sendiri menyepi

ada idea, tak ada ilham
ada ilham tak ada mood
jadinya...
tak ada apa-apa yang jadi


kekadang kita menyepikan diri dari bertanya
bukan kerana kita tidak pernah kisah, bukan juga kerana kita abaikannya
tapi sekadar memberikan sedikit ruang pada diri untuk belajar bersedia
menerima sebarang berita
belajar redha pada setiap ujian yang tiba
juga masih mengharapkan adanya berita gembira





Dia punya...


kembalikan pada Yang Berhak.
agar tak akan ada rasa sakit kelak.


hati anak Adam


dalam kita nak mengenal Allah...
jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan...

dunia akhir zaman sangat bayak fitnahnya...
kalau baca dekat fb lately sangat banyak berita tentang pembongkaran pasal syiah di Malaysia
memang sangat membimbangkan...

sesungguhnya hati ini milik Allah
Allah yang pegang setiap hati manusia
minta Dia jagakan... tetapkan atas jalan-Nya yang lurus
andai kata kita hampir tersasar minta Dia cepat-cepat sedarkan
ambil kita kembali untuk dipimpin
moga kita punya masa untuk betulkan kesilapan

selagi kita berpegang dengan Qalam Allah dan Sunnah Rasulullah... 
kita tak akan tersesat selamanya

kalau musykil tak tahu...
tanya pada yang mendalami ilmu




sticky note;
walau sejauh mana kaki melangkah
jangan pernah letih untuk berdoa
semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya
semoga tidak akan pernah tersasar dari jalan-Nya

your's




"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik baginya." -hadis-


sedekah yang berjalan terus:
-sebaik-baik sedekah adalah bila tangan kanan yang bagi, tangan kiri pun tak tahu apatah lagi kaki kiri...
ini satu analogi...
nak bersedekah... biarlah kerana Allah bukan nak tunjuk baik.
semoga pahala amalannya mengalir hingga akhir...
sedekah yang berjalan terus...
-macam bagi duit untuk bantu membina jalan lah.... contoh macam nak bina lebuhraya. selagi mana jalan itu digunakan, pahala akan berterusan mengalir pada pemberi derma. even selepas dia meninggal sekalipun. hebatnya sedekah. 
jadi bukan saja-saja minta bantuan. dia nak bantu kita kumpul pahala sebagai bekalan.
-banyak benda sebenarnya boleh sedekah. kalau nak sebut memang tak habis. banyak.
 even benda senang macam senyum pun sedekah. susah ke senyum? hurm... heh tapi saya kadang-kadang payah gak nak senyum. nak-nak time emosi tak berapa nak stabil. kira lumrah la kan.
-betullah kata cikgu saya dulu senang je sebenarnya nak buat dan kumpul pahala samada nak dan tidak je. kutip sampah dapat pahala. zikir dapat pahala even dalam hati je. Allah Maha Medengar. berjalan niat nak pergi menuntut ilmu lagilah dapat pahala berlipat ganda. kira jihad fisabilillah tu. kalau baca Al-Quran lagilah... Allah sayang.
tapi kan...
nak dapat dosa pun senang jugak. kalau nafsu diletak kat depan :P


ilmu yang berguna dan diamalkan:
-contohlah kan kita ajar sorang budak kecik 8 tahun soalan math. tambah tolak kali bahagi. selagi dia apply ilmu yang kita ajar tu dalam kehidupan dia... pahala kita dapat. bayangkan kalau dia amalkan berpuluh tahun... Subhanallah... betapa Dia Maha Pemurah dan Pengasih.
-sama jugak macam tulis blog ke, cerpen ke, novel ke, article ke... selagi apa yang kita tulis tu bagi manfaat pada orang lain dan bagi ilmu yang berguna untuk dia amalkan... saham akhirat kita dapat. sebab tu lah tulisan itu permainan saham. setiap yang menulis bertanggungjawap pada apa yang dia tulis. impak apa yang kita tulis pada pembaca akan bagi kesan pada diri kita kelak.
-masa yang kita spent untuk tolong orang akan Allah ganti dengan masa yang jauh lebih berkualiti. sedikit masa yang berkualiti adalah jauh lebih baik daripada masa ynag banyak yang tak berapa nak berkualiti.





