jawapan pada setiap
pencarian dalam kehidupan hanya satu.
walau sesiapa jawapannya
tetap serupa
macam soalan math
meski caranya tak sama
jalannya berbeza
namun jawapan tetap
serupa
dan hanya satu...
hidup ini bukan pilihan
sejak awal kita
diciptakan
menjalani kehidupan
seharian
berdasarkan apa yang
telah Dia aturkan
perancangan...
sekadar ikhtiar seorang
insan
insan yang tak punya apa
hidup kita milik Dia
seluruh kehidupan kita
Dia yang punya
kita tak berhak pun
hatta tangan yang sedang
menaip ini juga Dia pinjamkan
bahagia yang kita rasa
juga pinjaman.
tenang. tenang jiwa itu
Dia yang titipkan.
justeru apa pilihan yang
kita ada sedang segalanya milik Dia
setiap kita pasti pernah
berada di persimpangan kehidupan
terpaksa memilih haluan
untuk teruskan perjalanan
yang sebenarnya bukan
pilihan
jalan yang benar yang
seharusnya kita tuju hanya satu
kita tak pernah punya
pilihan. tak pernah.
kita yang sengaja
mambuat pilihan
walhal kekadang kita
tahu yang mana sebenarnya tujuan
"andai saja aku
bisa memilih pasti akanku pilih kebahagiaan. andai saja aku bisa menentukan
akanku pastikan hajatku kesampaian..."
'kita yang berhak
menentukan jalan hidup kita'
really?
TAK.
kita tak pernah punyai
hak atas apa-apa
kita hanya MAMPU berusaha,
berdoa dan segalanya harus kembali kepada-Nya
Allah tak akan pernah
mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri.
Dia suruh kita usaha,
doa, ikhtiar bukan berserah semata-mata
memang segalanya sudah
Dia aturkan tapi
Dia nak lihat itu...
"Allah dah ada pun
result kita. Dia cuma nak lihat usaha, doa dan tawakal kita. Kebergantungan
kita kepada-Nya."
Dia tak lihat pada
hasilnya. tapi dia lihat pada usaha kita.
ada usaha. insyaAllah,
Dia yang Maha Pengasih pasti akan bagi yang terbaik.
Dia nak lihat
kebergantungan kita
kepada-Nya
keyakinan kita
kepada-Nya.
saya tak mungkin jadi
yang terbaik.
tapi saya cuba menjadi
lebih baik.
baik itu subjektif.
orang yang baik pasti
akan buat kebaikan.
senyum itu kebaikan.
apakah orang yang senyum
itu juga baik?
tak semestinya.
tapi sekurang-kurangnya
dia mendapat pahala kerana sebuah senyuman.
"Maka
barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat
(balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
[Al-Zalzalah:
7 dan 8]
semoga setiap langkah
kaki ini menapak dalam redha Ilahi
semoga setiap detik
nafas ini terhembus dalam redha Ya Rabbi
sticky
note;
"Ya
Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Kau tetapkanlah hati ini atas
agama-Mu. Kau teguhkanlah iman ini atas landasan Islam. Andai Kau
mengtakdirkan mati. Kau matikanlah aku dalam Islam dan iman. Kau lucutkanlah
nafas ini dalam alunan Syahadah."
0 comments:
Post a Comment