-influenza-



guys... will you?


........................................................................................................................................
dia ganggu hati
entah siapa yang mulai
yang pasti segalanya tidak mampu dihindari
rasa itu menghantui
mencambah tunas tanpa sesiapa mengetahui
melainkan Allahurabbi...


mekar senyuman mencambah barah pada jiwa
mengoyak carik sekeping hati yang lemah tak bermaya
teman merintih hanya Dia
membayangi dosa noda tercela
menitis air mata


tidak pernah sekali terlintas untuk mengkhianati cinta 
apatah lagi mengenepikan kasih seluas dunia
tapi hati ini Kau duga
sehingga rebah parah menyerah
kerana sesungguhnya qalbu ini lemah
lemah bila hadirnya dia
menjadi insan ketiga antara kasih kita
menggugat ikatan menggoyahkan benteng yang dibina


sesekali terlintas di fikiran 
mengapa perlu dia hadir dalam lembaran ceritera kehidupanku
sedangkan seakan baru seketika kasih kita bertaut kukuh
membina bahagia yang tersemat kemas dalam sanubari
bahagia mencintai-Mu yang tak pernah melukai
bahagia mengasihi-Mu yang tak pernah melupai


kenapa perlu hadirnya dia untuk sekadar melukai
menyakiti tanpa dia sedari
mencantas tawa tanpa dia ketahui
melakar hiba tanpa dia mengerti
dan dia terus tersenyum hingga kini
kerana sesungguhnya dia tidak menyelami
tidak membayangi apa yang ku lalui
dan tidak perlu aku kira
kerana silap itu bukan pada dia


dalam diam, pedih ini ku ratapi
pedih menanggung rasa berdosa
sakit memikirkan khilafnya di mana sehingga hati ini tak mampu ku jaga
Duhai Kekasih Agung...
andai sakit ini menjadi asbab untuk Kau menerima insan sehina aku
andai pedih ini menjadi mahar untukku miliki cinta Agung-Mu
aku rela...
sedang Kau tahu aku lemah tanpa tuntunan-Mu
Duhai Pemilik hidupku
ku mohon...
bantulah hamba-Mu...
bantu aku untuk menjaga kesetiaanku dalam mengagungkan cinta-Mu...




sticky note:





p/s: niatnya nak masukkan puisi ni dalam novel coming soon tapi... ntah la bila nak coming nya novel tu...
^^ ok buat masa ni sangat sibuk.
tak sempat nak fikir idea dan tak ada masa untuk itu.
mungkin lagi setahun ke... dua tahun ke...
perhaps...
insya-Allah... :P

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Subhanallah.. puisi yang amat menarik.

hawa adam said...

Alhamdulillah... ilham yg tiba2 dari Dia.
terima kasih. saya perasan awak selalu bagi komen. thanx again.
:)

betullahkan nak berukhwah itu tak semestinya perlu bersua tak juga perlu saling bertentang mata.
ops... terlebih puitis pulak :P