~dia tak cukup kuat...~


orang yang biasa memendam perasaan selalunya tak terbuka untuk berkongsi apa2 dgn org lain.
namun ada ketika andai dia mula meluahkan rasa walau dengan hanya sepatah kata; "sedih..."
itu tandanya dia sudah tidak mampu menanggungnya sendiri
dia sudah tidak cukup kuat untuk terus tegak berdiri
dia terlalu dambakan dahan untuknya terus berpaut agar dia tidak tersungkur meyembah bumi
sesungguhnya saat itu hatinya tersangat rapuh
dia tak mampu lagi walau sekadar untuk mengukir sedetik senyuman

ketahuilah saat itu
ujian yang dia tanggung hampir-hampir menenggelamkan dia dalam keputusasaan
dia tersangat perlukan seseorang 
agar dia tahu dan yakin dia tidak sendirian
dia tahu Allah akan sentiasa ada bersama namun ketahuilah dia hanyalah seorang insan biasa yang juga hamba seperti kita

jadi tolong...
please don't ignore them
jangan biar dia rasa tak ada orang yang peduli padanya
tak ada orang kisah akan hidup matinya
tak ada orang perlukan dia
kalaupun tak mampu nak bagi dorongan
kalaupun tak pandai nak memujuk belaian

at least...
tolong...
tolong jadi seorang pendengar untuk dia
atau setidak-tidaknya buat-buat dengar saat dia berbicara meluahkan rasa walaupun sebenarnya fikiran melayang sampi ke Jerman
ataupun paling tidak renungi dia dengan mata yang tunak berbahasa dalam diam
bahasa senyap yang menyuntik semangat!
dia sangat perlukan awak!
tersangat.

dia tak akan pernah berterus terang andai kata dia masih kuat untuk terus berjuang
dia tak akan senang-senang meluahkan perasaan andai semangatnya tidak terbang melayang


sticky note;
orang tak pandai nak baca minda kita
kadang-kadang body language saja tak cukup untuk berbahasa
tapi orang yang macam ni tak pandai nak luahkan rasa
itu sebab dia hanya mampu dengan satu patah perkataan cuma
jadi fahamilah hatinya

~tarbiyyah Allah~




menghambat resah
mengusir gundah
menggamit tabah
menjemput pasrah
redha yang didamba
redha yang dibaja

bongkah-bongkah ujian yang terasa terlalu berat untuk ditatang
serpihan-serpihan dugaan yang seakan terlalu kuat menghempap jasad
mencambah sakit perit maung pada sekeping hati
segumpal darah yang terlalu pantas terusik

ujian itu tarbiyyah dari Allah
menduga iman hamba
janji Dia
tak akan pernah sekali Dia menguji melebihi kemampuan diri
Dia tahu kita kuat
Dia tahu kita tabah
Dia tahu kita mampu
walau kekadang kaki ini sepertinya sudah terlalu penat berlari
terlalu letih berjalan
terlalu payah walau untuk sekadar berdiri
tapi Dia Maha Tahu
kerana Dialah Pemilik hati
Pemilik diri
dan sekalian alam ini...

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". 
[2: 155-156]
   
Dia sandaran harapan tatkala diri kesulitan
Dia tempat mengadu di saat hati keresahan
Dia teman bicara pabila diri kesepian

sticky note;


~Allah cipta dunia untuk menguji hamba~
Allah menguji diri untuk menilai iman di hati
Allah uji orang sekeliling sebagai pengajaran yang bererti
Dia uji sebab Dia sayang
sayang sangat dengan hamba-Nya
Dia rindu nak dengar rintihan 
Dia rindu nak lihat tangisan
hamba yang ikhlas dalam redha...
hamba yang bergantung pada Dia...

"Hanya kepada Engkau yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."
[1: 5]

[42: 20]



ada apa dengan dunia?
keindahan
keseronokan
kebahagiaan
yang hanya pinjaman...

sedang aku jua lupa
alpa
leka
indah itu ujian
seronok itu dugaan
bahagia itu tak berkekalan



sticky note;
dunia hanyalah persinggahan 
dalam perjalanan menyusuri lorong ujian, 
dalam perantauan merentas belantara dugaan, 
dalam pelayaran sebuah kembara menuju Tuhan.



destinasi kita 
satu
sama
serupa
tak kira siapa
saya 
awak
dia
mereka
pelabuhannya tetap di tempat itu
pada pertemuan itu
pada hari itu
hari yang Dia janjikan...


~hidup bukan pilihan~


jawapan pada setiap pencarian dalam kehidupan hanya satu. 
walau sesiapa jawapannya tetap serupa
macam soalan math
meski caranya tak sama
jalannya berbeza
namun jawapan tetap serupa
dan hanya satu...

hidup ini bukan pilihan
sejak awal kita diciptakan
menjalani kehidupan seharian 
berdasarkan apa yang telah Dia aturkan
perancangan...
sekadar ikhtiar seorang insan
insan yang tak punya apa
hidup kita milik Dia
seluruh kehidupan kita Dia yang punya
kita tak berhak pun
hatta tangan yang sedang menaip ini juga Dia pinjamkan
bahagia yang kita rasa juga pinjaman. 
tenang. tenang jiwa itu Dia yang titipkan.
justeru apa pilihan yang kita ada sedang segalanya milik Dia

setiap kita pasti pernah berada di persimpangan kehidupan
terpaksa memilih haluan untuk teruskan perjalanan
yang sebenarnya bukan pilihan
jalan yang benar yang seharusnya kita tuju hanya satu
kita tak pernah punya pilihan. tak pernah.
kita yang sengaja mambuat pilihan
walhal kekadang kita tahu yang mana sebenarnya tujuan

"andai saja aku bisa memilih pasti akanku pilih kebahagiaan. andai saja aku bisa menentukan akanku pastikan hajatku kesampaian..."

