call mak... pastu berbalas salam dan bertanya khabar.
selepas beberapa ketika berbual
saya: .........................
mak: eh, kenapa senyap ni? halo.......
saya: ya... ya... ada...
mak: kenapa diam?
saya: habis tu nak cakap apa? (dalam nada berguarau sambil tertawa dan mak turut sama tertawa)
dalam hati; saya cuma nak dengar suara mak je... sebab kalau saya bercakap mak hanya akan
mendengar kan? :(
dan sekarang tawa mak menyapa telinga. tenang.
mak: minggu depan, (maksud mak minggu depan, depan) krismas kan? tak cuti?
saya: cuti sehari je...
mak: sekarang musim buah.
(mak berkias rupanya... hua.... dalam hati Allah je yang tahu. saya memang nak balik mak! bukan
sebab buah. tapi sebab rindu sangat dengan mak!.tapi apakan daya... :(
lepas habis cakap godek2 kalendar mengharapkan keajaiban. huh... 25 dis hari selasa. jadi...
minggu depan minggu 'prafinal exam'
for sure hati tak berapa nak damai.
call mak sebab rindu nak dengar suara dia.
lepas dengar rasa macam nak nangis pulak.
"Ya Allah... Kau sayangi, kasihi, lindungi, redhai, berkati dan rahmatilah kehidupan kedua ibu bapaku. Sampaikan salam kasih dan rinduku buat mereka. Semoga setiap langkah kaki ini menapak dalam redha mereka kerana sesungguhnya keredhaan-Mu terletak pada keredhaan mereka kepadaku."
sticky note;
“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”.
(riwayat al-Hakim)
0 comments:
Post a Comment