watch ur words...


kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

pantun dua kerat yang masih lekat dikepala
dah lama tak belajar psal pantun2 ni

tapi kan... kadang2 apa yang terluah di bibir tak sama dengan apa yang ada dekat dalam hati
hanya Dia yang tahu...

walaupun kata-kata itu kedengaran keras
dan pada yang mendengarnya akan judge
kita ni...
senang cerita kita ni kelihatan seperti seorang yang terlalu lancang dalam berkata2
contohnya nampak macam kita ni memperkecilkan orang lain
tapi sebenarnya bukan begitu....

kadang2 percakapan kita ni terbit dengan spontan
dan kadang2 luahan bicara mendahului niat...
seakan bukan kita yang mengawal percakapan itu

terlajak perahu boleh berundur
terlajak kata badan binasa

pantun dua kerat yang kedua yang kalau perasan dua perkataan terakhir tu adalah sama 'badan binasa'

sesal...
selepas meluahkan kata-kata
itu perkara biasa...
tapi lebih baik kan daripada terus menyumbang dosa

biarlah apa orang nak kata...
nak fikir...
asal kita tahu Dia sentiasa ada...
dia akan terima taubat kita...
atas keterlanjuran yang tak disengajakan...
semoga Dia juga merahmati pada yang terus mencipta tafsir pada diri
Dia Maha Tahu...
Dia kaya dengan keampunan...

i better shut my mouth...
watch my words...

sticky note; fikir dulu sebelum cakap
kalau tak ada benda baik nak cakap elok diam je...
tapi nanti orang kata sombong...
pulak dah...
kalau dah terlepas cakap benda yang tak sepatutnya 
banyakkan beristighfar dalam hati...
*zikrullah tak kenal tempat dan masa...
biar bibir tak mengungkap sebarang kata
asal hati terus bertasbih memuji-Nya...
Dia Maha Tahu...





0 comments: