tinggal beberapa bulan saja lagi kita akan lalui hari-hari sukar yang memenatkan
bulan yang tidak sampai dua belas bulan
dan pada waktu yang sama
tanpa sedar
kurang setahun saja lagi kita berpeluang mencipta kenangan bersama
semoga untuk detik-detik yang bakal kita lalui nanti
terlakarnya kenangan yang manis-manis
biar kelat, pahit masam yang dominan asal ada sedikit manis yang terselit.
lepas ni masing-masing akan bawa haluan sendiri.
entah jumpa lagi entahkan tidak.
setiap kita akan punya jalan hidup sendiri.
empat tahun usia perkenalan mungkin belum cukup untuk kita saling mengenali
namun cukuplah untuk mengisi penjuru kecil di pinggir hati
oleh apa yang namanya ukhwah.
dan usia itu...
sudah cukup lama untuk mampu mencambah kasih seperti keluarga sendiri.
dan 'kedai-kedai' impian dan imaginasi tu...
yang seakan-akan hanyalah berfantasi di siang hari
namun tiada salah menganyam mimpi
kerana mimpi itulah yang kita bawa bersamanya harapan.
dan harapan yang sebenarnya tertimbus di sebalik alat
yang kita tuainya harapan
semoga alat itu menjadi asbab pada pertemuan yang mungkin terjadi.
hanya mungkin.
belum pasti.
dan kalau pun tidak.
kita pasti akan ketemu jua nanti.
pasti.
yang tempatnya bukan di sini.
.....................................................
Seraut
wajah itu menjelma lagi. Entah untuk kali yang kesejuta atau lebih. Bicara
lembut ibu berdansa di minda. “Ibu ingat tahun ni nak buat umrah. Puasa dekat
Mekah. Lepas tu kita sambut raya dekat Dublin...”
Faris menala langit pekat. “Kenapa
Dublin?” dia mengaju soalan ringkas pada ibu yang sedang menuang kopi ke dalam cawan.
Ibu mengoyak senyum segaris. “Ada yang tertinggal di sana...”
Faris menoleh ke sisi merenung seraut wajah yang kian berubah bersama masa lantas menjongketkan kening tinggi bersama
soalan. Apa?
“Kenangan...”
^^ rindunya nak sambung ia yang tergantung di awang-awangan sekian lama...
.......................................................
dan mungkin ada antara kita nanti yang akan mengalami situasi yang hampir sama.
"saya teringin sangat nak pergi sana..."
"kenapa?"
"ada yang tertinggal di sana..."
"apa?"
"kenangan..."
aigoo... parah dah ni...
0 comments:
Post a Comment