'kita yang berhak menentukan jalan hidup kita'
really?
TAK.
kita tak pernah punyai hak atas apa-apa
kita hanya MAMPU berusaha, berdoa dan segalanya harus kembali kepada-Nya
Allah tak akan pernah mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri.
Dia suruh kita usaha, doa, ikhtiar bukan berserah semata-mata
memang segalanya sudah Dia aturkan tapi 
Dia nak lihat itu...

"Allah dah ada pun result kita. Dia cuma nak lihat usaha, doa dan tawakal kita. Kebergantungan kita kepada-Nya."

Dia tak lihat pada hasilnya. tapi dia lihat pada usaha kita.
ada usaha. insyaAllah, Dia yang Maha Pengasih pasti akan bagi yang terbaik.
Dia nak lihat 
kebergantungan kita kepada-Nya
keyakinan kita kepada-Nya.

saya tak mungkin jadi yang terbaik.
tapi saya cuba menjadi lebih baik.
baik itu subjektif.
orang yang baik pasti akan buat kebaikan.
senyum itu kebaikan.
apakah orang yang senyum itu juga baik?
tak semestinya.
tapi sekurang-kurangnya dia mendapat pahala kerana sebuah senyuman.

"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." 
[Al-Zalzalah: 7 dan 8]


semoga setiap langkah kaki ini menapak dalam redha Ilahi
semoga setiap detik nafas ini terhembus dalam redha Ya Rabbi

sticky note;
"Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Kau tetapkanlah hati ini atas agama-Mu. Kau teguhkanlah iman ini atas landasan Islam. Andai Kau mengtakdirkan mati. Kau matikanlah aku dalam Islam dan iman. Kau lucutkanlah nafas ini dalam alunan Syahadah."



:(

rasa tak best

suddenly...
idiopathic palpitation...
+ sad without any reason...
+ fear of something I didn't sure...
Oh Allah... please take a good care of my family and people around me...


^______^



status:
heh... 
al kisah mimpi di petang hari
ngee... apa punya lawak lah yang aku buat petang-petang ni
mimpi kakakku cikgu pregnant...
heh kalau dia tau nak jugak kena pelangkung
tapi betul...
mimpi tu betul la...
pregnant tu absolutely not 

moral of the story:
jangan tidur di petang hari...
huh berapa kali nak dingatkan!
mulalah nak mimpi yang pelik2 yang tak masuk akal...


lari topik sikit:
Ada orang cakap 
"Saya redha dengan apa yang berlaku. Saya dah pun memafkan dia. I can forgive but never forget..."

Saya cakap...
Kalau betul redha tak ada sebab untuk terus ingat dan tak akan ada statement ... 
I can forgive but never forget....
Once kita dah maafkan dia sepenuh hati kita akan terus melupakan apa yang dah dia lakukan kepada kita
sebab kita tahu selagi kita bergelar manusia...
kita hanyalah insan biasa...
insan yang selalu lupa dan tak akan lari dari melakukan kesilapan
sedangkan iman sentiasa betambah dan berkurang 
apatah lagi terlanjur perkataan yang memang tak disengajakan
jangan pernah mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang tak sempurna
kelak kita yang akan kecewa

kalau kita masih terbayang-bayang kesilapan dia pada kita
kalau kita masih mengungkit salah dia pada kita
itu bukan memaafkan tapi sekadar cuba menahan perasaan
"Andai kemaafan itu boleh menjernihkan yang keruh. Kenapa perlu berajakan dendam yang hanya menambah kesulitan. Maaf itu indah lagi manis sedangkan dendam itu resah lagi sakit. Tapi ketahuilah, sabar saya bukan seperti Rasulullah. Saya hanyalah manusia biasa yang ada ketika rasa terluka dan sampai satu saat hati ini tak lagi mampu membisik kata maaf kerana kerasnya sekeping hati. Jangan pernah cuba robohkan benteng kesabaran saya yang bukanlah seteguh tembok pemisah di Palestin..." 
[dialog dalam Seindah Sakura Seharum Lavenda-InsyaAllah]

p/s:
27/6/2012 dah (baru) nak start exam...
di kesempatan ini nak minta maaf pada semua andai
terkasar bahasa tersalah bicara
terpukul tak sengaja terjeling manja. erk!
heh...
dulu masa kecik2 cikgu selalu pesan
sebelum exam minta restu mak ayah, cikgu2...
minta maaf dengan semua orang
baru tenang nak jawab exam
jangan lupa banyakkan berdoa
minta dengan Allah...
menggamit memori sungguh!

cik yam, cik nin, k.yun, jiha,


jangan jadi macam ni pulak :P



~monolog~


tak salah kan kalau nak nangis bila sedih?...
tak... tapi jgn layan sangat kesedihan tu
tapi rasa tak sanggup
kena tabah...
rasa tak kuat
bergantung pada Dia, serahkan segalanya pada Dia
cuba bertahan tapi sampai satu tahap rasa macam...
tak boleh macam tu. itu tanda kita tak redha...
tak tahu macam mana nak teruskan...
berlapang dada. Dia Maha Tahu. Dia uji sebab Dia sayang.
ya Dia sayang...
banyakkan berdoa. doakan senjata orang mukmin. bila berdoa kena yakin. yakin akan janji Dia. 


sticky note;