Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan membawa kita ke Syurga. Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia...
~ Dipetik dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
-Teruskan melangkah andai jalan itu benar
meski duri berbisa yang tertusuk tajam dicelahan jari mengalirkan darah merah pekat,
menitiskan mutiara jernih di tubir mata mengungkap derita yang bersarang di jiwa.
kerana nanti satu ketika merah darah itu menjadi saksi perjuangan demi Ilahi,
jernih mutiara itu menjadi saksi perjuangan demi Ar-Rahim-
sticky note:
"We cannot change the past to rewrite a better beginning, but we can work for the future and strive for a better ending."
[Syeikh Yasir Qadhi]
0 comments:
Post a Comment