^^

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...
syukur atas nikmat yang tak mampu terhitung dari-Nya.
terima kasih Allah. 

dia dah sembuh. alhamdulillah.
terima kasih Allah kerana mengembalikan kesihatannya.
Allahuakhbar.

Kau uji ketabahan.
Kau uji keimanan.
Kau uji kesabaran.
Kau uji keyakinan.
Kau uji sekeping hati.
kemudian Kau kembalikan nikmat itu. 
Kau Yang Maha Tahu apakah hamba lulus dengan ujian.

Dalam pada dugaan yang Kau hamparkan 
Kau ajarkan erti syukur.
Kau ajarkan erti redha. 
Kau ajarkan erti sabar. 
Kau ajarkan erti bahagia.


Kau pinjamkan kekuatan tatkala jiwa lemah dan rapuh
Kau pinjamkan ketenangan tatkala hati resah dan gundah
Kau pinjamkan kedamaian tatkala qalbu dihimpit kegusaran.
Kau pinjamkan kayakinan tatkala diri tenggelam dalam kepasrahan.


sticky note:
pada setiap ujian Dia selitkan pengajaran
pada setiap dugaan Dia titipkan hikmah terlindung
mehnah itu indah
pada yang percaya pada Dia
pada yang yakin dengan kuasa-Nya



0 comments: