sudah sampai masanya untuk kita bawa haluan sendiri
saya sudah tidak betah untuk terus menanti
mengharap pada yang tak pasti
saya sudah cukup penat menunggu
mengimpi sesuatu yang hanya ilusi
sudah jelaskan awak memang tak perlukan saya
keberadaan saya tak membawa apa-apa makna
malah mungkin akan hanya menyusahkan
dan mungkin menambah kesulitan
awak memang tak perlukan saya tapi saya rasa saya sangat perlukan awak
perlu untuk awak tahu yang saya cepat leka...
dan saat itulah saya perlukan awak untuk sedarkan
saya mudah lupa
dan saat itulah saya sangat perlukan awak untuk ingatkan
saya lemah
dan saat itulah saya perlukan awak untuk menghembus semangat
saya perlukan awak sebagai teman bercerita di waktu senggang
tapi awak...
awak tak buat semua tu...
saya sedih... kecewa...
tapi saya tahu saya bertuah sebab ada awak...
sebab orang lain tak ada
Allah pilih saya untuk Dia pinjamkan awak pada saya
tapi apakan daya
awak yang mencipta jurang antara kita
awak yang meletakkan hijab pada ikatan
biar saya teruskan dengan hidup saya yang begini
dan awak
dengan hidup awak yang begitu
kerana kita seakan saling tidak memerlu
kerana kita seakan hidup di dua dimensi yang berbeza
walau kenyataannya kita dekat
meski realitinya kita tetap dekat hingga ke sana
meski hakikatnya ikatan ini tidak berakhir di sini
saya bahagia dengan hidup saya...
bahagia dengan cara saya sendiri
dan saya harap...
awak juga bahagia dengan hidup awak.
0 comments:
Post a Comment