~yang tersirat~




Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu
ketahuilah dia seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.



sticky note;
jgn menilai semudah melihat...

pandangan mata hanyalah gambaran ilusi
kata hati kekadang perangkap duniawi...
hidup ini sebuah kembara 
mencari arah jalan ke syurga
lantaran hati masih keliru
buntu mencari sinar dalam gelita kejahilan
terlalu mudah terpedaya dengan keindahan palsu dunia
terlalu mudah tunduk pada nafsu yang sentiasa memburu
mulut mudah pula bermadah ingin ke syurga 
sedang jiwa leka dengan dunia sementara...
Astaghfirullahh....

3 comments:

bintanghati said...

betul2 meresap kat jiwa,,

Hanis Syuhada said...

this is so heart touching:(
memujuk diri untuk kembali berdiri dalam mencari erti diri..

hawa adam said...

yup hanis...
sesungguhnya Dialah sehebat-hebat Pemujuk
memujuk kita dengan ayat2 cinta-Nya nan indah lagi menenangkan setiap hati yang menatapi dan menghayati...