jawapan dalam kiasan

Alhamdulillah...
Everythings are ok. as ok.
Now dekat kampung halaman yang permai. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk semester ini. Dah hampir seminggu terperap dekat rumah. Hujan. Selalu. Setiap hari. Some kata boring duduk rumah tak buat apa but for me it’s a bless. Entah. Rasa best je duduk rumah menambah lemak and do something. For me la.
Oh... my adik dah makin berisi. Susah la lepas ni nak belikan dia baju. Kalau dulu main rembat je yang paling kecik since dia tersangatlah kurus but now nampak dia bahagia je alamatnya kena telek betul-betul la kalo agak-agak nak buat amal nak belikan dia baju. Dah macam my abang dah jadinya. Betul sebijik. Tak gemuk pun sebenarnya, just nice. Ok la tu. the old him yang loyar buruk suka merapu tak tentu pasal dah kembali. Alhamdulillah...
Tengah update anti-virus sebenarnya. Dah alang-alang tu kan jenguk ler blog yang dah bersemak ni. heh line tenet sangat tenat. Berjam-jam nak update anti-virus je pun. Kalo nak update status lagi lah.
.......................................................................................................................................
Dalam proses pembelajaran. Hakikat hidup.
Dulu pernah tertanya dekat diri sendiri, ukhwah fillah tu memang bukan untuk orang biasa ea?
Tapi satu hari... satu peristiwa... telah bagi jawapan dalam kiasan.

            Aku membentang sejadah di bahagian tepi surau bersebelahan dengan seorang gadis yang sedang menadah tangan berdoa kehadrat Ilahi. Mungkin telah selesai menunaikan rukun Islam yang kedua. Tangan menyarung telekung lantas mengangkat takbir munajat pada-Nya.
            Usai menunaikan solat, tangan ditadah memohon ampunan dan kekuatan menghadapi setiap ujian dan dugaan hidup. Air mata menitis perlahan dalam pengaduan. Hati sebak sebu dibalut gusar resah dalam kepedihan. Hanya pada-Nya dicurahkan segala rasa yang seakan tak tertanggung oleh sekujur jasad yang lemah tak berdaya.
            Esakan kecil terzahir hanya di dasar hati. Lama begitu. Bicara dengan Ilahi melalui suara hati. Berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan siapa di sisi.
            ‘Rabbanaatina fiddunya hasanah, wafilakhiratihasanah wakina a’zabannar... amin...’
Untuk kesekian kalinya air hangat yang mengalir di tubir mata diseka perlahan. Bibir digagahkan untuk terus mengukir senyum tatkala terpandangkan gadis tadi yang masih di sebelah yang sedang mengemaskan tudung.
Gadis itu lantas menerpa ke arahku dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Agak tersentak dengan tindakannya yang tak terduga tetapi hulurannya disambut tenang.
“Maaf ya...” bisikan lembut si gadis semasa berlaga pipi menyentak emosi.
Subhanallah... Maha Suci Allah.
Dia hanya seorang gadis biasa. Dia datang kepadaku menghulurkan tangan lantas mengucap kata maaf sedangkan aku tidak pernah mengenali dirinya begitu juga sebaliknya lantas atas dasar apa harusku memaafkan orang yang langsung tidak pernah melakukan sebarang kesilapan kepadaku.
Allah... sudah terjawab rupanya segala persoalan. Dia menghulurkan salam ukhwah fillah dan dia hanya seorang gadis biasa.

Itu kali pertama dan terakhir SETAKAT INI. sekadar yang saya lalui. Bukan tak pernah tengok orang dalam surau bersalaman lepas solat hatta dekat luar sekalipun tapi tak pernah tengok orang yang tiba-tiba datang bersalaman dengan orang yang tak dikenali. Simply bagi salam la. Selalunya kalau pergi mana-mana pun memang macam tu kan. Kita hanya akan tegur kawan kita je. Sama juga dengan situasi yang saya sebutkan tadi.
Bukannya tak pernah ada yang menegur bila duduk sorang-sorang ada je. Misal kata masa tengah tunggu bas, ada je yang boleh dibuat kawan. Misal kata bertegur sapa bertanya tanpa apa-apa kepentingan. A bit tersirat.
I mean let say someone tanya;
“Awak duduk blok mana? Kos apa?” instead of
“Dah lama tunggu bas? Bas ada ke hari minggu macam ni?”
Dua-dua ramah menegur but I hope you can sense the difference.

Setiap muslim itu bersaudara.

Brothers and sisters dekat Palestine of course kita punya saudara yang kita sayang dan tak pernah lupa menitipkan doa untuk mereka dan kepingin sangat jumpa mereka di sana tapi kadang-kadang kita terlupa, brothers and sisters dekat depan mata kita (selain daripada keluarga) and dekat sekeliling kita pun saudara kita jugak kan? Indeed.
Your du’a between you and our Lord. our Kekasih.

I just didn’t sure is it true if I say; that gadis biasa teach me ‘bout ukhwah fillah. Without any doubt.
Dan if I say ukhwah fillah itu tak kenal siapa dan di mana...
Saya tak wonder kenapa tak ramai yang macam that gadis, and someone yang sangat ramah menegur dekat bus stop tapi saya wonder kenapa saya tak boleh nak jadi macam mereka. L

p/s: salam maulidurrasul...
kalaulah kita betul-betul berukhwah fillah... bersaudara dengan saudara... guess siapa yang paling happy?

0 comments: