rindu dia...


kawan datang dan pergi silih berganti...
tak salah kan kalau tetiba kita rasa apa orang cakap rindu dekat kawan2 yang tak ada di depan mata...
rindu itu normal bagi semua
tapi susah nak mengakuinya
rasa segan... malu...
kadang2 terfikir...
mungkin aku je yang terhegeh2 ingat dekat dia tapi dia...
entahlah...
benda ni normal sebenarnya kan?
sebab...
tanpa kawan kita akan...

"ase lonely tadop org nk pegang tngan nak nangis same2 lalui hari2 y verrrry hard n tiring."<---------- ni kata2 dia masa saya tengah down...

tapi kita ingat dekat dia sebab dia baik n dia yang akan selalu ada masa kita sangat perlukan dia ketika suka dan duka...
pernah ada orang cakap
orang yang baik akan sentiasa dikenang 
walau ke mana kakinya melangkah...
orang yang dia tinggalkan akan sentiasa mengingatinya dan mengharapkan pertemuan kembali dengannya...
ini bukan bermakna rindu kita kepadanya melebihi daripada rindu kita kepada ayah bonda dan Pencipta
tapi itu satu tanda 
kita sangat menghargai pertemuan yang telah Dia tetapkan
itu tanda kita bersyukur
Dia mempertemukan kita dengan dia...
untuk mengajar kita erti kasih sayang sesama saudara...


Pengabdian seorang hamba kepada Allah adalah satu kewajipan. Tanggungjawab yang hakiki. Kemanisan merasai belaian kasih-Nya akan melupakan kita pada nikmat dunia yang hanya untuk seketika. Kesibukan kita dalam meraih cinta-Nya akan menjauhkan kita dari kerinduan kepada hamba-Nya yang hanya insan biasa. Keindahan ayat-ayat cinta-Nya akan memujuk kita dari kelukaan yang mendalam. Bicara kita adalah bicara suci. Tanpa suara dan kata-kata kerana penghubung kita adalah suara hati kerana kasih kita kepada Rabbul Izzati. Bertemu berpisah kerana Allah. Qalam rinduku tak akan pernah berhenti menari mengukir nama-Nya di sudut kecil diari hatiku kerana Dialah penghubung rindu antara aku dan dia...



sticky note;
 rindu dia kerana Allah...
kerana dia yang sentiasa mengingatkan kita agar tak akan pernah melupai-Nya...
dia yang sentiasa membisikkan kalimah-Nya 
dengan harapan kita juga akan sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah...

1 comments:

Rintihan HambaMu said...

Rindu itu adalah anugerah Allah..
Indahnya rindu kerana Allah..^_^