar... Kau betulkanlah aku tatkala aku tersilap..."




palpitation...
obviously disturbed
 heart, soul need scrub...







seriously... speechless... 

selalu terfikir... kalau nak buat something... mampu ke aku bagi komitment... pandai ke aku manage masa...

tapi hakikatnya...
sesungguhnya...

kalau kita jaga masa dengan Allah...
Allah akan jaga masa kita...
ganti masa-masa itu dengan masa yang jauh... lebih berkualiti dan bermanfaat...

betullah kata hamba Allah sorang tu, kalau kita sibukkan diri dengan benda yang bermanfaat kita tak akan ada masa nak buat benda yang tak bermanfaat...