anak yang soleh yang mendoakan baik baginya:
(termasuklah anak angkat). jadilah anak yang sentiasa mendoakan kedua orang tua kita dengan harapan anak kita kelak akan melakukan perkara yang sama pada kita. bakti yang mampu kita lakukan bila mereka sudah tiada hanyalah doa.
tak boleh nak ulas cara mendidik anak-anak supaya jadi anak soleh sebab... 
tak ada pengalaman.... :P



sticky note;
mati itu pasti. setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
mengingati mati dapat menerangkan hati.
(dapat pahala jugak tau)
supaya kita sedar ke mana destinasi.
dulu cikgu selalu pesan, kita kena tahu target kita so that kita tahu macam mana nak work for it.


:)
p/s: rindu nak baca novel hlovate... 

do you like 'teh susu'?

segmen ilmu... peace :-P

Adding milk to tea destroys its antioxidant

Some research suggests tea may prevent cavities, improve blood sugar levels and perhaps provide cardiovascular benefits. But lately researchers have been surprised to find that adding milk may strip tea of some of its beneficial effects. Compared with water, black tea “significantly improved” arterial function, the researchers found, “whereas addition of milk completely blunted the effects of tea.”


ini sudah serius...
heh... saya sangat suka teh susu... :(


p/s: dalam bahasa mendarin teh susu dipanggil... nÇŽichá  :)

~ nÇŽichá hÄ›n hÇŽohÄ“ ~

manisnya iman


Hadis Rasulullah S.A.W:

"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).

Selagi Iman bertapak kukuh di hati, selagi Iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.


“Tiga perkara, sesiapa yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Allah dan Rasul didahulukan...
Iman dan taqwa diutamakan...



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka bertawakal.”
[Al-Anfal: 2]


Refleksi diri.
Bila disebut nama Allah rasa apa? Gementar? Takut? Atau tak rasa apa-apa? Bila dengar bacaan Qalam-Nya adakah bertambah keimanan kepada-Nya? Ada rasa tenang dan bertambah kepercayaan dan keyakinan akan kekausaan-Nya?
Ada something wrong somewhere kalau tak terkesan apa. Hati kena tonyoh clorox dan softlan banyak-banyak. Kasih putih balik. Kasi wangi balik. Then just akan dapat rasa nikmat manisnya iman. Indahnya taqwa.
Iman itu letaknya di hati. Dalam diri.



Sticky note;
Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang sehingga baik hatinya dan tidak baik hati seseorang sehingga terpelihara lidahnya.”


Watch ur words...


rindu dia sangat. terlalu.
i can't stop thinking of him
tak tahu pada siapa nak dicerita 
tak tahu pada siapa nak diluahkan rasa


i can do nothing other than praying
saya rindu dia yang dulu.
yang mampu buat saya ketawa dan tersenyum
sedang sekarang melihatkan dia
air mata yang bertamu
tak terdaya rasanya
tak mampu nak buat apa-apa


awak hanya akan faham saya bila sampai satu saat
awak hanya mampu berserah segalanya pada Dia
dan bila air mata menjadi terlalu murah


bila menjelangnya siang ternanti akan malam
bila malam menjelma siang yang ditunggu untuk kunjung tiba
satu kata-kata menjengah telinga
yang diungkap oleh seorang bonda
tersayat rasa


dan setiap saat
dalam hati tak putus berdoa
hanya itu senjata yang ada
jiwa hanya mampu merintih hiba
mengadu pada-Nya


dicelahan ujian terselit jua dugaan yang menguji kesabaran
sesuatu yang tak mampu dikisahkan kepada sesiapa kecuali Dia
meski hati yang kian parah memendam rasa
kisah itu teralu peribadi.
tak mungkin dapat diceritai.
meski kesannya kian membarah.


hanya mampu berharap
diberi kekuatan yang tak pernah usai, 
dikurniakan kesabaran yang berpanjangan
dan ketenangan menghadapi ujian.
moga setiap perit sakit yang dia tanggung menjadi galang ganti pada nikmat pahala yang tak bertepi
menjadi peluntur pada dosa-dosa yang berbaki.
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.




sticky note;
Allah sayang saya. Allah sayang dia. Allah sayang awak. Allah sayang mereka.
sebab tu Dia uji kita. 
Dia nak hadiahkan pahala. pada jiwa yang redha.

clorox dan softlan



Saat awak lihat saya ketawa tak bermakna saya sedang bergembira dalam bahagia...


Sungguhlah
Susah nak jadi seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang Dia bagi
Ada ketika rasa masih ada yang kurang
Ada yang rasa nak lagi... lagi dan lagi...
Tapi sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui
Tak terlintas untuk mempertikai tapi sampai satu saat terasa seolah-olah baik tiada daripada ada...
Allah...
Khilafnya berperasaan sebegitu
Jujur... kekadang cemburu melihat orang lain
Saya ada apa yang dia ada tapi saya tak mampu nak gembira sebagaimana dia
Kerana apa?
Biarlah Dia saja yang tahu


Ujian yang bertandang membuka mata pada banyaknya pincang dalam ikatan
Banyaknya khilaf dalam perbuatan
Saya sayang mereka. Sangat. Terlalu. Tak tergambar.
Tapi saya tak mampu...
sungguh...


Rasanya hati saya perlukan clorox dan softlan.
downy mungkin...



Tugas vs tanggungjawab
#we’re in between

Tugas: 
pelajar, cikgu, polis, tentera, petani, doktor, jurutera, arkitek, angkasawan, penulis, pensyarah, pegawai, kerani...

Tanggungjawab: 
hamba (pada Pencipta), ibu, ayah, anak, abang, kakak, adik, suami, isteri...

Ada sesuatu yang tak kena dengan hidup kita kalau tugas tanpa tanggungjawab dan vice versa.
Committe. 


They need you! Only you. Not yours.
Awak ada tugas tapi pada masa yang sama awak juga ada tanggungjawab.


sticky note;
bila hadapi ujian ( biasa kita panggil masalah)... face it not leave it!







reflex



someone share dekat fb then i share it back. here.
lirik yang sangat menyentuh hati.

there's a lot of pengajaran actually kalau kita hayati betul-betul
dia ajak kita untuk belajar bersyukur dengan nikmat
belajar menghargai setiap yang dipinjami
segalanya bermula dari situ. hati.


~when all of the fish has been caught, all of the tree has been cut 
then just we'll realize that money cannot be eaten.~
[credit to quoter]


duit..
 takkan mampu membeli nyawa
tak mampu ganti kasih sayang
 takkan mungkin boleh membeli iman
bukanlah galang ganti maruah
bahkan...
duit boleh jadi pencetus sengketa
sampai manusia berbunuh bunuhan tak kira siapa hatta saudara



tapi...
duit juga yang kita kejar

dahsyat sungguh penangan sekeping kertas...



'kalau kita tak cuba untuk berubah, kita takkan berubah'
satu quote dari drama dekat tv baru-baru ni

perubahan itu adakalanya diiringi dengan kesakitan dan airmata
namun tetap jua manis di akhirnya


sticky note;
ingat lima sebelum lima;
muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin 
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
masa tu... duit berkoyan pun dah tak laku...
harta bergunung pun dah tak mampu nak bantu...


"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."


p/s; tulisan itu permainan saham...